Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kokurikulum bantu pelajar bersaing


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Kokurikulum bantu pelajar bersaing


KLUANG 24 Sept. - Negara mampu melahirkan graduan yang lebih berdaya saing dan produktif apabila aktiviti kokurikulum dikuatkuasakan sebagai syarat kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai tahun depan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana setiap graduan IPT bukan sahaja akan cemerlang dari segi pencapaian akademik malah mereka berupaya untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat.


Menurutnya, langkah itu juga sejajar dengan keperluan para majikan yang kini memerlukan graduan yang cemerlang pencapaian akademiknya dan berkebolehan untuk berkomunikasi serta berinteraksi apabila memasuki pasaran kerja.


``Minggu lalu Kabinet telah bersetuju agar 10 peratus daripada syarat kemasukan pelajar ke IPT membabitkan pencapaian dalam kokurikulum,'' katanya selepas menutup Khemah Kerja Perpaduan Murid Sekolah Menengah Rendah peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kahang, di sini, hari ini.


Sehubungan itu menurutnya, Kementerian Pelajaran akan memberikan tumpuan kepada program-program kokurikulum di sekolah pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).


Hishammuddin berkata, pengenalan markah bagi aktiviti kokurikulum dalam syarat kemasukan ke universiti itu akan diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Shafie Salleh tidak lama lagi.


Menyentuh khemah perpaduan yang julung-julung kali dianjurkan itu pula, beliau berkata, kementerian bercadang memperluaskan aktiviti yang termasuk di bawah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).


Menurutnya, perkhemahan empat hari melibatkan 174 pelajar pelbagai kaum dari seluruh negara bertujuan merapatkan jurang persefahaman, pergaulan dan perpaduan di kalangan pelajar pelbagai aliran persekolahan itu.


``Sekolah memikul tanggungjawab besar dalam melahirkan modal insan yang bukan sahaja berilmu tetapi beretika dengan mengamalkan sikap toleransi yang tinggi serta mampu menghargai keharmonian kaum,''ujarnya.


Beliau berharap para pelajar yang terbabit dalam program perpaduan tersebut agar meneruskan persahabatan yang terjalin sepanjang berlangsungnya perkhemahan itu.


Sementara itu, dalam majlis berasingan, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong menghulurkan sumbangan kecemasan kepada 54 mangsa ri-but di Felda Kahang Barat dua hari lalu.


Setiap mangsa menerima sumbangan antara RM100 dan RM300. Selain itu, beliau turut menghulurkan sumbangan RM2,000 kepada seorang mangsa kebakaran di Paloh.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:

Baguslahhh... pelajar melayu kita ni, kadang2 rasanya agak kurang aktif kott...


Sesetngahnya plakkk hyperactive... bila ada public speaking, ramai yang takut... hmm.. bagus jgak kerajaan buat mcm tuh, Ko kurikulum buat pelajar kita lbey matangg...



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

faizal wrote:


Baguslahhh... pelajar melayu kita ni, kadang2 rasanya agak kurang aktif kott... Sesetngahnya plakkk hyperactive... bila ada public speaking, ramai yang takut... hmm.. bagus jgak kerajaan buat mcm tuh, Ko kurikulum buat pelajar kita lbey matangg...

saya setuju...

__________________
Zee


Senior

Status: Offline
Posts: 467
Date:

Pelajar sekarang kebanyakkan pemikiran kurang matang..tetapi stghnya pula lebih matang dari sepatutnya..dari sini kita tahu sebenarnya pergaulan juga menjadi punca utama..salah bergaul maka negatif jadinya..itu hakikat pelajar sekarang..guru2 juga perlu main peranan..itu adalah ibu dan bapa kepada pelajar semasa di sekolah..yg pelajar2 patut hormat mereka seperti ibu bapa mereka sendiri..merekalah yg memberi ilmu yg menjadikan kita seorang manusia..peranan adalah kunci utama pada kejayaan seseorang pelajar..

__________________
ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard