Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Dan Allah Tidak Akan Jadikan Orang Kafir Mengatasi


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:
Dan Allah Tidak Akan Jadikan Orang Kafir Mengatasi
















 Berkata Ibnu Al Arabi, ini satu perkhabaran dan khabar daripada Allah s.w.t tidak akan berlainan daripada realiti yang dikhabarkan. Namun miskipun begitu kita melihat dengan mata kepala kita orang kafir menguasai negara, tubuh badan, harta dan keluarga orang yang beriman..???.


Dalam menjelaskan takwil ayat tersebut ulama' ada dua pandangan:


Pertama: maksud ayat ialah Allah tidak menjadikan orang kafir memiliki hujjat mengatasi hujjah orang yang beriman, kerana hujjah yang kuat itu menyebelahi Allah.


Kedua: Maksudnya Allah tidak menjadikan hujjah orang kafir mengatasi hujjah orang beriman pada hari akhirat.


 


Tetapi Ibnu Al Arabi melemahkan lojik tersebut dan menerangkan pentafsiran yang lebih jelas dan hampir kepada kebenaran. Ini berlaku benar apabila mengatakan: " Ada pun menafikan wujud hujjah orang kafir yang mengatasi hujjah orang yang beriman lemah kerana memang mustahil orang kafir memiliki hujjah, jadi tidak perlulah ia dinafi atau diiyakan".


 


Manakala nafi wujud hujjah pada hari qiamat, kata beliau, lemah kerana tidak ada faedah untuk menceritakan perkara tersebut, walaupun permulaan ayat nampak menunjukkan makna itu. Allah menghakimi mereka pada hari qiamat sebab itu hukuman dilewatkan kepada hari qiamat dan menjadikan kekalahan dan kemenangan didunia silih berganti, sekali orang kafir menang dan sekali mereka kalah berdasarkan hikmat dan ketentuan awal.


 


Kemudian firman Allah: "dan kami tidak akan jadikan orang kafir memiliki cara untuk mengatasi orang yang beriman", memberi sangkaan bahawa akhir kalam merujuk kepada permulaannya. Itu menjadikan ia tidak berfaedah.


 


Makna yang sebenarnya boleh ditafsirkan dengan tiga bentuk:


Pertama: Allah tidak menjadikan orang kafir memiliki cara untuk menghapuskan negara Islam, menghilangkan kesan mereka dan menghalalkan marwah mereka seperti disebutkan didalam hadis: dan aku berdoa kepada tuhanku agar Ia tidak menjadikan musuh selain mereka menguasai mereka dan menghalalkan marwah mereka. Allah telah perkenankan permintaan ku itu.


 


Kedua: Sesungguhnya Allah taala tidak menjadikan orang kafir memiliki cara menguasai orang yang beriman kecuali mereka saling pesan-memesan dengan kebatilan dan tidak mencegahkan kemungkaran serta tidak bertaubat memperbetulkan perbuatan mereka itu, lalu dengan itu Allah menjadikan musuh menguasai mereka.


 


Ketiga: Allah tidak akan menjadikan orang kafir memiliki cara menguasai orang yang beriman melalui syarak, jika ia berlaku maka ia bercanggah dengan syariat. Yakni kata Ibnu Al Arabi, tidak terdapat dalam syariat lopongan yang membolehkan orang kafir menzalimi orang Islam. Zahir syariat menyebelahi orang yang beriman.


 


Perkara yang kedua telah berlaku, jesteru itu orang kafir telah meguasai orang Islam. Barangsiapa yang melakukan amar makruf ia akan ditunjukkan jalan kemulian iaitu keteguhan pemerintahannya, jika ia tidak melakukannya, pintu taubat masih terbuka menunggu sesiapa yang akan memasukinya. Adapun menyah kemuliaan Islam disemua tempat maka itu tidak akan berlaku.


 


Banyak ayat-ayat menyokong harapan ini, yang menjadikan mukmin merasa yakin bahawa kemenangan dan pemangkinan menunggu mereka, antaranya firman-firman Allah yang bermaksud:



  1. "Menjadi hak keatas kami menolong orang yang beriman".(ar Room:48)
  2. "Sesungguhnya kami akan memberi pertolongan kepada rasul-rasul kami dan orang yang beriman dalam kehidupan di dunia dan pada hari penyaksian dilakukan".(Ghafir:51)
  3. "Sesungguhnya kami akan menyelamatkan rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah telah menjadi hak keatas kami menyelamatka orang yang beriman".(Yunus: 103)
  4. "Dan Allah menguasai urusannya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".(Yusuf: 103)
  5. "Demi sesungguhnya Allah akan menolong orang yang menolongnya, sesungguhnya Allah amat kuat lagi maha perkasa".(al Hajj. 40)
  6. "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan beramal soleh bahawa Ia akan melantik kamu menjadi pengganti(kalifah) dimuka bumi sebagaimana Ia melantik khalifah sebelum kamu. Demi sesungguhnya ia akan memangkinkan agama yang ia redha untuk mereka dan menukar keadaan takut mereka menjadi aman".(an Nur:55).
  7. "Sesungguhnya Allah mempertahankan orang yang beriman".(Al Hajj:38)

 


Allah mengurniakan orang-orang yang beriman sifat-sifat positif yang dapat menguatkan kemungkinan kemenangan mereka dalam mengharungi pertembungan antaranya:



  1. Perasaan tenang, cekal hati dan tidak gementar: "dan Ia yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman".(al Fathu:04), "Dan Allah turunkan ketenangannya keatas rasulnya dan orang yang beriman serta mengukuhkan mereka dengan kalimah taqwa".(al Fathu: 26).
  2. Minda yang selamat dan kesedian untuk berfikir secara rasional yang sejahtera: "Dan Orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta beriman dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w sebagai kebenaran daripada tuhan mereka, Allah telah melupuskan kejahatan mereka dan memperelokkan pemikiran atau minda mereka".(Muhammad:02).
  3. Langkah yang terpandu, perancangan yang baik dan keputusan yang tepat: "dan mereka yang berjihad dijalan kami, kami akan menunjukkan kepada mereka jalan kami, dan sesungguhnya Allah bersama orang yang beriman".(Al Angkabut:69).
  4. Hati yang terbimbing, bercahaya dan firasat yang tepat: "sesiapa yang beriman dengan Allah, Allah akan memandu hati mereka".(at Taghabun: 11)
  5. Ilmu, politik dan penguasaan: "Apabila ia telah cukup dewasa, kami datangkan kepada mereka hukum dan ilmu, begitulah kami memberi balasan kepada orang yang melakukan kebaikan".(Yusuf:22)
  6. Teguh pandangan dan kukuh pendirian: "dan kami telah tambatkan pada hati-hati mereka, ketika mereka bangkit mereka berkata: tuhan kami adalah tuhan langit dan bumi, kami tidak akan memanggil tuhan selain Ia". (Al Kahfi: 14)
  7. Kesabaran yang berpanjangan: "sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar". (al Anfal: 66).

 


Ketika mereka memiliki sifat-sifat tersebut Allah ilhamkan kepada mereka doa dan istighathah: "maka dia berdoa kepada tuhannya, wahai tuhan sesungguhnya aku tewas maka berilah pertolongan kepadaku".(al Qamar:10). "wahai tuhan kami, curahkanlah ke dalam hati kami kesabaran, tetapkanlah tapak kaki kami, dan menangkan kami keatas golongan kafir.(al Baqarah:250)


 


Setelah itu datang kepada mereka khabar gembira: " ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada kebimbangan atas mereka dan mereka tidak bersedih hati. Orang-orang yang beriman serta bertakwa bagi mereka khabar gembira sewaktu hidup di dunia dan di akhirat. Tidak ada perubahan pada kalimah-kalimah Allah, demikian itu adalah kejayaan yang besar.(Yunus:62-64)



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

alhamdul lillah.........................


jelas untuk di renungi bersama



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 174
Date:

Alhamdulillah.......

__________________
Ahli Jemaah Dungun TRG


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

pasti. haruslah kita berpegang teguh pada janji kita.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 37
Date:

alhamdulillah..


benar, orang mukmin punyai senjata yang paling ampuh untuk berhadapan dengan apa-apa jua termasuk kafirun...DOA..yang dilaksanakan seiring dengan tindakan...



__________________
serat_buntu


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:

///

__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

teratak_coffee1.gif 


Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

betapa beruntungnya umat islam, allah huakabar

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard