Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PILIHAN NAMA-NAMA YG CANTIK UTK ANAK


Senior

Status: Offline
Posts: 110
Date:
PILIHAN NAMA-NAMA YG CANTIK UTK ANAK



*** Kepada bakal ibu2 dan bapa2***


Pilihan nama-nama yg cantik utk anak


--------------------------------------------------------------------------------


Alya Adriana (Ketinggian, nisbah)


Semoga anak ini menjadi orang yang sangat suka melakukan kebaikan yang tiada henti nisbahnya



Amirah Hazirah (Puteri/pilihan yang terbaik)


Pilihan nama yang sangat baik untuk diberikan kepada seorang anak perempuan. Kelebihan anak perempuan ialah lebih peka dan mudah menolong kesusahan ibu bapa. Hatinya lebih sensitif dalam menangani dan menangkap emosi ibu bapa. Anak beginilah yang diletakkan harapan untuk mengenang jasa ibu bapa apabila ia dewasa kelak.



Aisyah Aqilah * Aisyah Afiqah (Hidup bahagia/ Cerdas, pandai * Sangat berpengetahuan)


Ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anak hidup bahagia. Doa yang berpanjangan sentiasa dipanjatkan demi kebahagiaan anak. Pastinya ibu bapa boleh bergembira bila anak-anak kembarnya cerdas dan sangat berpengetahuan. Merekalah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan generasi akan datang. Generasi yang bukan sahaja memiliki ilmu pengetahuan yang luas, malahan tinggi pula budi pekertinya



Dhia Syarafana (Cahaya/kemuliaan)


Anak yang dididik dengan penuh disiplin sewaktu kecilnya, akan menjadi orang yang tahu menghargai masa dan menghargai diri sendiri. Pekerjaan yang tidak memberi manfaat akan dijauhi sedaya mungkin. Hasilnya, melahirkan sesuatu yang mulia untuk dijadikan contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat.



Dayana Batrisya (Gagah perkasa/cerdik/pintar)


Seorang yang memiliki nama ini akan menjadi terkenal, berjaya dalam apa bidang yang diceburinya. Hatinya cekal dan gagah dalam membina dan mengejar kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Sifat-sifat baik yang dimilikinya, memudahkan ia membina karisma diri.



Fatin Khadijah (Bijaksana)


Seorang wanita yang terkenal dengan kepintarannya dalam perniagaan. Kaya raya dan berharta, tetapi tidak ada sifat sombong dan angkuh pada dirinya. Wanita yang sangat setia kepada suami. Dia seorang yang mempunyai daya tarikan yang kuat dan seorang yang berpengaruh.



Fatin Afifah (Menarik perhatian, yang sopan)


Tiada yang lebih berharga bagi ibu bapa yang memiliki anak perempuan yang sopan. Baik budi pekerti, sangat menjaga tutur kata dan pandai menjaga diri ketika bergaul dengan kawan-kawan. Sesiapa yang memandang tertarik dengan sikap dirinya yang boleh bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri.



Fatin Sahira (Menarik/mempesonakan/memikat hati)


Seorang anak yang lincah dan mempesonakan mata yang memandang. Apa lagi jika ibu bapa dapat mendidiknya menjadi anak yang baik. Lebih dapat memikat hati dengan akhlak baiknya. Itulah penghibur dan permata hati ibu bapa.



Hana Humaira (Rezeki tanpa kepayahan/yang berpipi merah)


Memang ada anak-anak yang rezekinya sentiasa cerah. Selalunya anak yang begini orang kata nasibnya untung dan baik. Ada-ada sahaja yang menyebabkan rezekinya sentiasa ada dan berpanjangan. Anak yang begini hidupnya selalu dipenuhi dengan keriangan dan kekayaan.



Hana Khalilah (Rezeki tanpa kepayahan/kesayangan)


Anak merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada ibu bapa. Didiklah anak dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang. Hidup yang penuh dengan kasih sayang akan memudahkan anak membina kehidupan yang lebih bahagia dan cemerlang pada masa depannya.



Irdina Ilmuna (Kehormatan kami/pengetahuan kami)


Semoga anak dididik untuk mengejar ilmu pengetahuan yang tinggi. Sebarang kejayaan yang hendak dicapai, ia memerlukan ilmu pengetahuan, apa lagi dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini. Orang yang berilmu pengetahuan, apa lagi kalau berakhlak, dia akan dihormati oleh orang lain.



Iffah Huriyyah (Suci terpelihara/bidadari)


Alangkah bertuahnya ibu bapa yang boleh mendidik anak perempuannya tahu menjaga dan memelihara maruah diri. Melihat fenomena masyarakat sekarang, segelintir remaja perempuan hilang malu dalam menjaga akhlak diri mereka. Melepak, merokok, pergaulan bebas menjadi kebiasaan hidup. Semoga anak yang memiliki nama ini terhindar daripada perkara-perkara sedemikian, sesuai dengan namanya yang suci lagi terpelihara.



Marsya Maisarah (Subur/kesenangan)


Maisarah ertinya kesenangan. Semoga anak memiliki kesenangan yang berpanjangan untuk menjadi seorang yang sangat berdikari. Tidak sahaja berdikari malahan ringan tangan untuk menolong orang lain yang di dalam kesusahan dan kesempitan.



Masturina (Yang bijak)


Satu nama yang cukup cantik untuk diberikan kepada anak perempuan. Anak akan hidup secara aktif dan lincah. Ada-ada sahaja pekerjaan yang hendak dilakukan. Sifat kerajinan yang ada pada dirinya, menyebabkan dia mudah untuk menjadi seorang yang berjaya dan berdikari dalam hidupnya



Najwa Asyilah (Bisikan rahsia/nama yang baik)


Anak yang pandai menjaga maruah diri. Sesuai dengan makna namanya yang baik. Rahsia hati ibu bapa ingin memiliki anak yang sempurna telah tercapai dengan memilih nama ini.



Nisrina Nabihah (Bunga mawar putih/ cerdik, mulia)


Satu gabungan nama yang cukup cantik dan sempurna. Seorang anak perempuan bukanlah hanya diharap pada kecantikannya sahaja, tetapi juga pada akal yang dimilikinya. Bunga mawar putih juga melambangkan kesucian seorang gadis yang sentiasa menjaga maruah diri. Prinsipnya tidak layu sebelum tiba masa dipetik, tersemat kukuh di dalam dirinya.



Ridwana Rifiah (Keriangan/ketinggian kemuliaan)


Anak yang memiliki sifat yang riang akan mudah menghiburkan hati ibu. Anak yang begini mudah mengatur hidupnya sendiri tanpa banyak menyusahkan ibu bapa. Anak yang boleh berdikari kerana mempunyai disiplin diri yang tinggi terhadap diri sendiri.



Syazana (Kecergasan)


Nama yang senang didengar dan merdu bunyinya. Begitu juga dengan makna yang dimiliki di sebalik nama tersebut. Anak yang cergas dan lincah menjadi penghibur hati kedua ibu bapa. Penat lelah seharian bekerja akan terubat apabila melihat kecergasan anak. Anak yang cergas mudah mengikuti pelajaran di sekolah dan apa-apa sahaja yang diajarkan kepadanya.



Wafiy Munirah (Setia/yang cantik)


Anak perlu dididik untuk menjadi seorang yang setia. Mudah dan ingat apa yang diajarkan oleh guru-guru dan juga ibu bapa. Apatah lagi jika mudah mengamalkan segala nasihat yang diberikan. Hati menjadi tenang melihat anak yang begini. Semoga anak menjadi orang yang baik dan cantik budi pekertinya


Tasnim Amani (Air terjun dalam syurga/ketenanganku)


Air sejuk yang mengalir untuk menghilangkan dahaga, merupakan suatu kesyukuran di atas nikmat Allah. Begitu jugalah dengan kurnian anak yang baik dapat menghiburkan hati ibu bapa dalam menghadapi dugaaan yang pelbagai di dunia yang serba mencabar ini.



Wardina (Bunga Mawar)


Anak perempuan ibarat bunga mawar. Harum baunya terserlah dari jauh lagi. Warnanya yang berseri dapat dilihat di mana-mana. Biarlah ibu bapa dapat menjaganya dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Yang berpanjangan. Agar ia tidak punah sebelum disunting orang.



Nur Natina (Cahaya/Setia/yang cantik/jujur/bertanggungjawab)


Anak yang cantik, manis serta menawan merupakan seorang yang setia. Berjiwa kental dan berani menanggung segala rintangan serta cabaran yang menimpa. Di sayangi oleh ahli keluarga. Mudah mesra dan sukar didekati oleh orang yang yang berada disekelilingnya. Seorang yang setia, bertanggungjawab, jujur dan cantik budi pekertinya.



Zuhrah Musfirah (Keindahan/yang berseri)


Anak yang kelihatan tenang dan merendah diri. Pandai menyesuaikan diri dan tahu ke mana tujuan hidupnya. Tetapi memiliki keindahan pada wajah dan akhlaknya.



Zahrah Zuyyin (Bunga/Dijadikan indah)


Semua ciptaan Allah adalah indah. Apa lagi jika ibu bapa mengambil berat tentang perkembangan diri anak mereka. Biarlah anak ini membesar dengan keindahan-keindahan yang terdapat dalam dirinya. Baunya harum ibarat sekuntum bunga melor, yang disukai oleh semua manusia.


Aisy Hafiy (Kaya raya/yang memuliakan)


Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang kadang-kadang menyebabkan ia sombong dan lupa diri. Jika ada anak-anak yang kaya, alangkah baiknya jika dia dapat membantu orang yang susah dan mudah memberi sesuai dengan kemuliaan sebagai orang yang kaya pada harta dan juga pada budi bahasanya.



Aisy Iskandar (Kaya-raya/nama seorang raja)


Seorang anak yang diharapkan apabila dewasa akan menjadi seorang pemimpin. Pemimpin yang mampu menggerakkan jiwa rakyat ke arah kecemerlangan hidup yang maju dan berdaya saing menghadapi pembangunan negara. Kekayaan yang ada pada dirinya digunakan untuk menegakkan suatu perjuangan yang diredhai oleh Allah.



Amirul Haziq (Ketua/cerdik, pandai )


Dunia memerlukan anak-anak yang mempunyai kecerdikan akal yang tinggi, supaya dapat memimpin orang lain ke arah kebenaran. Sifat ini perlu ada kepada seseorang anak yang bakal menjadi pemimpin untuk menggantikan generasi yang akan pergi.



Ariq Ulwan (Baik budi/tinggi)


Nama yang dimiliki, memberi peluang kepadanya untuk mencapai ketinggian budi pekerti. Jika ibu bapa berusaha bersungguh-sungguh dalam mendidik akhlak yang mulia kepada anak, insya-Allah ianya akan menghasilkan sesuatu yang memberangsangkan.



Auzaie Rusydi (Nama ulama/kecerdikanku)


Auzaie merupakan nama imam mujtahid mutlak. Ia merupakan seorang ulama yang mampu memahami, mentafsir dan mengeluarkan terus hukum-hakam dari al-Quran dan Hadis. Hanya anak yang cerdik dan pintar otaknya sahaja yang mampu mendalami ilmu-ilmu al-Quran.



Bazli Hadif (Kepakaranku/yang punya matlamat)


Pada abad ke-21 ini, kita memang mengharapkan pakar-pakar yang berkualiti tinggi untuk membangunkan negara. Seorang yang menjadi pakar dalam sesuatu bidang pasti akan mencapai kejayaan. Seorang yang pakar sangat arif dan punya matlamat untuk membina masa depannya sendiri.



Danish Danial (Berpengetahuan/bijak/nama nabi)


Anak menjadi seorang yang luas ilmu pengetahuannya dan bijak dalam menangani segala ujian hidup yang penuh dengan liku-liku ini. Danial merupakan nama salah seorang nabi yang pastinya mempunyai akhlak-akhlak yang terpuji dalam dirinya.



Fakhriy Fasyin (Keagungan/yang tersiar)


Semua ibu bapa memang mengharapkan anak yang berjaya dalam hidup. Begitu jugalah dengan nama ini. Apa yang diharapkan anak menjadi seorang yang berjaya dan membawa kecemerlangan dalam hidupnya. Apa-apa kejayaan yang dimiliki akan tersebar pula untuk diconttohi oleh manusia lainnya.



Fadhlan Fakhri (Kurnia/ kebangaan)


Gabungan nama yang cukup mantap untuk melambangkan keindahan nama sebagai seorang anak lelaki. Anak sebagai kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya. Apa lagi jika ibu bapa dapat mendidiknya menjadi anak yang baik di segala segi. Akhlak yang menawan dan ada sifat-sifat kepimpinan. Satu pakej yang dikira dapat membanggakan hati ke dua ibu bapa bila anak dewasa kelak.



Hazlam Husain (Ketangkasan/benteng pertahanan)


Anak lelaki memang diharapkan untuk menjadi seorang yang tangkas dan berani mengharungi pelbagai cabaran hidup di dunia ini. Seorang yang memiliki jiwa yang kuat dan tabah. Justeru, dia mempunyai pertahanan diri yang kuat sebagai benteng kehidupan.



Haziq Hawwas (Cerdik/Yang bersemangat)


Anak yang dilahirkan memang sedia cerdik. Ini memudahkan lagi kedua ibu bapa untuk mendidiknya ke arah yang lebih cemerlang dan terbaik. Semangat dalam mengejar kejayaan sentiasa berkobar-kobar dalam diri yang begini.



Imran Ihtisyam (Kehebatan, budi bahasa)


Kehebatan budi bahasa, nampaknya semakin berkurangan di kalangan anak-anak dewasa kini. Nama ini sesuai dipilih, untuk memantapkan budi bahasa yang tinggi di kalangan anak-anak. Sejuk mata ibu bapa yang memandang anak yang menjaga budi bahasanya di hadapan kedua orang tua.



Izzul Hanis * Izzul Hanif (Kemuliaan/ Berani, warak * Kemuliaan/ Yang lurus)


Anak kembar yang dilahirkan ini, diharapkan dapat memenuhi dan meneruskan kemuliaan atau maruah ibu bapanya hingga ke akhir hayat. Hidup dengan menjaga maruah atau kehormatan budi pekerti, menjadikan diri disegani dan dicontohi oleh masyarakat. Anak-anak beginilah yang diharapkan. Berani kerana kebenaran dan tidak mudah terpengaruh dengan prinsip hidup yang salah.



Ismat (Kekuatan menjauhi maksiat)


Nama yang mempunyai makna yang tersendiri. Sekali terdengar, ia mempunyai cita rasa yang terkini. Ertinya juga cukup bagus. Iaitu anak mempunyai kekuatan untuk tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif. Di mana sahaja, manusia mudah untuk terlibat dengan kejahatan. Hanya dengan pendidikan keimanan, yang diberikan oleh ibu bapa menjadi benteng terkukuh untuk anak menghindarinya.



Jaris Jauhari (Kurnia Tuhan/permataku)


Anak merupakan harta kurniaan Tuhan yang tidak ternilai harganya di dunia ini. Jadi, didiklah mereka sesempurna yang mungkin untuk menjadikan mereka sebagai insan cemerlang. Anak-anak adalah umpama permata, yang mesti kita gilap dan kilatkan setiap hari untuk mendapatkan sinarnya.



Jufri Junaidi (Keluasan/tentera)


Seorang yang mempunyai disiplin diri yang kuat. Tegas, berani dan mempunyai kekuatan jiwa yang kukuh. Memiliki sifat kepimpinan yang tinggi, membolehkan dia menjadi pemimpin yang baik suatu masa kelak. Juga seorang yang tidak mudah putus asa apabila berhadapan dengan kegagalan.



Marzuq (Yang diberi rezeki)


Moga-moga anak menjadi orang yang mendapat limpahan rezeki yang banyak. Agar dapat pula ia menaburkan rezeki yang banyak itu, untuk menolong mereka yang benar-benar memerlukan. Islam adalah agama yang mendorong perpaduan. Umum memerlukan orang-orang yang pemurah untuk mengujudkan keharmonian hidup bermasyarakat.



Nabil Najmi (Yang cerdik/bintangku)


Memiliki anak yang cerdik seumpama memiliki sebutir bintang yang bergemerlapan di malam hari. Anak yang cerdik akan memperolehi ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk digunakan dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup.



Naim Zuhair (Kesenangan/cemerlang)


Anak yang memiliki nama ini diharapkan menjadi orang yang berada dalam kesenangan dengan apa-apa jua bidang yang diceburinya. Bukan sahaja kesenangan diri yang diharapkan malah diiringi dengan kecemerlangan dalam apa-apa jua bidang yang diusahakan.



Razin (Yang tetap pendiriannya, yang tenang)


Seseorang yang mempunyai pendirian, tidak mudah untuk dipengaruhi oleh orang lain. Oleh kerana dia seorang yang berpendirian, menyebabkan dia seorang yang tegas dan bersemangat tinggi. Berani menyatakan pandangan dan buah fikirannya yang difikirkan ada kebenaran dan keuntungan pada banyak pihak.



Syarif Syamil (Mulia/menyeluruh)


Anak yang diharapkan untuk menjadi manusia yang mulia di kemudian hari. Berjaya dalam meraih kejayaan dalam hidupnya. Berjaya menjadi orang yang pandai dan tahu menjaga maruah diri. Sentiasa menjaga diri agar tidak terlibat dengan sesuatu perkara yang boleh merosakkan diri sendiri dan juga nama baik keluarga.



Zaim Nazif (Pemimpin/yang bersih)


Lahirlah anak yang bakal menjadi pemimpin yang bersih daripada segala segi. Bersih, cekap dan amanah untuk bangsa, agama dan negaranya.



Zharfan (Cerdik, pintar, cantik upanya)


Nama yang mudah tetapi jarang didengar. Namun menampilkan situasi dua dalam satu. Ianya memberikan gambaran seorang anak lelaki yang cerdik. Di samping itu memiliki rupa paras yang cantik. Satu nama yang cukup baik untuk membentuk seorang anak yang berwibawa.



Zawir Zakwan (Ketua,yang cerdik, yang harum)


Semoga anak menjadi seorang ketua dan pemimpin yang cerdik untuk mengharumkan nama ibu bapanya pula.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

Anak kita esok nak letak nama aper? ;D...///

__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 110
Date:

anak kita??? hmmmm... kita letak nama semua2 yg ada kat list ni jer ler senang... hehehhehehehhe..... 

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:


quote:


Originally posted by: aqeera
"anak kita??? hmmmm... kita letak nama semua2 yg ada kat list ni jer ler senang... hehehhehehehhe.....  "


ahaks!!! banyak tu Aqeera... mau patah pinggang jadinya ni! kalo ramai macam ni...///



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:

lu olang ada cinta ka..
mau cinta sana atas rumput pi laa..

apa ada pada nama..!!!

__________________
Merah PLB


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:


quote:


Originally posted by: Merah_36
"apa ada pada nama..!!!"



Apa ada pada nama? Dalam Islam setiap nama mempunyai maksud... maksud itulah yang dijadikan panggilan di akhirat kelak... Rasulullah pun suruh kita memberi nama yang mempunyai maksud yang baik... cuba cari maksud nama saudara sendiri... pastu tanya diri sendiri - APA ADA PADA NAMA AKU NI??? Itupun jika anda orang Islam mesti anda faham...



-- Edited by ungkuomar at 15:36, 2005-04-20

__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

INSYA ALLAH..................




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

quote:

Originally posted by: Merah_36

"lu olang ada cinta ka.. mau cinta sana atas rumput pi laa.. apa ada pada nama..!!!"

Aiyo, abg merah 36, jangan galang sangat ma... ini cuma info tambahan saja ma...

__________________
Latok ///


Senior

Status: Offline
Posts: 110
Date:

Merah... merah.... jgn marah marah kay

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


ayo yo kada wiler...apa sudah jadi...........


susu punya pasal, lumbu dapat nama



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

kalo kulit putih, rambut putih nama MANIAM KUPUSAMY amcam. confused2:


biggrin:



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,


anak saya nama Wan NurWardina Najwa.....apa mcm sedap dak........



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:

INSYA ALLAH   ///

__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Abu Dawud telah meriwayatkan dari Abu Darda r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu pada Hari Kiamat, maka perelokkanlah nama-nama kamu.

Nama-Nama Indah Dalam Islam



__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Nama saya Faisal maksudnya penyelesaian. :)

Boleh check kat sini maksud nama korang : www.maksudnama.org



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard