Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kenali Golongan Anti Hadith


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:
Kenali Golongan Anti Hadith
 



Satu golongan baru umat Islam Malaysia telah timbul disebut sebagai golongan Ajaran AlQuran (MENOLAK HADITH) yang bererti golongan berpegang kepada al-Quran semata-mata dan menolak sunnah/hadith.

Golongan ini muncul di beberapa buah negara seperti Indonesia, Singapura, India, Pakistan, Iran
dan khususnya dikebanyakan negara Arab. Golongan ini pernah disebut ulama Ibn Hazm abad 4-5 Hijrah dan beberapa ulama zaman moden seperti Muhammad al-Ghazali dan Yusof al-Qardhawi.

Golongan ini tidak disambut dengan ahlan wa sahlan, tetapi disambut dengan peringatan dan amaran bahaya oleh para ulama kepada umat Islam seluruhnya.

Kemunculan golongan ini pernah diramalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah hadith bermaksud: Ada
orang yang berbaring di tempat tidur yang mewah dan berkata: "Antara kami dan kalian hanyalah kitab Allah (al-Quran) sahaja. Apa yang dihalalkan dalam al-Quran, kita halalkan, dan apa yang diharamkan, kita haramkan. Sesunggahnya apa-apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w., sama seperti yang diharamkan oleh Allah". (Diriwayatkanoleh Abu Daud dan Tarmizi).

Ramalan hadith nabi terbukti benar. Golongan quranik telah muncul. Andainya golongan quranik ini tidak muncul, kemungkinan umat Islam dalam keraguan dan tidak mempercayai kebenaran hadith tersebut.

Golongan menolak hadith yang tidak mahu mempercayai kebenaran ramalan hadith tersebut bererti mereka' tidak berada di jalan yang betul. Dan sememangnya tidak betul. Ertinya umat Islam bukan sahaja diwajib berpegang kepada alQuran, tetapi juga berpegang kepada sunnah/hadith. Menolak sunnah/hadith sama ertinya tidak beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Bagaimanakah pandangan golongan menolak hadith terhadap ahli sunnah wal jamaah?.

"....teori perundangan Islam Imam Shafi'e (m.204/920) yang menjadikan hadith/sunnah sebagai satu sumber perundangan yang utama di samping Quran. Dengan diterimanya teori ini dan dijadikan pegangan kaum orthodox atau apa yang dikatakan ahli sunnah wal jamaah, maka perpecahan yang telah ditimbulkan oleh hadith dihalalkan dan diinstitusikan dan hadith menggantikan serta menekan fikiran kreatif dalam Islam. Inilah puncanya fikiran kreatif merosot dan terus mati dalam masyarakat Islam...."

Benarkah pandangan golongan menolak hadith di atas? Kenyataan bahawa teori perundangan Imam Shafiti yang menjadikan hadith/ sunnah sebagai sumber perundangan utama di samping alQuran bukanlah pandangan Kassim Ahmad, tetapi pandangan orientalis Schacht. (Lihat buku The Essentials of His Theory Were Created by Shafi'i).

Orang pertama yang menentang golongan menolak hadith pada zamannya ialah Imam Syafie. Dalam satu diskusi atau perdebatan, beliau telah memberi pukulan TKO kepada golongan menolak hadith. Diskusi atau perdebatan itu boleh dilihat dalam buku AL-RISALAH dan AL-UM karya Imam Syafie sendiri. Kedua buah buku itu sudah ada terjemahannya dalam bahasa Malaysia
. Natijah dari diskusi atau perdebatan itu: Orang Islam bukan sahaja wajib berpegang kepada alQuran, tetapi juga berpegang kepada sunnah/hadith.

Golongan menolak hadith sudah tidak berdaya dan lumpuh. Tibalah zaman orientalisma. Mereka berusaha menghidupkan nyawa golongan quranik. Mereka membuat kajian, kritikan dan menulis buku-buku bertujuan merosakkan sunnah/hadith khususnya, agar umat Islam tidak mempercayai dan meninggalkannya.

Kita lihat tulisan Seyyed Hossein Nasr: "... satu serangan hebat telah dibuat dalam tahun-tahun kebelakangan ini oleh satu mazhab orientalis yang berpengaruh. Tidak ada satu serangan yang lebih ganas dan jahat yang boleh dibuat terhadap Islam selain daripada ini, yang mencantas asas-asas Islam itu sendiri dengan kesan yang lebih berbahaya daripada jika satu serangan fizikal dibuat terhadap Islam". (Lihat buku Ideal And Realities of Islam).

Tetapi golongan menolak hadith menjawab: "Saya fikir tidak perlu takut kepada apa-apa kritikan yang telah dibuat oleh sarjana-sarjana orientalis barat terhadap mana-mana aspek Islam. Ketakutan kepada kritikan bermakna kita sendiri tidak yakin kepada kebenaran kita". Tulisan Kassim Ahmad dalam bukunya "Hadith: Satu Penilaian Semula":

Masalahnya ....

Bukan takut kepada kritikan. Jika kritikan, kajian atau buku oleh golongan orientalis bersifat salah faham, para sarjana dan ulama Islam bersedia menjawab atau memperbetulkan. Mereka tidak kekurangan dalam hal ini. Jika kritikan, kajian atau buku para orientalis mengandungi racun yang merbahaya, maka padahnya akan menimpa umat Islam. lnilah yang perlu dihindari dan berhati-hati....

Kita ambil contoh apa yang berlaku kepada Dr. Ahmad Amin (penulis buku Fajar Islam yang telah diterjemahkan ke bahasa Malaysia
).

Beliau bercadang mengkritik buku-buku Schacht sebagai tema tesisnya. Tetapi permohonan beliau ditolak. Malah beliau diminta supaya tema tersebut disesuaikan dengan pemikiran Schacht.

Beliau berasa kecewa dengan sikap universiti London. Kemudian beliau beralih kepada universiti Cambridge
. Beliau mengemukakan tesis yang sama. Tetapi tesis beliau juga ditolak. Mereka menasihatkan beliau supaya tidak mengkritik buku-buku Schacht. Akhirnya beliau menukar tesisnya kepada tema baru berjudul "Kriteria Penelitian Hadith Menurut Ahli Hadith". Tesis ini diterima. Akhirnya beliau mendapat diploma kedoktoran dan kembali menjadi Pengetua di Fakulti Syariat, Universiti Damsyik.

Demikianlah kita melihat bagaimana Dr. Ahmad Amin menjadi mangsa golongan orientalis. Selain nama beliau terdapat beberapa nama lain yang terkenal menjadi mangsa pengajian golongan orientalis, khususnya Goldziher, seperti nama-nama Dr.
Ali Hassan Abdul Kadir, Mahmud Abu Rayyah dan lain-lainnya.

Sekarang kita beralih kepada Dr. Kassim Ahmad. Ketua golongan quranik Malaysia
. Buku beliau "Hadith: Satu Penilaian Semula" dapatkah dikatakan sebagai karya asli atau karya ilmiah? Kesan sesudah membacanya lebih banyak menimbulkan kekeliruan daripada memberi keyakinan.

Buku beliau tidak lebih memperkukuhkan tesis tema Dr.Rasyad Khalifa untuk membuktikan bahawa sunnah/hadith adalah satu ajaran palsu. Hanya al-Quran kitab yang sempurna, lengkap dan tidak memerlukan kitab-kitab lain. Ini tidak bererti sunnah/hadith ditolak. Sunnah/hadith boleh diterima asalkan tidak bercanggah dengan al-Quran. Satu kesimpulan kontradiksi yang membingungkan. Inikah yang dikatakan kajian berdasar ilmiah menurut kaedah Islam?

Inikah yang dikatakan kebenaran ajaran Ilahi?

Siapakah Dr. Rasyad Khalifa?

Beliau bukan seorang sarjana Islam, tetapi seorang penganut agama Bahai. Agama Bahai adalah di luar agama Islam. Beliau telah melantik dirinya sebagai nabi dan rasul. Akhirnya beliau mati dalam satu pembunuhan yang hina dan penuh misteri.

Inilah golongan menolak hadith.

(Dakwah Ogos 1995) Wa maa taufiiqii illa billah, 'alaihi tawakkaltu wa ilaihi uniib. Walhamdulillahi rabbil-'aalamiin.



-- Edited by carlos alonso at 03:54, 2005-05-12

__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Veteran

Status: Offline
Posts: 52
Date:
 

 


Assalamualaikum...!


Terima kasih atas ilmu yang saudara berikan...



__________________
Sesama ISLAM adalah BERSAUDARA...!!!


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
 

Benar sekali... menolak sunnah adalah sesat... sesat hukum (ritual) dan sesat jugalah akibat dalam hidupnya (actual) ...


TAROKTU (aku tinggalkan) FI KUM (pada kamu) AM ROIN (dua perintah/amar/panduan), MAA IN TAMASSAKTUM BIHIMA (barang siapa yang berpegang teguh pada kedua duanya) LAN (dijamin /pasti tidak) TADHILLU (akan sesat/bingung dia) ABADA(selamanya). KITABULLAHI WASUNNATARRASUL (KITAB ALLAH dan SUNNAH RASULNYA).


Hadis sohih.



-- Edited by pekida at 18:10, 2005-05-12

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:
 

golongan yng berpgang teguh dengan al quran dan sunnah serta meninggalkan perkara bidaah adalah ahli sunnah waljamaah...


JGN TERSESAT!!~



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:
 

askum to all,


saya ada cerita gak pasai anti hadis nih.....di tpt kerja saya ada kawan yg anti hadis nih...dahulu asalnya sunnah....ilmu hadith dia amat tinggi dan kalo saya ada masalah mengenai hadis,,,saya akan merujuk kpd dia....tapi syg ...dia dah berubah ...kerna apa persoalan yg menjangkau batas ...agama....yg tidak dpt di jawabnya dan guru nya yg menyebabkan dia berubah arah....bahaya golongan nih....saya pernah biol seminggu sebab berdebat dgn dia...malah nak tidoq pun takleh sebab hujah dia semua dari Al-Quran dan nampak mcm betui walau hakikat nya tak betui.....hati -hati para sahabatku bila berdebat dgn mrk...rasanya sesiapa yg hafis alquran saja mampu berdebat dgn mrk secara selesa...utk org spt saya yg daif nih....pasti biol seminggu...


Semoga kita semua sentiasa dilindungiNya selalu.......



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:
 

Betul tu sahabatku...perkara ni nampak kecil tetapi amat membahayakan sesiapa yang tak betul2 faham...kerana mereka berhujjah dengan menggunakan al quran silap2 kita ikut depa sekali....Mmg lakhanat betul puak2 nie....

__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan


Senior

Status: Offline
Posts: 165
Date:
 

 


Nauzulbillah Himinzallik........... aku mohon dari Mu Ya Allah SWT !!



__________________
PenangKia©


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
 

golongan profesional.....................?


subhanallah



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:
 

Harap2 dlm pekida nih takdak la golongan ini....kerna bahaya utk ummah...sudah lah kita Ummat islam berpecah antara sunnah dan syiah...dlm sunnah pecah mazbhab....jgn tambah lagi satu perpecahan....musuh Islam amat lah gembira melihat perpecahan umat islam.....


wallahua'lam



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
 

saya pun harap mcm tu leerr...tapi saya ingat dlm pekida tak dak kottt....???


Klu ada pasti Abg Mas tau m'cam mana nk basuh balikkkk



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:
 

sunnah ikut - perbuatan


hadis tolak - lisan


habis kalau tak kena tanya gak...............


akal yg di beri mampu mengimbangi perbuatan



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
 

Mudah saja...


Alquran tidak akan mampu membawa kita ke mana jika tidak di baca dan di laksanakan mengikut sunnah, kemgikut cara bacaan dan kaedah perlaksanaan sebagaimana telah dilaksanakan oleh rasulullah...


Jadi jika ada puak puak yg sewenang wenang mentafsir dan memetik ayat allah untuk kepentingan diri, mereka akan buntu dari segi perlaksanaan, sekalipun dalam hujah menggunakan alquran nampak macam logik... di situlah datang peripentingnya al-sunnah...


So, biarkan saja puak puak ini syok sendiri, kerana mereka tidak akan ke mana punnnn...



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:
 

ya memang takkan ke mana..


kalau mereka tengah naik,mmg tunggu saat nak jatuh bedebuk je..


Sebab kebenaran itu jelas sejelas-jelasnya dan kepalsuan itu pun jelas..


So kalau ada pihak yg pandai mempergunakan ayat quran serta


menafsirkannya mengikut kepentingan mereka untuk menarik


perhatian kita utk join aktiviti mereka,maka  hati-hati lah sedikit.Jangan


mudah terpedaya dengan ayat putar-belitnya .Bukan apa mmg kita ni


jahil,dan dahagakan ilmu.Maka tak hairanlah ada insan yg akan memperdaya


kita utk kepentingan peribadinya.Kalau betul-betul mahu mencari ilmu


agama,surau dan masjidlah tempat yg sebenarnya.Kalau kita terdengar


tafsiran yg meragukan serta bertentangan dengan pendapat jumhur


ulamak,segeralah kita ludahkan.Jangan kemam apatah lagi ditelan.



__________________
wann


Senior

Status: Offline
Posts: 100
Date:
 

Yan betul tu bang ...tempat yang sebaik-baiknya untuk mendapatkan ilmu ialah di surau dam masjid...bukan dalam bilik gelap,bukan bawah pokok,bukan di kedai makan dan bukan di lorong sunyi.....

__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard