Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 9 dibebaskan Panel Rayuan Umno


Veteran

Status: Offline
Posts: 91
Date:
9 dibebaskan Panel Rayuan Umno


9 dibebaskan Panel Rayuan Umno

 








KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Amil Salleh dan Ketua Umno Bahagian Labis, Datuk Sulaiman Taha, didapati tidak bersalah oleh Panel Rayuan Umno dan dibebaskan daripada hukuman penggantungan sepenggal atau tiga tahun.

Turut dibebaskan selepas didapati tidak bersalah ialah Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Samsu Baharun Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Silam.

Enam lagi yang dibebaskan daripada hukuman ialah Naib Ketua Umno Bahagian Sepanggar, Hamzah Janang; Naib Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Tengku Zainuddin Tengku Zahid; Ketua Wanita Umno Bahagian Segambut, Rohani Abdul Rahman; Ketua Pemuda Umno Bahagian Kudat, Gurahman Lolong serta dua ahli Umno, Mohd Ariff Abdul Aziz (Titiwangsa) dan Abdul Rahman Mohamed Nor (Tenggara).

Kecuali Mohd Ariff yang dibebaskan daripada hukuman bersalah dan diberi amaran oleh Lembaga Disiplin, semua yang yang lain dibebaskan daripada hukuman penggantungan sepenggal atau tiga tahun.

Tujuh lagi ketua bahagian yang turut mengemukakan rayuan didapati kekal bersalah dan dikekalkan hukuman penggantungan sepenggal.

Mereka ialah Ketua Bahagian Lembah Pantai, Datuk Shahrir Abdul Jalil; Datuk Astaman Abd Aziz (Wangsa Maju); Mohammad Yusoff Apdal (Silam); Datuk Rashid Ismail (Jelutong); Datuk Wira Amid Nordin (Kota Melaka) yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri; Datuk Ismail Mamat (Machang) dan Datuk Onn Hamzah (Teluk Intan).

Keputusan Panel Rayuan membebaskan sembilan ahli daripada hukuman, mengurangkan hukuman terhadap tujuh lagi dan mengekalkan hukuman terhadap 17 yang lain, diterima sebulat suara dan diperakui Majlis Tertinggi (MT) dalam mesyuaratnya di sini, petang semalam.

Tujuh ahli yang dikurangkan hukuman termasuk ahli biasa cawangan Parit Tunggal, Muar, Jalaludin Kassim yang menerima hukuman paling berat sebelum ini iaitu penggantungan dua penggal atau enam tahun dan ahli Umno Titiwangsa, Ahmad Pauzi Abd Manan yang dikenakan hukuman penggantungan sepenggal.

Lima lagi ahli Umno dari Bahagian Jelutong, semuanya dikurangkan hukuman daripada penggantungan sepenggal kepada bersalah dengan hukuman amaran saja.

“MT telah mengesahkan keputusan kes disiplin yang dibawa kepada Panel Rayuan. Kes ini ada hubung kait dengan mereka yang sabit kesalahan pada perhimpunan tahun lalu, dari peringkat cawangan, bahagian hingga ke Perhimpunan Agung Umno,” kata Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang media selepas mesyuarat itu.

Timbalan Presiden Umno yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan, Datuk Seri Najib Razak, yang selepas itu diminta Perdana Menteri menjelaskan keputusan itu berkata, MT mengesahkan semua keputusan Panel Rayuan tanpa sebarang perubahan.

“Pada umumnya daripada 33 kes yang mengemukakan rayuan, didapati 24 kes atau 72.7 peratus dalam kategori kekal bersalah dan sembilan kes atau 27.3 peratus, dibebaskan.

“Panel Rayuan telah mengkaji dan memperhalusi setiap kes dengan mendalam serta membuat penilaian komprehensif. Oleh kerana Panel Rayuan ditubuhkan MT dan mewakili MT dalam membuat penelitian, maka MT yang bersidang hari ini (semalam) mengambil keputusan sebulat suara menerima ketetapan Panel Rayuan,” kata Najib.

Pada sidang media itu juga, Abdullah menyatakan rasa puas hatinya terhadap perjalanan mesyuarat peringkat bahagian dan cawangan kali ini yang berjalan dengan lancar, tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

“Ini menunjukkan amalan demokrasi dan musyawarah di kalangan ahli kita adalah baik serta membolehkan perwakilan memberi tumpuan kepada perjalanan, perjuangan serta kepentingan negara,” katanya.

__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Jangan melawan jangan membantah,
janganlah degil kena ikut perintah,
Kena banyak diam biar apa orang,
kata kita tawa dalam duka,
Kecut takut kalut kolot terkunci mulut,
terkatup tertutup,
Kalah sabung menang sorak senduk,
nasi tinggal kerak...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 145
Date:

angguk2,geleng2 tunduk2.. heheheh

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

salam


Mereka-mereka yang tak puas kena jantung jawatan, rehatlah, 3 tahun tak lama kan, orang pejuang mana ada putus asa, teruskan jika benar mereka di atas jalan yang lurus, pastinya kebenaran itu akan terserlah, kerana kebenaran pasti wujud disetiap saat, tapi bagi mereka yang putus asa, kebenaran sebagai penantian yang dirundung malang, itulah nasib orang politik, maka perlembagaan partilah yang menghumkum mereka, TAPI BAGAIMANA KALAU ALLAH YANG MENGHKUM, pasti lebih dahsat dari itu.


sedang mencari-cari jalan yang lurus itu dimana?????



__________________
Kebenaran Itu Pasti
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard