DewaPetir wrote: askum, nih ilmu makrifat kot...ala mcm tasawuf lerr...ilmu wali2 nih...jgn terpesong dah...jadik ayah pin lak.... waalaikummussalam... DewaPetir, tasawuf tu lain..ilmu makhrifat tu pulak lain.Tasawuf tu bg aku yg bodoh gaban ni kajian awal agama...makhrifat tu pulak lebih kearah kajian dan pengajian Alam halus
Ang Loong mcm best ja ilmu ni...Kalau betoi nak juga belajaq...Asalkan tidak sesat...
Banyak gunanya ilmu ni dlm kehidupan...Baru boleh Melayu maju kehadapan...
tasawuf tu lain..ilmu makhrifat tu pulak lain.Tasawuf tu bg aku yg bodoh gaban ni kajian awal agama...makhrifat tu pulak lebih kearah kajian dan pengajian Alam halus
Assalamualaikum, Satu je,bukan silat, bukan tomoi,bukan boxing atau kalari payat tapi... Ilmu Ketuhanan Namanya saudara Aswadi,Maulana Aswadi gelaran 'Harimau Berjemur' Tumpat Kelantan. Ada juga yang berminat, tapi betul kata beliau orang kita cakap hebat,buatnya tak... Kalau saudara-saudara betul2 berminat dan bersedia saya akan membantu insyaAllah untuk berjumpa beliau dan tanya apa2 sahaja yang saudara2 nak tahu, mungkin akan bertemu jawapannya insyaAllah.
Ilmu ketuhanan ...Ilmu kenal diri lah ni....hmmmm!Bagus jugak.Tapi saya rasa lain padang lain belalangnya,lain penasihat (ilmu ni tak ada Guru),lain caranya.Asalkan sama silibus ok la tu.
Satu je,bukan silat, bukan tomoi,bukan boxing atau kalari payat tapi...
Ilmu Ketuhanan
Namanya saudara Aswadi,Maulana Aswadi gelaran 'Harimau Berjemur'
Tumpat Kelantan.
Ada juga yang berminat, tapi betul kata beliau orang kita cakap hebat,buatnya tak...
Kalau saudara-saudara betul2 berminat dan bersedia saya akan membantu insyaAllah untuk berjumpa beliau dan tanya apa2 sahaja yang saudara2 nak tahu, mungkin akan bertemu jawapannya insyaAllah.
kalau jumpak 'beliau' tu lagi...cuba tanya cerita pasal bekas seorg kakitangan kerajaan nama Datuk Zaman Khan kutip peluru...kalau dia tau haah itu bonus la tu..
Pernah seorang ilmuan berkata kepada saya "Sebelum kamu belajar ilmu kebatinan carilah dulu siapa Raja segala Kebatinan. Ada satu ilmu bila engkau mendalami dan mengamalkannya maka akan dipermudahkan segala urusanmu, akan terhindar segala duka dan kepayahanmu, akan diselamatkan kamu daripada segala ancaman manusia, jin dan syaitan dan setiap jalanmu akan ditunjukkan jalanNya. carilah ia".
Dari secungkil pengalaman anak muda yang pernah merasa hebat kebatinan,membuat orang tunduk patuh dan segan,meniup bukan menumbuk,menghayun bukan menampar, menuding bukan menikam, mengetap gigi bukan marah... tetapi ilmu itu tidak kemana,rasa kekosongan menjadi2 dalam hati,di mana silapnya,di mana kurangnya, sehinggalah bertemu jawapan di satu daerah di Kelantan.
Aduss,pertama kali terkena memang seumpama penampar ke muka kerana ingin mencari kehebatan dunia,tetapi apabila difikirkan bernas sekali ayatnya. dan sekarang saya masih mencari dan mempelajari secubit ilmunya. Hadith dan Ayat Suci AL Quran dalam hafalannya,begitu juga huraian dan terjemahannya.Setakat ini, semakin ramai muridnya yang terdiri drpd Ustaz,Pegawai Tentera,Polis,Guru-guru silat dan tomoi dari utara,selatan dan barat berjumpa meminta nasihat dan pandangannya. Bukan AJARAN SESAT.TOLONG CLEARKAN FIKIRAN!!! Asal-usul PEKIDA dan Silat2 semua didalam dada dan ingatannya.
Pernah saya bertanya kepadanya tentang PEKIDA,aduh sekali lagi terkena,x banyak yang kita tahu tentangnya, malah ada ayahanda dan abang2 yang tidak dapat memberitahu tentangnya se'detail' beliau.Tetapi saya bertanya sudikah dia membantu PEKIDA apabila diperlukan,beliau berkata selagi dijalan yang betul apa salahnya jika ada yang mahu belajar,tetapi berapa ramaikah ahli kita yang sanggup???
Bukan mempromosi tetapi mengajak kearah kebaikan. Lillahitaala.