Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PEKIDA PERTUBUHAN HARAM???


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:
PEKIDA PERTUBUHAN HARAM???
 


TERBACA CABUK DALAM SATU BERITA YANG DAH LAMA TAHUN 2004 DI INTERNET. AHLI-AHLI PEKIDA SILA BAGI RESPON... KLIK DIBAWAH UNTUK BERITA LANJUT


PEKIDA menyokong kepimpinan Barisan Nasional. Siapa mereka? Benarkah pertubuhan Melayu tidak berdaftar itu di terajui oleh Pak Lah
wartawan umno-reform.com
07-04-2004

Mungkin kain rentang di beberapa tempat semasa pilihan raya tidak di sedari oleh kita milik satu pertubuhan tidak berdaftar yang di katakan bernaung di bawah Perdana Menteri Malaysia - Pak Lah. Kain rentang itu memaparkan slogan PEKIDA menyokong Barisan Nasional, menyebabkan saya cuba untuk mengetahui apa dan siapa mereka sebenarnya dalam PEKIDA?

Di katakan PEKIDA adalah kumpulan orang - orang Melayu yang mengaku adik beradik dan mengangkat sumpah mengenai hubungan antara mereka. Mereka akan membantu sesama adik beradik dan di katakan mampu melakukan apa saja atas dasar adik beradik. Mereka juga di katakan tidak teragak - agak untuk mengambil undang - undang di atas tangan mereka sendiri dan melakukan hukuman yang di rasakan sesuai ke atas pesalah yang telah melakukan kesalahan ke atas adik beradik mereka sendiri.

Menemu ramah salah seorang anggota PEKIDA benar - benar mengkagumkan kami. Mereka se olah -olah mafia Melayu yang mempunyai pelbagai isyarat untuk pelbagai keadaan. Mereka akan membela adik - beradik sehingga sanggup ke tahap mengambil risiko bertaruh nyawa sekali pun. Di aktakan asal PEKIDA adalah murni tetapi kini PEKIDA menyimpang jauh sehingga ada yang mengatakan bahawa PEKIDA terbabit dalam isu Kampung Medan dan ramai antara mereka di katakan menjadi gerak gempur untuk UMNO.

Siapa di belakang mereka?

Di maklumkan kepada kami bahawa ayahanda PEKIDA adalah YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi sendiri. Mereka bernaung di bawah Ayahanda tersebut dan kumpulan mereka mempunyai kepimpinan lain berbentuk satu Majlis yang di dokong oleh mereka yang telah di beri gelaran Tok Ayah. Sungguhpun arah tuju PEKIDA amat menarik namun di beritakan bahawa mereka kini terbabit dalam pelbagai kegiatan yang di luar peruntukan undang - undang. Di katakan antara perkara - perkara yang di lakukan menyimpang dari peruntukan perundangan dan kini mereka di gunakan untuk sokongan politik khususnya UMNO. Sekali lagi mereka ini di terajui oleh Pak Lah. Beberapa ahli UMNO juga telah membuat pengakuan tersebut - Pak Lah adalah ayahanda PEKIDA.

PEKIDA dan UMNO

Di beritakan pertubuhan haram Melayu ini tidak lagi menuruti agenda asal penubuhan mereka. Penyimpangan mula berlaku bila mereka sebenarnya kini berpolitik dan ahli - ahli mereka sudah mula mengambil langkah menyokong UMNO kerana ayahanda mereka adalah Pak Lah. PEKIDA yang di katakan kini mempunyai sokongan ratusan ribu orang - orang Melayu bertindak sebagai satu kumpulan haram yang di terajui oleh Pak Lah bagi memastikan kemenangan UMNO. Apakah penyakit MAFIA sudah ada dalam arus masyarakat Melayu. Siapa yang membiaknya : Apakah Pak Lah yang menerajui pertubuhan haram tersebut. Pak Lah di saran mengasingkan diri dari pertubuhan tersebut

Melihat kegiatan PEKIDA sekarang ini - menurut orang yang memberi keterangan - PEKIDA kini mementingkan imbuhan dari prinsip. Anak - anak muda kelihatan amat ghairah berpayung di bawah PEKIDA yang dapat membantu mereka di kala susah nanti. Di katakan juga PEKIDA mempunyai pelbagai aktiviti haram termasuk kumpulan yang menjadi kaki pukul dan banyak sindikit lain.

Apakah Pak Lah mahu menafikan peranan beliau dalam PEKIDA?

Saya juga berharap pihak polis tidak terikut - ikut dengan PEKIDA dan menjalankan penyiasatan mereka mengenai pertubuhan tersebut. Namun dengan Pak Lah menerajui Polis Di raja Malaysia maka penglibatan Pak Lah dalam PEKIDA tidak akan terselengkor dan berita ini di katakan fitnah semata - mata. Namun ramai yang tahu - Pak Lah mengetuai satu kumpulan harap Melayu - ia itu PEKIDA


BERITA PERTAMA.


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:
 

Menghalalkan PEKIDA - perjumpaan PEKIDA dengan Pak Lah di Pahang?
wartawan umno-reform.com
22-04-2004

Wartawan umno-reform.com pernah mengutarakan penglibatan Pak Lah dalam satu pertubuhan haram - PEKIDA baru - baru ini. ( klik sini ). Laporan ini telah menerima beberapa kritikan khususnya dari ahli - ahli PEKIDA termasuk beberapa tegasan untuk kami mendiamkan dan tidak lagi membawa isu tersebut.

Hasil pendedahan ini juga, kami di maklumkan bahawa Pak Lah berhasrat untuk menghalalkan pertubuhan tersebut dari segi teknikal, sungguhpun aktiviti atau kegiatan mereka belum dapat di kenal pasti lagi.

Menurut sumber tertentu, Pak Lah akan bertemu dengan wakil - wakil PEKIDA di salah sebuah perkampungan Felda Pahang bagi membincangkan perkara - perkara untuk menghalalkan PEKIDA sebagai satu pertubuhan sah Melayu.

Bebebrapa perkara termasuk penubuhan Yayasan dan Koperasi bagi pertubuhan PERKIDA akan di bincangkan, menurut sumber kami.

PERKIDA menjadi tumpuan umno-reform.com bila kain rentang di beberapa kawasan khususnya di Selangor dengan slogan berbunyi " PEKIDA MENYOKONG BARISAN NASIONAL" tertera semasa pilihan raya ke 11 baru - baru ini.

Pihak umno-reform.com telah menemu bual beberapa ahli PEKIDA dan dari situlah nama Pak Lah di kaitkan sebagai penaung pergerakan haram tersebut.

Pihak kami juga di maklumkan mengenai aktiviti adik - beradik mereka yang setengahnya ada berbaik se olah - olah pertubuhan ini adalah pertubuhan mafia Melayu.

Kami juga turut di maklumkan bahawa Datuk Najib Tun Abdul Razak juga kini sudah menjadi ahli dan memegang jawatan tertentu dalam PEKIDA.

PEKIDA di katakan tersasar jauh dari matlamat penubuhannya yang kini tergaul dalam mencaturkan politik negara ini - khususnya sokongan Melayu.

Apa pun pihak umno-reform.com akan terus membongkar rahsia di sebalik pertubuhan Melayu yang haram di sisi peruntukan undang - undang Malaysia dari masa ke semasa.


BERITA KEDUA

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:
 

cabuk ingin mendapat kan respon dari ahli pekida serta bukan ahli pekida untuk memberi penjelasan. cabuk paste nii untuk kita sama-sama berbincang dan memberi pendapat. untuk mendapat berita penuh sila klik dibawah


BERITA PERTAMAhttp://www.umno-reform.com/april04/paklahmafia.htm
BERITA KEDUA http://www.umno-reform.com/april04/pekidapahang.htm


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:
 

elok saudara pm je kat doc masjuki,takpun pergi jer kat sungai ramal.

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:
 

yup...

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:
 



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:
 

a`kum...


ni dah lama punya artikel ni...



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:
 




Latar Belakang PEKIDA MALAYSIA







Pertubuhan ini telah didaftarkan pada 10hb. Mei 1983, Nombor Pendaftaran 146/83 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan 1984 yang beralamat di No. 5A Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman iaitu Ibu Pejabat yang sekarang.


Bagi memudahkan segala bentuk urusan dan menambah keberkesanan keseluruhan pentadbiran, maka pada awal tahun ini, Ibu Pejabat PEKIDA MALAYSIA telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di alamat : 69E, 4A Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.

p/s: bagaimana Wartawan umno-reform.com boleh mengatakan bahawa PEKIDA adalah pertubuhan haram? Dia tak tahu kot!! Suka-suka saja!!

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 78
Date:
 

kalau betul pekida pertubuhan haram,dah lama kena banteras..///

__________________
BERSATU AMAN SEJAGAT///


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:
 




__________________
alllang


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:
 

Assalamualaikum...


 


    ?(mengapa)? bangsa sendiri makan bangsa sendiri.. ???? (mengapa)???



__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...


Veteran

Status: Offline
Posts: 64
Date:
 

Assalamualaikum...


Terima kasih kepada saudara cabuk kerana mengeluarkan berita 'hangat' nih.Sebenarnya penulis ni pun macam wartawan yang ada kat luar tuh,yg nak cari makan dengan cara menulis.Kita semua pun tahu yang Persatuan ini telah didaftarkan lama,sedangkan dia menulis pada awal tahun ini.Apa rasionalnya penulisan dia tu?Kalau orang luar buleh la dikaburkan dengan berita cam ni tapi ngan orang dalam susah la dia nak makan.Pendapat saya lagi yang menulis ni mesti bukan orang melayu.Kalau orang melayupun mungkin pembangkang kerajaan.Agaknye lahh.


Wallahualam..



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard