Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MAS jadi syarikat pertama adakan pameran di Indonesia


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
MAS jadi syarikat pertama adakan pameran di Indonesia


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) muncul sebagai syarikat penerbangan antarabangsa pertama mengadakan pameran pengembaraan di Indonesia yang menawarkan potongan harga tiket sehingga 40 peratus.


Pengurus Besar Kanan Jualan, Pengagihan dan Pemasaran MAS, Datuk Rashid Khan berkata, Pameran Pengembaraan MAS Indonesia (MATF) 2005 selama tiga hari mulai hari ini, juga merupakan pameran pengembaraan pertama yang pernah diadakan di Jakarta, ibu negara Indonesia.


``Pameran ini bukan sahaja merupakan yang pertama dianjurkan oleh syarikat penerbangan antarabangsa yang beroperasi di sini malah juga yang pertama seumpamanya diadakan di Jakarta,'' katanya.


Tambahnya, Indonesia menawarkan potensi yang besar kepada MAS dengan syarikat itu beroperasi ``dari tujuh buah destinasi di negara ini iaitu Jakarta, Denpasar, Surabaya, Medan, Padang, Tarakan dan Pontianak.''


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan MATF 2005 di Jakarta hari ini. Kenyataannya dikeluarkan oleh MAS di sini.


Menurut Rashid, pameran itu merupakan yang pertama di adakan di luar Malaysia.


Selain Jakarta, tiket berdiskaun yang ditawarkan oleh MATF 2005 juga boleh diperoleh di Medan, Denpasar, Surabaya dan Padang.


Katanya, lebih 40 agensi pengembaraan, pertubuhan pelancongan kebangsaan dan rakan kongsi MAS mengambil bahagian dalam pameran tersebut dengan lebih 150 gerai dibuka.


Bagi MATF 2005, MAS menawarkan potongan harga antara 30 hingga 40 peratus untuk tiket penerbangan dan pakej ke negara-negara ASEAN, Australia, rantau Timur Tengah, China, India dan benua Eropah bermula pada harga AS$99 (RM366.30) sehala.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:

satu perkembangan yg positif nampaknya.

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 520
Date:

hehehe bagus artikel ni??

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard