Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Perhimpunan di Bruas, Perak


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:
RE: Perhimpunan di Bruas, Perak
Closed


nak pergi...



__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
Closed

BH - ISNIN 3 JULY 2005: Usahawan dinasihat terus bekerja keras


MESRA: Abdullah menunjukkan tepak sirih bersaiz kecil yang diterima
sebagai cenderahati daripada Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah
SeMalaysia (Pekida), sambil diperhatikan Tajol Rosli (dua dari kanan)
dan Dr Mohd Fuad.

BERUAS: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, cita-cita menjadi usahawan berjaya mesti disokong dengan usaha, kerja keras dan kekuatan semangat selain memahami dari segi pemasaran.
 

"Sesiapa pun boleh menjadi usahawan berjaya, bukan tak boleh. Antara mahu dan tak mahu saja. Cuma perubahan untuk kejayaan tidak boleh diperoleh dengan segera. Yang penting kita mesti rajin dan berusaha," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, mereka yang ingin membabitkan diri dalam perniagaan perlu mendapatkan bantuan pakar supaya bidang yang diceburi bersesuaian dengan kemampuan mereka.

"Ini kebunnya... tunjukkanlah kami caranya. Selepas itu pasti akan lahir keinginan untuk berniaga. Orang kita biasanya kalau lihat ada orang yang maju, dia juga hendak buat benda yang sama.

Sebagai contoh, kalau orang itu jual bahulu, dia juga nak jual kuih yang sama. Bila dah banyak sangat orang jual bahulu, harga kuih itu pun jadi murah dan akhirnya tidak laku," katanya.

Sehubungan itu, katanya seseorang itu perlu mengetahui alam perniagaan terutama dari segi pasaran dan sebagainya.

"Orang kita terlalu cepat menyalahkan nasib jika mereka gagal dalam bidang perniagaan. Mereka kata.....Aku bukan tak pandai, tapi nasib aku tidak baik.

"Sepatutnya mereka mempunyai kesedaran bahawa jika mereka berusaha nasib mereka akan menjadi lebih baik," katanya pada majlis pemimpin negara bersama keluarga Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) di Kampung Matang Acheh di sini, petang semalam.

Turut hadir Presiden Pekida, Datuk Dr Mohd Fuad Ahmad; Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali; Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Muhamad Nazri Aziz. Lebih 5,000 ahli Pekida dari seluruh negara hadir pada majlis berkenaan.

Abdullah berkata, kejayaan Melayu dalam bidang perniagaan bukan saja memberi keselesaan kepada mereka, sebaliknya turut membantu kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain.

Perdana Menteri berkata, kejayaan itu juga membolehkan anak-anak dan saudara mara mereka boleh bekerja di syarikat mereka.

Beliau berkata, pencapaian mereka itu sekali gus mengubah hidup mereka daripada golongan yang mencari pekerjaan kepada menjadi seorang majikan yang berjaya.

"Perniagaan adalah satu bidang pekerjaan yang amat baik malah dituntut Rasulullah saw Apa yang penting kita perlu berusaha kerana jika berjaya bukan setakat untuk kita mendapat manfaatnya, malah memberi peluang pekerjaan kepada orang lain.

"Contoh anak-anak atau saudara mara kita boleh bekerja dalam syarikat kita. Jadi kita bukan lagi golongan yang mencari pekerjaan tetapi kita sendiri boleh menjadi majikan," katanya.

Mengenai Pekida, beliau berkata, ahli pertubuhan itu mesti meningkatkan martabat dengan cara membantu melahirkan peniaga atau mereka sendiri membabitkan diri dalam bidang itu.

"Negara tidak akan makmur kalau tidak ada peniaga dalam pelbagai bidang. Kita mesti meramaikan peniaga yang berjaya. Saya bersyukur kepada Allah jika terdapat 10 atau 20 peratus daripada 70,000 ahli Pekida di seluruh negara berjaya dalam bidang perniagaan," katanya.

-- Edited by pekida at 09:34, 2005-07-05

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
Closed

GoodGuy wrote:


Assalamualaikum... Pandangan saya tentang Majlis Bruas... Meriah luarannya... tetapi bernanah di dalamnya... Dalam majlis perjumpaan tertutup ayahanda bersama Pak Lah - Pengerusi ayahanda, Hj Daud telah memalukan Paklah, memalukan Dato Presiden dengan berlaku biadab... bercakap sebelum majlis bermula, membelakangkan pengerusi majlis... mendedahkan perpecahan kepimpinan yang di tajanya depan pak lah sahingga Pak Lah terpinga pinga, mengutuk Dato' Presiden terang terangan, mengutuk Ayah Malek, Ayahanda Paq, mengutuk R&D dll. dengan segala macam pembohongan... Buku cenderamata sebagai suatu yg tersurat bagi sebuah NGO berdaftar jelas menidakkan hak presiden sebagai Ketua tersurat pertubuhan berdaftar ini, kata kata aluannya tiada, sedangkan Hj Daud ada...? Nama Hj Daud lebih tinggi dari Dato Fuad... seolah olah Hj Daud adalah presiden Pekida saat ini... apa sebenarnya sedang berlaku, sedang bergolak dalam kepimpinan Pekida sekarang...? di manakah ketaatan terhadap ulil amri... siapakah ulil amri...? Ada sesiapa boleh bantu komen...?


 


Mari kita bawa diri masing-masing agar sentiasa bertenang, berpandangan positif dan jadilah pemaaf. Sebagai orang yang banyak pengalaman menganjur majlis sebesar ini, memanglah terlalu banyak yg sering terlepas pandang oleh penganjur. Ada setengahnya tidaklah disengajakan. Oleh itu saya rasa ada baiknya kalau kita bersikap positif dan berfikiran terbuka. Kalau pun ia satu kesilapan atas apa sebab sekalipun, kan lebih baik kita maafkan saja...?


Apa pun tahniah kepada semua yg telah terlibat menyumbang secara lansung atau tidak dalam menjayakan majlis ini... dalam apa bentuk sumbangan sekalipun.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
Closed

Tahniah kepada ayahanda Jaafar, Kekanda Gleme, dan semua anggota pembantu pameran yang telah berlansung dengan jayanya di Bruas sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri yg bukan saja turun melawat gerai pameran kita... bahkan menekankan kepentingan usahaniaga dalam program jihad kita di dalam ucapan dasarnya.


Tahniah sekali lagi. May allah bless you Dady... :)



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:
Closed

assamualaikum...


ape nak tutup2...bende dah terang2...tersirat dah jadi tersurat, ape nak diselindungkan lagi...ehmm pekida la katenye, dah jadi mcm nie baru nak tutup bab?berforum kite berforum, nak tegah sana, nak tegah sini...tapi jadi kat batang idung sendiri apa crita....tapi bagi pemikiran saya dan pandangan saya, tindakan Ayahanda Hj Daud tu tak ada yg nak di gusarkan...kenapa?emm pikir la sendiri...tepuk dada tanya iman...hmm....'Yang tua dihormati, Yang muda dikasihi'....tapi skang nie yang muda tak hormat lagi yang tua, tu yang dia melenting...



__________________
dariNYA kepadaNYA


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Closed

Kalau nak di cari tulang dalam telur, pasti ada!

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:
Closed


syukran. segalanya berjalan lancar



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:
Closed

A'kum anak-anakanda semua, Ayah harap semua bertenang. Allah yg maha berkuasa yg mempunyai hak keatas segalanya.

Jgn kita ambil pusing sgt masaalah Ayh Hj Daud tu, kerna ia akan merugikan masa & meletihkan otak kita untuk memikirkannya. Beliau ada agenda tersendiri, org lain buat semua x betul. Jgn kita kafirkan org, tenung -tenung diri kita sendiri, agar ALLAH memberi rahmatnya kepada kita yg masih boleh berfikiran waras. Perjuangan kita masih jauh, untuk memertabatkan bangsa Melayu kita harus berani menempuh segala rintangan & dugaan yg ALLAH jadikan utk lebih memantapkan kita. Yang penting bukan siapa harus jadi Ketua, kalau setakat ketua syok sendiri nak buat ape.

Biarlah mereka dgn keinginan & hasrat utk kononnya membetulkan keadaan, diri sendiri pun tak terbetul, hidup masih menagih simpati, nak betul diri sendiri pun x mampu, ada keinginan nak perbetulkan ......................BANGSA



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:
Closed

Ingatlah anak-anak
Munafaatkan masa & akal fikiran yg telah dikurniakan oleh ALLAH utk memikirkan sesuatu yg boleh membangunkan & mendaulatkan Bangsa Melayu kita. Jgn sia-siakan dgn memikir bagaimana nak hancurkan org lain. Jgn bertopengkan kewarakan utk mendapat simpati & sokongan. Insaflah atas kejadian kita, tiada apa yg kita punya, melainkan semuanya milik mutlak ALLAH sahaja.

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 11
Date:
Closed

AbgPaqSB wrote:


 Yang penting bukan siapa harus jadi Ketua, kalau setakat ketua syok sendiri nak buat ape. Biarlah mereka dgn keinginan & hasrat utk kononnya membetulkan keadaan, diri sendiri pun tak terbetul, hidup masih menagih simpati, nak betul diri sendiri pun x mampu, ada keinginan nak perbetulkan ......................BANGSA


saya mohon maaf kepada ayahanda jika kenyataan saya menggusarkan..saya amat menyokong dgn kenyataan yg ayah siarkan ini..jika kita amati setiap patah ayat ni amat bermakna bagi yg fahamkan apa itu memimpin,pemimpin, dipimpin..ahli perjuangan bukan ahli payung...sama-sama lah kita renungkan...bukan bererti mereka2 yg bukan rnd tu mereka tak betul,mereka yg tidak mahu mendaftar dalam pekida tu suma tak betul, mereka yang tidak pergi ke kajang itu tak betul, tidak pergi ke kursus induksi tu suma tak betul. bile kita tanya sikit, ditanyakan kita balik 'awak dah pergi mengikuti kursus induksi yg dianjurkan pihak RnD' ini seolah2 jika kita pergi kesana, selepas tamat mengikuti kursus, kita ni dah jadi baik, dah bersih...mungkin kerna mereka mengamati setiap baris patah ayat yg mereka lafazkan ketika di bai'ah...saya terguris hati apabila ada segelintir yg sanggup membezakan mereka yg mendaftar dgn mereka yg tidak mendaftar...ingin diingatkan di sini, jika 1000 org mendaftar menjadi ahli pertubuhan yang dinamakan PEKIDA bererti 1000 org itu juga ahli bai'ah,perjuangan fisabilillah..tetapi jika 1000 org itu ahli bai'ah belum tentu mereka itu semua ahli PEKIDA...walaubagaimana pun dah nama pun manusia...mana lekang pada kesilapan...jadi saya mohon ampun maaf kepada semua.


wassalam...



__________________
dariNYA kepadaNYA


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Closed

AbgPaqSB wrote:


Ingatlah anak-anak Munafaatkan masa & akal fikiran yg telah dikurniakan oleh ALLAH utk memikirkan sesuatu yg boleh membangunkan & mendaulatkan Bangsa Melayu kita. Jgn sia-siakan dgn memikir bagaimana nak hancurkan org lain. Jgn bertopengkan kewarakan utk mendapat simpati & sokongan. Insaflah atas kejadian kita, tiada apa yg kita punya, melainkan semuanya milik mutlak ALLAH sahaja.

Terima kasih Ayahanda....

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 147
Date:
Closed

Assalamualaikum...


Terlebih dulu maaf saya pinta andai komen saya ini ada yang silapnya.Bukanlah niat saya untuk menunjuk berani cuma ingin melontarkan sedikit hujah bagi menjawab persoalan dari GoodGuy yang katanya majlis di Bruas Meriah Diluar namun Bernanah Di Dalam. Bagi apa yang di soalkan oleh GoodGuy ada juga asasnya dan ada benarnya andai dilihat dari kemulot yang melanda kini. Namun semua ini pasti lebih dalam dan lebih diketahui oelh Majlis Tertinggi seperti Ayahanda Malek dan juga Ayahanda Paq.


Ingin saya soalkan kenapa masih lagi ada pucuk pimpinan yang tinggal nama dan 'title' sahaja namun apa yang diamanahkan tidak pula dikerjakan?Tidak saya menunding kepada sesiapa namun andai ada benarnya undurkanlah diri dan bagilah pada yang barisan Ayahanda yang lagi arif menggerakkan pertubuhan yang pastinya direstui oleh Yang Maha Esa.Kesal saya melihat barisan teratas sendiri tidak sekata kerana andai di atas sana bergoyah kami di bawah ini lagi lah berkocak!.Ibarat sebuah keretapi,andai kepalanya menyusur ke kanan yang di belakang pasti ikut sama jadi andai kepalanya sendiri tidak betul yang mengikutnya lagilah tidak betulnya.


Wajarkah kita pula hanya sekadar melihat dan menonton kejadian semua ini?Adakah baru pertama kali pohon PEKIDA ini bergoyang?Mahukah pula bersama kita menyaksikkan pohon PEKIDA itu tumbang?Yang penting bukan siapa harus jadi Ketua, kalau setakat ketua syok sendiri nak buat ape.
Biarlah mereka dgn keinginan & hasrat utk kononnya membetulkan keadaan, diri sendiri pun tak terbetul, hidup masih menagih simpati, nak betul diri sendiri pun x mampu, ada keinginan nak perbetulkan ......................BANGSA,
ini kata kata dari Ayahanda dan saya menyokong kata kata ini namun sampai bila harus kita biarkan mereka ini?Sampai bila PEKIDA harus begini?Cukopkan hanya dengan sekadar berdoa?Ini saya soalkan kerana berani saya katakan ada yang lagi arif akan membetulkan semua ini,yang mana telah berdaftar adalah ahli dan ahli layak bersuara namun suara kami dari anak anak ini tidaklah seberapa kira dibanding dengan suara suara Ayahanda dan kami anak anak muda pastinya ingin sesuatu dilakukan bagi kebaikan kita semua.Oleh itulah saya pasti dengan adanya barisan Ayahanda baru bisa membetulkan semua ini


Maafkan saya Ayahanda abg Paq lagi sekali kiranya hujah ini menunjuk kebiadapan saya namun bukan itu yang lahir dari hati saya dan apa yang saya katakan ini pastinya terdetik jua di hati anak muda PEKIDA yang menjadi ahli untuk membangunkan Agama,Bangsa,Tanahair.


Terima Kasih,Wallahualam...


 



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 49
Date:
Closed

maafkan yg memusuhi dan dimusuhi...

allah suka menguji kaum2 yg disukainya...

tok lembutnya pada nenek...

ayah pada bonda...

abg pada kakak...

kebenaran kekuatan islam....

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:
Closed

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpamusibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukirsenyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.


Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan
namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


Siapakah orang yang paling cantik?


Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.



Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


 


 




__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:
Closed

"Sesiapa pun boleh menjadi usahawan berjaya, bukan tak boleh. Antara mahu dan tak mahu saja. Cuma perubahan untuk kejayaan tidak boleh diperoleh dengan segera. Yang penting kita mesti rajin dan berusaha," kata Perdana Menteri.


 


   



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 255
Date:
Closed

atong wrote:


saya mohon maaf kepada ayahanda jika kenyataan saya menggusarkan..saya amat menyokong dgn kenyataan yg ayah siarkan ini..jika kita amati setiap patah ayat ni amat bermakna bagi yg fahamkan apa itu memimpin,pemimpin, dipimpin..ahli perjuangan bukan ahli payung...sama-sama lah kita renungkan...bukan bererti mereka2 yg bukan rnd tu mereka tak betul,mereka yg tidak mahu mendaftar dalam pekida tu suma tak betul, mereka yang tidak pergi ke kajang itu tak betul, tidak pergi ke kursus induksi tu suma tak betul. bile kita tanya sikit, ditanyakan kita balik 'awak dah pergi mengikuti kursus induksi yg dianjurkan pihak RnD' ini seolah2 jika kita pergi kesana, selepas tamat mengikuti kursus, kita ni dah jadi baik, dah bersih...mungkin kerna mereka mengamati setiap baris patah ayat yg mereka lafazkan ketika di bai'ah...saya terguris hati apabila ada segelintir yg sanggup membezakan mereka yg mendaftar dgn mereka yg tidak mendaftar...ingin diingatkan di sini, jika 1000 org mendaftar menjadi ahli pertubuhan yang dinamakan PEKIDA bererti 1000 org itu juga ahli bai'ah,perjuangan fisabilillah..tetapi jika 1000 org itu ahli bai'ah belum tentu mereka itu semua ahli PEKIDA...walaubagaimana pun dah nama pun manusia...mana lekang pada kesilapan...jadi saya mohon ampun maaf kepada semua. wassalam...


Assalamualaikum,saya setuju...dengan apa yang dinyatakan oleh saudara atong!!!




__________________
salam perjuangan...


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:
Closed

Bismillah ....


Aku renung dunia ini ia amat kusutnya


Bahayanya sangat menakutkan


Semua golongan di dalam kekalutan dan binggung


Kemana pergi dan di dunia mana pun kita pergi


Sudah tidak selamat lagi


Semua sudut telah rosak


Hingga tiang-tiang serinya pun hampir tumbang


Ia memerlukan seorang jurubena yang pakar membetulkannya


Di sudut mana pun kita duduk dirumah itu


Sudah tidak selamat


Begitulah dunia ini semua penghuninya didalam kekalutan


Gelisah resah tidak ada ketenangan


Dunia baru mestilah dibangunkan


Oleh yang membawa tuhan bersama


Dengan syariat Tuhan mengaturnya


Hidup berkasih sayang, berkejasama,


Rasa bersama, berhamoni.


 


wassalam


 



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
Closed

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;


1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga
sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain.
Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;


2.Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;

3.Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain
bodoh dan rendah;

4..Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih
beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5..Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan
dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6.Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.





__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 56
Date:
Closed

a,kum...


semuanya....bagus...di perhimpunan di bruas...bukannya senang nak lihat semua 'kengkawan2' yang lain....dapat kita bermuafakat...


w,slm



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:
Closed

asymawi wrote:


Komen yang diberikan amat tepat dan terperinci oleh atong.Bukan ke dalam satu jalan semuanya sama. Rasul bawa pun satu jalan tapi kita sekarang yg membezakannya.Ingat kah saudara semua kita bersumpah dan berikrar menjadi angkatan tentera rahsia bahkan rahsia kita pon dah mudah dilihat sekarang.Harap ada satu jalan penyelesaian satu hari nanti. Bagi ayahanda yang terkilan saya mohon maaf tapi cukup taring kah ayahanda sekarang mungkin ada yang faham dan mungkin tidak.Tapi kemelut yang berlaku antara Hj Daud mungkin kerana tindakan barisan hadapan yang telah berang dengan tindak tanduk perjalanan terang ini.Ingat kami ada di forum ini bukan semua adalah yang terangan kami masih bergerak dalam gelap dan bukan mudah untuk kenali kami sebab tiada pengelanan yang nyata cuma yg tersirat bukan stiker...


 


Aittt... ada apa niii...? lain macammmm jer ... macam sumbanggg jer bunyinyer...



__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:
Closed


AbgPaqSB wrote:





A'kum anak-anakanda semua, Ayah harap semua bertenang. Allah yg maha berkuasa yg mempunyai hak keatas segalanya. Jgn kita ambil pusing sgt masaalah Ayh Hj Daud tu, kerna ia akan merugikan masa & meletihkan otak kita untuk memikirkannya. Beliau ada agenda tersendiri, org lain buat semua x betul. Jgn kita kafirkan org, tenung -tenung diri kita sendiri, agar ALLAH memberi rahmatnya kepada kita yg masih boleh berfikiran waras. Perjuangan kita masih jauh, untuk memertabatkan bangsa Melayu kita harus berani menempuh segala rintangan & dugaan yg ALLAH jadikan utk lebih memantapkan kita. Yang penting bukan siapa harus jadi Ketua, kalau setakat ketua syok sendiri nak buat ape. Biarlah mereka dgn keinginan & hasrat utk kononnya membetulkan keadaan, diri sendiri pun tak terbetul, hidup masih menagih simpati, nak betul diri sendiri pun x mampu, ada keinginan nak perbetulkan ......................BANGSA





Ingatlah anak-anak
Munafaatkan masa & akal fikiran yg telah dikurniakan oleh ALLAH utk memikirkan sesuatu yg boleh membangunkan & mendaulatkan Bangsa Melayu kita. Jgn sia-siakan dgn memikir bagaimana nak hancurkan org lain. Jgn bertopengkan kewarakan utk mendapat simpati & sokongan. Insaflah atas kejadian kita, tiada apa yg kita punya, melainkan semuanya milik mutlak ALLAH sahaja.





Anakanda amat setuju wahai ayahanda...


Kami anak anak warisan yang sedar dengan kemunduran umat ini menyokong dan mendokong penuh usaha yg ayahanda dan dato presiden lakukan. Yang jelas, ucapan Pak Lah juga menyokong kuat usaha ayahanda semua... teruskan dan kami akan berdiri teguh bersama sama ayahanda.


Mereka yg ingin terus menyorok dan bersembunyi adalah mereka yg jahil tentang ilmu perjuangan ini, kerana itu mereka jadi jumud dan kaku. Mereka lupa sunnah amalan dan pola perjuangan rasulullah adalah pedoman dan pegangan kita, bahawa bersembunyinya rasulullah hanya 13 tahun dari keseluruhan 23 tahun tempoh perjuangan baginda,  hanya di peringkat awal dan sementara mengumpul kekuatan ahli saja...


Mereka lupa bahawa setelah ahli terkumpul kita harus keluar menampilkan keindahan dan pembangunan hasil perjuangan ini, khusus utk memikat mereka yg menentang (di zaman rasulullah, keindahan pengurusan dan pembangunan hasil pengurusan pejuang itu ditampilkan di Madinah, sehingga yahudi, nasrani turut terpikat dan turut menyokong dan membantu mempertahankan hasil perjuangan rasulullah).


Kami sedar bukan mudah membangun umat yang telah jahil tetapi mengaku pandai ini...






__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Veteran

Status: Offline
Posts: 80
Date:
Closed


ayen_langkawi wrote:





atong wrote: saya mohon maaf kepada ayahanda jika kenyataan saya menggusarkan..saya amat menyokong dgn kenyataan yg ayah siarkan ini..jika kita amati setiap patah ayat ni amat bermakna bagi yg fahamkan apa itu memimpin,pemimpin, dipimpin..ahli perjuangan bukan ahli payung...sama-sama lah kita renungkan...bukan bererti mereka2 yg bukan rnd tu mereka tak betul,mereka yg tidak mahu mendaftar dalam pekida tu suma tak betul, mereka yang tidak pergi ke kajang itu tak betul, tidak pergi ke kursus induksi tu suma tak betul. bile kita tanya sikit, ditanyakan kita balik 'awak dah pergi mengikuti kursus induksi yg dianjurkan pihak RnD' ini seolah2 jika kita pergi kesana, selepas tamat mengikuti kursus, kita ni dah jadi baik, dah bersih...mungkin kerna mereka mengamati setiap baris patah ayat yg mereka lafazkan ketika di bai'ah...saya terguris hati apabila ada segelintir yg sanggup membezakan mereka yg mendaftar dgn mereka yg tidak mendaftar...ingin diingatkan di sini, jika 1000 org mendaftar menjadi ahli pertubuhan yang dinamakan PEKIDA bererti 1000 org itu juga ahli bai'ah,perjuangan fisabilillah..tetapi jika 1000 org itu ahli bai'ah belum tentu mereka itu semua ahli PEKIDA...walaubagaimana pun dah nama pun manusia...mana lekang pada kesilapan...jadi saya mohon ampun maaf kepada semua. wassalam...


Assalamualaikum,saya setuju...dengan apa yang dinyatakan oleh saudara atong!!!






Dari gambar ini dapat kita kenal hasrat dan peribadi... agak over dan fanatik dgn tiga line...


tul tak ...?



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 80
Date:
Closed


MdArif wrote:





ayen_langkawi wrote: atong wrote: saya mohon maaf kepada ayahanda jika kenyataan saya menggusarkan..saya amat menyokong dgn kenyataan yg ayah siarkan ini..jika kita amati setiap patah ayat ni amat bermakna bagi yg fahamkan apa itu memimpin,pemimpin, dipimpin..ahli perjuangan bukan ahli payung...sama-sama lah kita renungkan...bukan bererti mereka2 yg bukan rnd tu mereka tak betul,mereka yg tidak mahu mendaftar dalam pekida tu suma tak betul, mereka yang tidak pergi ke kajang itu tak betul, tidak pergi ke kursus induksi tu suma tak betul. bile kita tanya sikit, ditanyakan kita balik 'awak dah pergi mengikuti kursus induksi yg dianjurkan pihak RnD' ini seolah2 jika kita pergi kesana, selepas tamat mengikuti kursus, kita ni dah jadi baik, dah bersih...mungkin kerna mereka mengamati setiap baris patah ayat yg mereka lafazkan ketika di bai'ah...saya terguris hati apabila ada segelintir yg sanggup membezakan mereka yg mendaftar dgn mereka yg tidak mendaftar...ingin diingatkan di sini, jika 1000 org mendaftar menjadi ahli pertubuhan yang dinamakan PEKIDA bererti 1000 org itu juga ahli bai'ah,perjuangan fisabilillah..tetapi jika 1000 org itu ahli bai'ah belum tentu mereka itu semua ahli PEKIDA...walaubagaimana pun dah nama pun manusia...mana lekang pada kesilapan...jadi saya mohon ampun maaf kepada semua. wassalam...


Assalamualaikum,saya setuju...dengan apa yang dinyatakan oleh saudara atong!!!


Dari gambar ini dapat kita kenal hasrat dan peribadi... agak over dan fanatik dgn tiga line... tul tak ...?





oh ya... bagi kumpulan tiga line yg suka menyorok... ada baiknya tinggalkan forum ini... agar pertubuhan tersurat dan berdaftar ini tidak tercemar... buatlah satu forum tiga line utk anda dan kawan kawan tiga line ... jangan cemari Pekida yg berdaftar, yang ada perlembagaan dan ingin menampilkan keindahan perjuangan...


maaf jika ada yg terasa hati.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:
Closed

Assalamualaikum....


Erm..benar apa yang saudara Sufian katakan itu. Malah apa yang ayah Paq timbulkan patut kita renungi bersama. Besar maknanya tu.


Penzahiran kecantikan Islam adalah satu dakwah juga. Jika Islam dan Pekida dilihat cantik di mata umum, tidak akan timbul fitnah dan sangka-sangka. Dan tidak akan ada tentangan terhadap Islam malah sokongan lagi di beri. Malah bagi yang jahil akan tertarik pada Islam kerana indahnya Islam dan Pekida. Insyaallah.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 76
Date:
Closed

Amir Bagio wrote:


Assalamualaikum... Terlebih dulu maaf saya pinta andai komen saya ini ada yang silapnya.Bukanlah niat saya untuk menunjuk berani cuma ingin melontarkan sedikit hujah bagi menjawab persoalan dari GoodGuy yang katanya majlis di Bruas Meriah Diluar namun Bernanah Di Dalam. Bagi apa yang di soalkan oleh GoodGuy ada juga asasnya dan ada benarnya andai dilihat dari kemulot yang melanda kini. Namun semua ini pasti lebih dalam dan lebih diketahui oelh Majlis Tertinggi seperti Ayahanda Malek dan juga Ayahanda Paq. Ingin saya soalkan kenapa masih lagi ada pucuk pimpinan yang tinggal nama dan 'title' sahaja namun apa yang diamanahkan tidak pula dikerjakan?Tidak saya menunding kepada sesiapa namun andai ada benarnya undurkanlah diri dan bagilah pada yang barisan Ayahanda yang lagi arif menggerakkan pertubuhan yang pastinya direstui oleh Yang Maha Esa.Kesal saya melihat barisan teratas sendiri tidak sekata kerana andai di atas sana bergoyah kami di bawah ini lagi lah berkocak!.Ibarat sebuah keretapi,andai kepalanya menyusur ke kanan yang di belakang pasti ikut sama jadi andai kepalanya sendiri tidak betul yang mengikutnya lagilah tidak betulnya. Wajarkah kita pula hanya sekadar melihat dan menonton kejadian semua ini?Adakah baru pertama kali pohon PEKIDA ini bergoyang?Mahukah pula bersama kita menyaksikkan pohon PEKIDA itu tumbang?Yang penting bukan siapa harus jadi Ketua, kalau setakat ketua syok sendiri nak buat ape. Biarlah mereka dgn keinginan & hasrat utk kononnya membetulkan keadaan, diri sendiri pun tak terbetul, hidup masih menagih simpati, nak betul diri sendiri pun x mampu, ada keinginan nak perbetulkan ......................BANGSA,ini kata kata dari Ayahanda dan saya menyokong kata kata ini namun sampai bila harus kita biarkan mereka ini?Sampai bila PEKIDA harus begini?Cukopkan hanya dengan sekadar berdoa?Ini saya soalkan kerana berani saya katakan ada yang lagi arif akan membetulkan semua ini,yang mana telah berdaftar adalah ahli dan ahli layak bersuara namun suara kami dari anak anak ini tidaklah seberapa kira dibanding dengan suara suara Ayahanda dan kami anak anak muda pastinya ingin sesuatu dilakukan bagi kebaikan kita semua.Oleh itulah saya pasti dengan adanya barisan Ayahanda baru bisa membetulkan semua ini Maafkan saya Ayahanda abg Paq lagi sekali kiranya hujah ini menunjuk kebiadapan saya namun bukan itu yang lahir dari hati saya dan apa yang saya katakan ini pastinya terdetik jua di hati anak muda PEKIDA yang menjadi ahli untuk membangunkan Agama,Bangsa,Tanahair. Terima Kasih,Wallahualam...  

terima kasih... matang dan bernas.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 51
Date:
Closed

betara wrote:


Bismillah .... Aku renung dunia ini ia amat kusutnya Bahayanya sangat menakutkan Semua golongan di dalam kekalutan dan binggung Kemana pergi dan di dunia mana pun kita pergi Sudah tidak selamat lagi Semua sudut telah rosak Hingga tiang-tiang serinya pun hampir tumbang Ia memerlukan seorang jurubena yang pakar membetulkannya Di sudut mana pun kita duduk dirumah itu Sudah tidak selamat Begitulah dunia ini semua penghuninya didalam kekalutan Gelisah resah tidak ada ketenangan Dunia baru mestilah dibangunkan Oleh yang membawa tuhan bersama Dengan syariat Tuhan mengaturnya Hidup berkasih sayang, berkejasama, Rasa bersama, berhamoni.   wassalam  

benar sekali wahai dinda... ke manakah harus di bawa pertubuhan ini... siapakah yg akan mampu membetulkan kepincangan ini... bilakah akan terhenti kebingungan ini... ???

__________________
Pemerhati Dina


Veteran

Status: Offline
Posts: 39
Date:
Closed

ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA WARGA FORUM...


SAYA SEBAGAI ANAK PERAK BERSETUJU DENGAN GOODGUY... BAHAWA SAYA MERASA AGAK MARAH DAN MALU DENGAN TINDAKAN PENGANJUR YG TERANG TERANG MENUNJUKKAN KEJAHILAN DALAM MENGATUR MAJLIS INI. PERTELINGKAHAN YG BERLAKU BILAMANA NAMA DATO PRESIDEN TIDAK SENARAI UTK BERUCAP PAGI ITU ADALAH SESUATU YG SANGAT MEMALUKAN.


KETIADAAN KATA KATA ALUAN DATO PRESIDEN DAN YAB MENTERI BESAR YG BANYAK MENYUMBANG DANA UTK MAJLIS INI JUGA SATU YG AMAT MEMALUKAN.


KETIADAAN MIC DAN PZ SYSTEM DI DEWAN PERJUMPAAN AYAHANDA, SAHINGGA PAK LAH MERASA SUKAR UTK BERUCAP JUGA SATU KEAIBAN, MENAMPAKKAN KETINGGALAN JAUH PERTUBUHAN INI DALAM SUDUT TEKNOLOGI.


CARA AYAH HJ DAUD MEMULAKAN MAJLIS, BERUCAP TANPA PENGERUSI MAJLIS... MEMULAKANNYA DENGAN TERGESA GESA SEBELUM KETIBAAN YB DATO PRESIDEN, YG BUKAN SAJA MERUPAKAN PRESIDEN PERTUBUHAN YG DIGUNAKAN UTK MENJEMPUT YAB PAK LAH, BAHKAN JUGA MERUPAKAN SEORANG AYAHANDA AMAT MENGHARUKAN. WAJARKAH PAK LAH YG TELAH DI PERSIAPKAN MEJA VVIP DI TARIK TANGANNYA OLEH AYAH HJ DAUD, MACAM KANAK KANAK KECIL DAN DI PAKSA DUDUK DI MEJA BIASA...? SAHINGGA YB DATO FUAD DAN VIP LAIN MERASA SERBA SALAH UTK DUDUK DI MEJA VVIP...???


ADUHHH... ALANGKAH BANYAKNYA KEPINCANGAN YG TIDAK KELIHATAN OLEH MATA MATA BIASA... TETAPI CUKUP MEMBUATKAN PAKLAH TERTANYA TANYA KEPADA DATO PRESIDEN... APA DAH JADI NI FUAD...? KENAPA JADI MACAM NI ...?


RENUNGKANLAH...? MANUSIA SUDAH KE BULAN, SUDAH MENDIAMI BANGUNAN PENCAKAR LANGIT... AYAH HJ DAUD MINTA BUANG SPEAKER DAN MIC...? MEMAKSA YAB PM BERUCAP DI HADAPAN LEBIH SERATUS ORANG TANPA MIC...? SAHINGGA HILANG SELERA NYA UTK BERUCAP DI MAJLIS ITU...


BAGAIMANA HARUS KITA IKUT BERADAB, JIKA ORANG TUA MENUNJUKKAN ADAB YG KURANG ELOK BEGITU...? BAGAIMANA KITA HARUS DI AJAK BERSABAR DENGAN SEDIKIT PERSELISIHAN... KALAU ORANG TUA MENUNJUKKAN KEKALUTAN DAN KEBIADABAN... ? KALAU PUN TAK SUKA DGN DATO FUAD... TAK HURMAT DGN DATO FUAD.. DGN PAK LAH... HURMATLAH DGN JAWATAN NYA... DGN MARTABATNYA SBG ULIL AMRI DALAM PERTUBUHAN TERSURAT INI...


PERLAKUAN KITA MENGGAMBARKAN APA YG TERSIRAT...


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:
Closed


LUNDANG30 wrote:


ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA WARGA FORUM... SAYA SEBAGAI ANAK PERAK BERSETUJU DENGAN GOODGUY... BAHAWA SAYA MERASA AGAK MARAH DAN MALU DENGAN TINDAKAN PENGANJUR YG TERANG TERANG MENUNJUKKAN KEJAHILAN DALAM MENGATUR MAJLIS INI. PERTELINGKAHAN YG BERLAKU BILAMANA NAMA DATO PRESIDEN TIDAK SENARAI UTK BERUCAP PAGI ITU ADALAH SESUATU YG SANGAT MEMALUKAN. KETIADAAN KATA KATA ALUAN DATO PRESIDEN DAN YAB MENTERI BESAR YG BANYAK MENYUMBANG DANA UTK MAJLIS INI JUGA SATU YG AMAT MEMALUKAN. KETIADAAN MIC DAN PZ SYSTEM DI DEWAN PERJUMPAAN AYAHANDA, SAHINGGA PAK LAH MERASA SUKAR UTK BERUCAP JUGA SATU KEAIBAN, MENAMPAKKAN KETINGGALAN JAUH PERTUBUHAN INI DALAM SUDUT TEKNOLOGI. CARA AYAH HJ DAUD MEMULAKAN MAJLIS, BERUCAP TANPA PENGERUSI MAJLIS... MEMULAKANNYA DENGAN TERGESA GESA SEBELUM KETIBAAN YB DATO PRESIDEN, YG BUKAN SAJA MERUPAKAN PRESIDEN PERTUBUHAN YG DIGUNAKAN UTK MENJEMPUT YAB PAK LAH, BAHKAN JUGA MERUPAKAN SEORANG AYAHANDA AMAT MENGHARUKAN. WAJARKAH PAK LAH YG TELAH DI PERSIAPKAN MEJA VVIP DI TARIK TANGANNYA OLEH AYAH HJ DAUD, MACAM KANAK KANAK KECIL DAN DI PAKSA DUDUK DI MEJA BIASA...? SAHINGGA YB DATO FUAD DAN VIP LAIN MERASA SERBA SALAH UTK DUDUK DI MEJA VVIP...??? ADUHHH... ALANGKAH BANYAKNYA KEPINCANGAN YG TIDAK KELIHATAN OLEH MATA MATA BIASA... TETAPI CUKUP MEMBUATKAN PAKLAH TERTANYA TANYA KEPADA DATO PRESIDEN... APA DAH JADI NI FUAD...? KENAPA JADI MACAM NI ...? RENUNGKANLAH...? MANUSIA SUDAH KE BULAN, SUDAH MENDIAMI BANGUNAN PENCAKAR LANGIT... AYAH HJ DAUD MINTA BUANG SPEAKER DAN MIC...? MEMAKSA YAB PM BERUCAP DI HADAPAN LEBIH SERATUS ORANG TANPA MIC...? SAHINGGA HILANG SELERA NYA UTK BERUCAP DI MAJLIS ITU... BAGAIMANA HARUS KITA IKUT BERADAB, JIKA ORANG TUA MENUNJUKKAN ADAB YG KURANG ELOK BEGITU...? BAGAIMANA KITA HARUS DI AJAK BERSABAR DENGAN SEDIKIT PERSELISIHAN... KALAU ORANG TUA MENUNJUKKAN KEKALUTAN DAN KEBIADABAN... ? KALAU PUN TAK SUKA DGN DATO FUAD... TAK HURMAT DGN DATO FUAD.. DGN PAK LAH... HURMATLAH DGN JAWATAN NYA... DGN MARTABATNYA SBG ULIL AMRI DALAM PERTUBUHAN TERSURAT INI... PERLAKUAN KITA MENGGAMBARKAN APA YG TERSIRAT...  


RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI...



 



__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:
Closed

nurul wrote:
  RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI...  


kereta dah parking... enjin masih berbunyi....


baby dah senyap..ibu masih mendodoi....




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 147
Date:
Closed

RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI...<<<nurul wrote


kereta dah parking... enjin masih berbunyi....


baby dah senyap..ibu masih mendodoi....<<<haikal wrote


 


gendang dah berenti...naga masih menari...!!!



__________________
«First  <  1 2 3  >  Last»  | Page of 3  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard