Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kongsi Gelap Melayu Di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940-an


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:
Kongsi Gelap Melayu Di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940-an
 



DI PALU PALU GENDANG TENTERA


TANDA BERBAKTI PERJUANGAN KITA


DI ALU ALU RESAM BERSAUDARA


DULU BENDERA KINI TIGA


 


 








Kongsi Gelap Melayu Di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940-an
Oleh Mahani Musa
Pengenalan
Perang Kedah-Siam dan Pembentukan Masyarakat Pelarian di Pulau Penang dan Province Wellesley
Perubahan Sosial di Pulau Pinang dan Kemunculan Kongsi Gelap Bendera Putih dan Bendera Merah, 1830-an Hingga 1860-an
Rusuhan Pulau Penang 1867<
Bendera Putih dan Bendera Merah Sehingga 1940-an
Kongsi Gelap Melayu di Perak, Kedah dan Perlis
Kesimpulan

Mahani Musa
Senior Lecturer

Block C12 Room 005
School of Humanities, University Sains Malaysia,
11800 Minden, Penang,
Malaysia
Phone: +60-4-6533888 ext 3336
E-mail: mahani@usm.my



Academic Qualification
B.A. - Universiti Sains Malaysia (USM)
M.A. - Universiti Sains Malaysia (USM)
Ph.D. - Universiti Malaya (UM), Malaysia
Specialisation Area

Malaysian Social and Political History


Membongkar sejarah kongsi gelap Melayu


Kongsi Gelap Melayu di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940-an
Oleh : Mahani Musa
Pengulas : DAYANG MARSYA



 


KEMUNCULAN kongsi gelap Melayu yang paling awal di Tanah Melayu dikesan di Pulau Pinang pada pertengahan abad ke-19.



 


Tinjauan awal tentang kewujudan dan kegiatan kongsi gelap yang dinamakan Bendera Merah dan Bendera Putih telah dibuat oleh pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di negeri itu.



 


Malah, kumpulan berkenaan dirumuskan oleh British hanya sebagai persatuan kampung yang ditubuhkan oleh ketua-ketua kampung yang berpengaruh bagi tujuan memulau musuh, mencari bantuan guaman bagi membantu ahli-ahli yang menghadapi masalah dengan pihak polis dan sebagainya.



 


Istilah kongsi gelap dalam situasi sejarah sosial bangsa Malaysia lazimnya sinonim dengan masyarakat Cina yang dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh penjajah British.



 


Perihal kongsi gelap Cina di Malaya (ketika itu) sehingga selepas kemerdekaan lebih diketahui kerana ia menjadi bahan pemerhatian atau penyelidikan oleh residen-residen British yang ditugaskan di sini.



 


Penulisan mengenai kongsi gelap Cina di negara-negara selat atau secara ringkasnya Malaya boleh disifatkan meluas kerana British cenderung membuat perbandingan kes dengan jajahan takluk mereka lain di Hong Kong, Macau dan Singapura terutamanya, ketika itu.



 


Keadaan ini berbeza dengan kongsi gelap Melayu, entiti ini tidak banyak diketahui atau menjadi bahan tulisan dalam buku. Ini berkait rapat dengan apa yang dirumuskan oleh Mahani Musa dalam buku ini, bahawa British tidak berminat mencampuri hal ehwal orang Melayu.



 


British mencari jalan mudah dengan menyerahkan hal ehwal orang Melayu atau pribumi kepada raja-raja Melayu, sejajar dengan dasar pecah dan perintah British yang merangkumi adat istiadat dan hal-hal berkaitan agama Islam.



 


``Alasan lain terhadap kekurangan minat ini ialah tanggapan biasa bahawa kegiatan tersebut lebih sinonim dengan masyarakat Cina atau dalam perkataan lain, kongsi gelap bukanlah budaya orang Melayu.



 


Ekstrem



 


``Dengan tanggapan sebegini tidak wujud satu desakan di kalangan pelajar dan pengkaji sejarah untuk meninjau aspek ini walhal pada hakikatnya gejala berkomplot sulit bukanlah asing dalam kehidupan sosiopolitik orang Melayu sejak zaman-berzaman.



 


``Budaya berkomplot sulit ini bukan sahaja kelihatan di kalangan kaum lelaki malah juga kaum wanita. Sejarah Melayu, misalnya, memperihalkan beberapa kisah penglibatan wanita golongan kerabat dalam intrik politik di istana terutamanya berhubung pemilihan bakal sultan.



 


Lantaran itu, perihal kongsi gelap dalam sosiobudaya orang Melayu tidak langsung disentuh waima dalam buku sejarah di peringkat sekolah menengah di negara ini.



 


Seingat pengulas, paling dekat perkaitan orang Melayu dengan kongsi gelap hanyalah sebagai sahabat pakatan kongsi gelap Cina dalam Perang Larut atau perang antara pemilik lombong di Perak.



 


Itu pun, gengster Melayu tidak disebut sebagai anggota kongsi gelap, sekadar orang-orang raja tertentu yang memihak kepada kongsi Ghee Hin atau Hai San.



 


Faktor ini menjadikan kajian Mahani Musa ini, merupakan pembuka mata mengenai asal usul dan perkembangan kongsi gelap Melayu di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu antara tahun 1821 dan 1941.



 


Mengapa hanya di negeri utara dan bukan seluruh Semenanjung?



 


Jawapannya mudah, aktiviti ekonomi dan fokus British ketika itu, sememangnya di wilayah utara dengan Pulau Pinang dan Perak menjadi pintu masuk kepada generasi awal buruh import dari India dan China yang turut membawa elemen kongsi gelap masing-masing. Manakala Kedah dijajah oleh Siam yang diwakili Raja Ligor, seorang Siam berketurunan Cina dan menggunakan elemen kongsi gelap Cina dalam sistem pemerintahannya dan menangani penentangan nasionalis Melayu.



 


Mahani, pensyarah sejarah di Universiti Sains Malaysia mendedahkan kepada beberapa pertubuhan yang memiliki beberapa sifat tersembunyi daripada yang diisytiharkan kepada British, selaku kerajaan ketika itu.



 


Paling ekstrem ialah kumpulan Bendera Merah dan Bendera Putih di Pulau Pinang, Perak dan Kedah.



 


Menurut Mahani, kongsi gelap Melayu bermula sebagai persatuan kebajikan dan keagamaan, tetapi kemudian ada persatuan yang mengubah bentuk kegiatan mereka menjadi kegiatan berbau jenayah.



 


Profil ini sama dengan sejarah-sejarah awal kemunculan pertubuhan jenayah di lain-lain tempat di muka bumi ini seperti mafia di Sicily (untuk membela nasib penduduk tempatan daripada penindasan penjajah) dan triad di China (sebagai gerakan bawah tanah untuk menumpaskan maharaja yang dibenci).



 


Mujurlah entiti bendera-bendera dalam masyarakat Melayu berjaya dilupuskan dan tidak membentuk sebagai suatu igauan buruk kepada rakyat Malaysia hari ini seperti yang mencengkam Itali akibat kesuburan aktiviti mafia. Sisa-sisa aktiviti gengster Melayu Bendera Merah dan Putih di Pulau Pinang tidak mungkin Bukit Bendera.



 


Mahani menyorot kegiatan dua kelompok yang bertentangan ini dalam setiap acara persembahan boria, perayaan Muharam dan kegiatan kelab-kelab bola sepak.



 


Sebagai sebuah kajian ilmiah, Mahani mengetengahkan kajiannya daripada manuskrip silam, catatan pegawai British atau Syarikat Hindia Timur British dan juga kajian kontemporari daripada Prof. Khoo Kay Kim dan Zainal Jusoh dari Universiti Malaya.



 


Bagi pengulas, kajian Mahani terhadap topik yang sangat kurang ditemui dalam media popular ini adalah begitu menyegarkan dalam usaha mengkaji perihal sikap dan kecenderungan orang Melayu di zaman penjajahan sehinggalah ke hari ini.



__________________
angah
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard