Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PEKIDA (samseng melayu)??? iyer ker..???


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:
PEKIDA (samseng melayu)??? iyer ker..???
 


Mengapa orang awam sekarang ini menganggap pertubuhan ini salah satu kumpulan samseng??? Bagaimana boleh terjadi begini??? Sebut ajer PEKIDA, semua orang dah tahu ianyer satu kumpulan yang negatif. Setahu saya PEKIDA bermaksud Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiiah.. Tapi mana perginyer "kebajikan" dan "berdakwah secara islam"???.. sungguh menghairan kan lagi.. ahli˛ nya kebanyakkan terdiri dengan pemuda-pemudi yg digelar gengster... Ade jugak yang dah ber'umur,tapi mereka bukan seperti segelintir pemuda-pemudi yang merosakkan pertubuhan ini.. Adakah pertubuhan NGO ini mencari orang˛ sebegini???(segelintir pemuda-pemudi yang digelar samseng melayu). Sila bagi pandangan atau "jawapan" anda bagi soalan˛ ini... minta maaf atas kekerasan bahasa terhadap comment saya tentang PEKIDA.. sekian ...

__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...
zed


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 2
Date:
 

Assalamualaikum...


Saya rasa apa yang diperkatakan oleh saudara adalah betul. Tidak ada yang positif, kebanyakkannya negatif tentang pekida ni. Sering kita dengar ahli pekida pukul orang (datang satu batalion nak pukul seorang je), belasah isteri, curi kereta, jual dadah & perempuan, dan macam-macam lagilah. Yang menyedihkan tu mangsa-mangsa pekida ni kebanyakkannya orang seagama & sebangsa. Dan tidak nampak persatuan ini memajukan orang-orang kita. Konsep perniagaan yang diamalkan oleh pekida pun hanyalah menguntungkan persatuan tidak pada ahli-ahli biasa. Ahli-ahli biasa hanyalah berkumpul ramai-ramai sambil mendengar nasihat @ ilmu agama (kononnya) hingga larut malam. Keesokan harinya mengantuk ditempat kerja. Jadi timbullah datang lewat ke tempat kerja, tak buat kerja, tidur di tempat kerja, pasif & tidak produktif. Gaji yang kita terima...(fikirkanlah). Sepatutnya pekida ni bantu pada ahli-ahli yang nak memulakan perniagaan. Beri bantuan atau pinjaman modal pada mereka. Bantu dapatkan projek-projek (kan pekida mempunyai hubungan dengan orang-orang yang ternama). Baru dapat menjana ekonomi orang-orang kita Bila benda ni dilaksanakan barulah akan kurang berlakunya jenayah di kalangan orang-orang kita. Itulah perjuangan Islam. Bantu-membantu. Saya harap pekida terima pandangan saya ini dengan tidak mengatakan yang hati saya tak terbuka atau tak dapat hidayah. Belajar-belajar terima pandangan orang. Bila kita di dalam memang kita tidak nampak ketidak betulan, orang luar yang nampak. Maaf jika menyinggung. Wasalam



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:
 

wa'laikum salam.. saudara zed

alhamdulillah... memang bagus cadangan suadara itu.. saya cukup setuju. Ianya akan memajukan lagi serta meningkat kerjesama antara satu sama lain.. =) .. InsyaAllah..

__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...


Senior

Status: Offline
Posts: 412
Date:
 

satu cadangan yg patut dipertimbangkan..

__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."


Senior

Status: Offline
Posts: 408
Date:
 


hafiz_halim wrote:


satu cadangan yg patut dipertimbangkan..


sokong///



__________________
MOHD RASHIDI AHMAD "SIMPANG/// SEREMBAN"


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:
 

Assalamualaikum,


PEKIDA - Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia - Satu pertubuhan yang menarik minat ramai khususnya golongan muda masa kini. Salah satu sebab PEKIDA dipandang serong adalah kerana pembawakan imej PEKIDA oleh segelintir otai-otai yang masih bergelut dalam kebanjiran maksiat itu sendiri. Mereka ini saya fikir yang tidak mahu berubah dan tidak mengambil peduli tentang aspek Dakwah Islam itu sendiri. Mana mungkin usaha dakwah dilakukan di rumah pelacuran, disco dan pub, serta di medan pertelingkahan antara kaum. Usaha Ayah untuk menarik golongan ini sangat murni, yakni mengajak mereka-mereka ini meninggalkan yang mungkar dan menyerap yang ma'ruf, namun mungkin kerana kealpaan ayah-ayah atau abg-abg mengingatkan dasar perjuangan PEKIDA kepada mereka ini menyebabkan mereka terumbang ambing setelah di Bai'ahkan. Keadaan menjadi bertambah buruk bila mereka ini pula menjadi abg-abg. Sudah semestinya adik-adik yg nak berjumpa abg-abg perlu menziarahi tempat-tempat yg diatas tadi. Maka apabila berkumpul ditempat tersebut, mata-mata yg memandang mestilah memandang dengan pandangan yg sinikal dan secara tidak langsung imej PEKIDA tercalar dek tanggapan mata-mata ini.


Saya rasa untuk membersihkan Imej ahli dan PEKIDA itu sendiri, perlulah kita kembali kepada Islam dan mendalami erti Jihad yang sebenar-benarnya. Kita ada R&D yang bisa memberikan sedikit sebanyak pengertian isi kandungan perjuangan ini. Mereka adalah pusat rujukan kerna mereka telah mendapat mandat dari Presiden untuk menjalankan kempen pembersihan imej Pekida dimata awam. Segala usaha-usaha yg mereka jalankan sentiasa mendapat pujian dari mereka yg mendapatkan khidmat R&D. Pada pendapat saya, ada 2 kelompok dalam PEKIDA itu sendiri:


1. Mereka yg Hardcore. Mereka tidak berepa gemar aktiviti PEKIDA dihighlightkan . PEKIDA adalah rahsia. Hanya didalam selimut, tapi musuh juga ada didalam selimut.


2. Mereka yg Liberal. Aktiviti yg dijalankan baik untuk ahli atau masyarakat perlu dikongsi bersama. Secara tak langsung ia dapat mengikis pandangan serong masyarakat kepada ahli-ahli PEKIDA itu sendiri. Hanya ahli yand dapat mengenal tersurat dan yang tersirat. Tersurat adalah perkara yang termaktub didalam perlembagaan PEKIDA , apakala yang tersirat, hanya ahli yang tahu.


Semenjak Pak Lah & Dato'Najib menjadi penaung PEKIDA, ramai orang makin kenal akan PEKIDA. Namun yg kenal dengan Imej buruk lebih ramai dari yang kenal dengan imej baik. Maka saya menyeru kepada semua termasuk saya sendiri, sama-samalah kita mempertahankan yang Haq dan membuang yang Bathil. Sesungguhnya kita telah berjanji , bukan dengan Ayah tapi dengan Allah


Thanks


  



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:
 

 


  wa'alaikum salam saudara gitartua ...


  Alhamdulillah... saya cukup terima ngan penjelasan saudara itu.. jika pemimpin baik,maka pengikutnya tentu baik, jika hati jahat, maka seluruh badan yang akan jadi jahat.. semoga kita mendapat iktibar dari perkara yang berlaku sebelum ni.. seperti si zaman Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat r.a. . terima kasih atas pandangan ataupun "jawapan' yg saudara telah beri itu.. sekian ...



__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
 

samseng kg. dusun

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:
 



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:
 

menilai dari luaran sahaja tidak cukup...yang nampak hanya baju yang buruk,itu tak bermakna badan berkudis.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 78
Date:
 

sokong///


__________________
BERSATU AMAN SEJAGAT///


Senior

Status: Offline
Posts: 483
Date:
 

tak baik jadi samseng no..



__________________
yusof


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:
 

shahputra wrote:



menilai dari luaran sahaja tidak cukup...yang nampak hanya baju yang buruk,itu tak bermakna badan berkudis.



 


 Setelah dinilai secukup-cukupnya..terbukti la, memang sah, badan berkudis,membuat kan seluruh baju itu kotor.. kudis kering takpe..tapi ini,jenis kudis yang lembap(basah)... telah membuatkan baju itu kotor..dan jika dilihat dari dekat... lagi teruk kotornya.dan jika dibaunya baju itu.. baunyer tak ubah seperti bau hanyir yang telah lama dibiarkan.. lagi lama dibiarkan lagi teruk akibatnya... lebih baik ubat kan dulu... sebelum terlambat ... kalu kita pakai nya baju tu... sudah tentu kita tahu.. sejauh maner kotornya.. dan seteruk maner kudis itu... alangkah bagus nya pemakai baju itu bersih dan suci dari segala hukum... lagi bertambah wangi bau baju itu.. dan dapat dijaga rapi... sedikit habuk pun takkan hinggap isnyaAllah... =) walla u'alam



-- Edited by wintersonatamale at 13:33, 2006-01-31

-- Edited by wintersonatamale at 13:34, 2006-01-31

__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...
isz


Veteran

Status: Offline
Posts: 34
Date:
 

Bak lirik lagu ahli fiqir,,samseng samseng samseng..

__________________
isz


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:
 

Assalamualaikum...


Kesian adik beradik kita di luar tu...yang nak berjihad, tapi tak tahu macamana nak berjihad. Last-last sesat. Nak di bacakan, sesetengah mereka menolak. Nak buat macamana lagi?


ps: Tengok je la apa yang R&D lakukan. Buktinya ada di galeri gambar. 



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:
 



__________________
alllang


Veteran

Status: Offline
Posts: 67
Date:
 

zackbikers wrote:


Assalamualaikum... Kesian adik beradik kita di luar tu...yang nak berjihad, tapi tak tahu macamana nak berjihad. Last-last sesat. Nak di bacakan, sesetengah mereka menolak. Nak buat macamana lagi? ps: Tengok je la apa yang R&D lakukan. Buktinya ada di galeri gambar. 


 


   wa'laikum salam saudara zack.. memang betul.. ader setengah tu.. dah ader jalan, dah nampak.. tetapi.. hm.... 'buat˛ tak nampak'.tak nak ikut.. insyaAllah.. semoga kita di jalan yang diberkati oleh Alah s.w.t.



__________________
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH... ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAI E DINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASAH BIHI WASSALIM...


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:
 


wintersonatamale wrote:

zackbikers wrote:
Assalamualaikum... Kesian adik beradik kita di luar tu...yang nak berjihad, tapi tak tahu macamana nak berjihad. Last-last sesat. Nak di bacakan, sesetengah mereka menolak. Nak buat macamana lagi? ps: Tengok je la apa yang R&D lakukan. Buktinya ada di galeri gambar. 

 
   wa'laikum salam saudara zack.. memang betul.. ader setengah tu.. dah ader jalan, dah nampak.. tetapi.. hm.... 'buat˛ tak nampak'.tak nak ikut.. insyaAllah.. semoga kita di jalan yang diberkati oleh Alah s.w.t.




insyaAllah

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:
 

aku memang sokong dgn pe yg diperkatakan.Sebenarnya ramai bdk2 muda yg join pekida lari dr matlamat sebenar petubuhan.Diaorg join psl kononnya akan power sebab de puak.Pengalaman aku sendri,aku tanya bdk pekida,siapa presiden?katne&pe peranan R&D?,suma tu dia x tau.Bila aku tanya,pe aktiviti ko wat?,jwbnya gaduh&pukul org.Pe suma ni?.Mana peranan sebenar?Aku sedih jadi camni.Masa nak jadi ahli siap bersumpah dgn al-quran.Ingat al-quran tu main2 ke?.Golongan yg camni dah byk sgt.Mana x busuk nama pekida!.ABG MAS, TOLONG JAWAB.Maaf kalu de yg tersinggung tapi perkara ni benar.

__________________
Otol's


Senior

Status: Offline
Posts: 350
Date:
 

caya la Bro....

__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
 


Masing masing ada telinga dengar, ada mata lihat... ada hati tetapkan prinsip diri...

Jangan sekali kali ikut ikut orang.. tanpa membuat pertimbangan ilmiah...

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Veteran

Status: Offline
Posts: 40
Date:
 

Saya sokong Abg Mas...Tu lah yg sebaik baiknya...

__________________
Otol's


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:
 

A'kum,


Buat apa jadi samseng.... dapat duit ke????... Hukuman yang menanti lagi hebat....sanggup


tanggung ke.....Balasan dari Tuhan!!!!!. Kita sebagai seorang Islam mesti ada keberanian 


untuk mengejar impian,Ilmu dan Al Quran dan Hadis sebagai rujukkan. Kita kena maju kedepan


dan bukan undur kebelakang. Insaf lah, janganlah jadi samseng.... malu kita. Tunjuk kita ini


boleh. Kalau ada tersalah kata harap maaf.


Wassalam


 



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
 

zackbikers wrote:


Assalamualaikum... Kesian adik beradik kita di luar tu...yang nak berjihad, tapi tak tahu macamana nak berjihad. Last-last sesat. Nak di bacakan, sesetengah mereka menolak. Nak buat macamana lagi? ps: Tengok je la apa yang R&D lakukan. Buktinya ada di galeri gambar. 


 


ade mat2 rempit kat kajang tu.. bangga diri dapat join pekida.. tapi RnD kat sg ramal yg dekat tu tak pernah jenguk pun.. ape nak jadi.. semayang pun tunggang langgang.. Astaghfirullah.. diorang ni ber bai'ah dgn ayahanda je.. bukan berbai'ah ngan Tuhan gamaknya..



__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 3
Date:
 

yang baik dibalas kebaikkan dan yang jahat dibalas kejahatan



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:
 


karamkaram wrote:


zackbikers wrote: Assalamualaikum... Kesian adik beradik kita di luar tu...yang nak berjihad, tapi tak tahu macamana nak berjihad. Last-last sesat. Nak di bacakan, sesetengah mereka menolak. Nak buat macamana lagi? ps: Tengok je la apa yang R&D lakukan. Buktinya ada di galeri gambar.    ade mat2 rempit kat kajang tu.. bangga diri dapat join pekida.. tapi RnD kat sg ramal yg dekat tu tak pernah jenguk pun.. ape nak jadi.. semayang pun tunggang langgang.. Astaghfirullah.. diorang ni ber bai'ah dgn ayahanda je.. bukan berbai'ah ngan Tuhan gamaknya..


 


SEDARA SEDARA SEMUA


KALAU JALAN DIA MENUJU KE ARAH/CARA GANGSTER, INI LE JADINYE.SEPATUTNYE KENA EXPLORE LUAR, TAK PAYAH SENYAP SENYAP. TENGOK CARA ABIM DAN YG LAIN LAIN.LEBIHKAN KEBAJIKAN, KEMUDAHAN PADA AHLI, BUAT STATEMENT DI LUAR.KALAU ADA TRAGEDI AYAHANDA AYAHNDA YANG ADA PANGKAT TU TURUN PADANG, BUAT KEBAJIKAN.BUAT KUTIPAN DERMA DAN SEDEKAHKAN PADA YANG MEMERLUKAN.DARI SITU AKAN TERBIT NILAI MURNI, DAH AHLI AHLI AKAN TERDIDIK.YANG MUDA AMBIK JADI REKRUT, STANDBY KALAU ADA TRAGEDI HANTAR SEBAGAI BANTUAN. BUKAN STANDBY UNTUK BERGADOH



__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 3
Date:
 

Assalamualaikummm... Betul tu abang2 sekalian... Ada segelintir pemuda-pemudi yang sebaya dengan saya, mengatakan Pekida ini hanya sebagai backup jikalau dia bergaduh atau terdapat musuh atau sebagainya... Bukankah itu akan mengotorkan nama Pekida....

__________________
Berkata dengan ikhlas,bertanya untuk mengetahui....


Veteran

Status: Offline
Posts: 64
Date:
 

Assalamualaikum....Saya pon sokong kata2 saudara sonata tuh.Jadi ape kata ayah2,abg2dan yg lain2,kalo cari adik @anak baru,carilah yg betul2berminat...dan yg paling penting abg2 yg sponsor tolong lah jaga perangai,bak kata pepatah "cikgu kencing berdiri,murid kencing berlari".Dan atas sbb itulah masih ramai yg jalan dlm gelap,sbb takut dapat title yg itulah.....


waallahualam///




__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:
 

sokong bro raden///

__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:
 

Jalan masih trbentang luas..

__________________
Pembawakan biarlah putih,pelaksanaan biarlah merah,30 rapatkan di dada, Ha Kaf min iktikad dihati
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard