Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PERMULAAN FITNAH


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
PERMULAAN FITNAH


SALAM...mesra


Antara ujian Allah kepada duah ialah ujian ketaatan kepada pimpinan dan harakah yang dipilihnya untuk berbaiah. Ujian ketaatan ini amat sukar apabila wujudnya pandangan yang berbeza antara duah dan golongan pimpinan mereka. Lantaran itu Imam al-Banna menegaskan bahawa pendapat Imam dan naibnya adalah diterima pakai dalam perkara yang tiada nas yang putus, atau dalam perkara yang mempunyai nas tetapi terdapai berbagai pilihan dan dalam perkara masoleh al-mursalah selagi mana pendapat tersebut tidak terkeluar daripada kaedah syarak dan nas-nasnya.

Ujian ketaatan baiah yang pertama melanda umat Islam adalah selepas Uthman bin Affan r.a. dibunuh oleh golongan pemberontak disebabkan oleh fitnah yang diatur secara rapi oleh kumpulan Abdullah bin Sba' seorang Yahudi keturunan Yaman. Berasaskan perbezaan keutamaan dalam ijtihad dikalangan sahabat berlakulah peperangan Siffin antara tentera pimpinan Muawiyah r.a. dan Ali bin Abi Talib r.a. Setelah Ammar bin Yasir terbunuh seorang sahabat nabi yang pernah dikhabarkan akan dibunuh oleh golongan yang bughah menjadikan semangat untuk berdamai menjadi keutamaan yang disepakati oleh kedua-dua belah pihak.

Keimanan, keikhlasan semangat ukhuwwah dan kasih sayang antara sahabat dan kecintaan kepada kahirat merupakan faktur yang menyelamatkan mereka daripada fitnah yang dinyalakan oleh Abdullah bin Saba' ini. Walaupunmereka berperang tetapi mereka hanya memepertahankan ijtihad mereka yang diyakini benar bukan kerana kebencian kepada sahabatnya. Sehingga apabila mereka penat berperang dan bersetuju menghentikan peperngan itu mereka saling menziarahi antara satu sama lain bertanya khabar dan diwayatkan keadaan mereka ibarat dua belah jari tangan digenggam berselang seli.

Walaupun begitu kumpulan Abdullah bin Saba' mendapati perdamaian ini akan melenyapkan peluang mereka menghancurkan umat Islam lalu dengan pentakwilan lahirlah golongan Khawarij seterusnya Muktazilah dan Syiah yang menjadikan sedikit takwil mendorong pentakwil menegakkan pendapatnya walaupun terpaksa menumpahkan darah.

Dengan ketegasan Ali r.a. telah menjelaskan kepada ummah fiqh siyasah syariyyah dalam menghadapi golongan bughah yang keluar menentang khalifah disebabkan takwil yang ada pada mereka. Menjelaskan bahawa Imam wajib mengembalikan ummah kepada kesatuan bai`ah walaupun terpaksa berperang apabila islah menjadi buntu dengan adab-adab ukhuwwah dan kasih sayang.

Lantara itu ulama menyimpulkan fatwa bahawa tidak harus keluar menentang Imam yang sah disebabkan maksiat yang dilakukannya selagi tidak nyata kekufurannya.

Aktiviti harakah Islamiah semuanya berasaskan ijtihad berasaskan kefahaman mujtahid mengenai kaedah siasah syariyyah. Di sini perlulah setiap penggerak gerakan Islam mengutamakan asas-asas ukhuwwah dan wehdah daripada mengutamakan ciri-ciri perpecahan dan merungkai bai`ah sealagi wujud tanda-tanda keikhlasan golongan yang memimpin dan peluang pengislahan terbuka luas.

Marilah kita menutup pintu-pintu Syaitan yang sentiasa memanah hati duah dan berusaha mengeluarkan mereka daripada keikhlasan beramal dan mengeluarkan mereka daripada pahala amal jamaie.

Pentakwilan yang membawa perpecahan biasanya diasaskan oleh najwa dan maklumat yang tidak ditahkikkan dengan sebenarnya. Allah swt menyeru kepada dua kelompok golongan yang beriman yang berselisih pendapat dan berperang agar mengutakan Islah dengan menghantar wakil kedua-dua belah pihak untuk berbincang mencari titik perselisihan dan dirungkaikan.

Sekiranya perselisihan hanyalah disebabkan ijtihad dan pandangan yang tidak didokong oleh nas yang putus maka adalah wajar para duah kembali kepada asas-asas ketaatan. Taat waiyyah bukan taat hawiyah. Ketaatan berasaskan iman, kesedaran dan keinsafan bukan taat kerana nafsu.


mari kita renungkan...



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

salam...


fitnah ini umpama satu virus yg sangat2 bahaya. umpama duri dlm daging, api dlm sekam. selalunyer fitnah ni dikaitkan dgn benda yg tak nampak.


hanya akal yg logik lagi rasional sahaja dpt manapisnyer.



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:

Ya mari kita renungkan ...dan semoga dapat menutup fitnah dalam diri sendiri, kalau pun belum mampu menutup fitnah dari yang lain.


wassalam



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:

"Rukun baiah kita semuanya sepuluh, peliharalah ia dengan sebaik-baiknya dan fahamilah ia Semoga ianya dapat membantu kita menjadi kunci sumber kekuatan kita dalam menghadapi perjuangan".

1. Faham- Iaitu meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri


2.Ikhlas-Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia tentera Fikrah dan Aqidah


3.Amal-hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)



4.Berjihad-Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍ ﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.



5.Pengorbanan-Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat

6.Taat-Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul


7.Pendirian Tetap-bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.


8.Tegas- seseorang itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna


9.Persaudaraan(Ukhuwwah)-Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan

10.Percaya-Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat.




Semoga informasi diatas dapat membantu .





-- Edited by adib at 03:22, 2005-03-08

__________________
A d i b T o s h i o™


Veteran

Status: Offline
Posts: 28
Date:

THX ADIB, PERINGATAN YANG BAIK AND BETARA SAYA SETUJU APA BETARA TULIS TU, HAPUSKAN FITNAH NANTI MEMAKAN DIRI OOO...TAKUTS! DOSA! - TQ



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Thx adib, satu info yg. sangat berguna. ///

__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

A'kum ///,


Ya, memang betul tu bro2 ku semua tapi bab2 yang sensitif dan rahsia kita di dalam perjalanan dan perjuangan perlulah diKAHFIkan sebab terlalu open untuk dihuar2 kan dalam website ni...


-cuma bagi pandangan tanpa prejudis, harap xtrase yer... ampun pak.....


SALAM ///



__________________
Latok ///


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

fitnah, fitnah, fitnah..........................


menuju ke jalan kehancuran, elakkan budaya ni, klu nak selamat



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

memfitnah dosa besar ooooooo

__________________
alllang


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

setiap langkah bermula dengan fitnah adalah  permulaan bagi kekalahan....



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim. Al-Baqarah surah 2 ayat 193 betulkan kalau saya silap



__________________
alllang


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 408
Date:

fitnah lagi teruk pada membunuh...

__________________
MOHD RASHIDI AHMAD "SIMPANG/// SEREMBAN"


Veteran

Status: Offline
Posts: 85
Date:

setuju sgt dgn bro adib tu..thanks bro

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard