Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Saham: Penyimpan Tabung Haji dapat undian khas


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Saham: Penyimpan Tabung Haji dapat undian khas


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Para penyimpan di Lembaga Tabung Haji yang mahu memiliki saham anak syarikatnya, TH Plantations Bhd. (THP) mempunyai peluang lebih cerah untuk berjaya kerana mereka akan diberikan undian khas.

Difahamkan, proses itu hampir sama dengan undian khas bagi proses penyenaraian saham Astro All Asia Networks Plc. (Astro) pada bulan Oktober 2003, yang mana saham pendeposit akan diundi sebanyak tiga kali.


Ketua Eksekutif CIMB Bhd., Datuk Nazir Razak berkata, undian khas itu dilakukan sebagai tanda penghargaan kepada sokongan yang diberikan oleh pendeposit.


THP akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada akhir tahun ini.


``Apa yang saya ingin tekankan ialah undian khas akan dilakukan untuk pendeposit Tabung Haji (untuk menghargai mereka kerana) THP merupakan sebuah entiti yang efisien serta menjana pulangan yang lebih tinggi daripada purata industri,'' katanya.


Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian taja jamin tawaran awam permulaan (IPO) THP sebanyak 74.515 juta saham di sini hari.


Selain CIMB sebagai pengurus taja jamin IPO itu, perjanjian tersebut turut membabitkan Affin Securities Bhd., BIMB Securities Sdn. Bhd. serta Mayban Securities Sdn. Bhd. sebagai penaja jamin.


Pada majlis itu, Nazir mewakili CIMB manakala TH Plantations diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Mohd. Bakke Salleh.


Kini Tabung Haji memegang 97 peratus kepentingan dalam anak syarikatnya itu manakala Pertubuhan Peladang Terengganu (PPT) memegang baki tiga peratus.


Sementara itu, Mohd. Bakke berkata, THP dipilih sebagai anak syarikat pertama Tabung Haji untuk disenaraikan kerana rekodnya yang baik serta kemampuannya membayar dividen yang besar kepada lembaga tersebut.


``THP masih mampu mencatatkan keuntungan sebanyak RM5 juta ketika ia menghadapai tahun yang menyukarkan pada tahun 2001 dan pada satu ketika syarikat ini pernah mencatatkan keuntungan hampir RM80 juta,'' kata beliau.


Katanya, dengan pelaksanaan IPO itu, Tabung Haji akan memegang 60 peratus kepentingan dalam THP, diikuti pelabur awam (38 peratus) dan baki sebanyak dua peratus dimiliki oleh PPT.


Ditanya, sama ada Tabung Haji akan menyenaraikan anak syarikatnya yang lain, Mohd. Bakke berkata, TH Properties Sdn. Bhd. dan TH Technologies Sdn. Bhd. berpotensi disenaraikan di Bursa Malaysia selepas THP.


``THP yang terlibat dalam sektor hartanah mempunyai aset yang besar menerusi projek yang dilaksanakannya manakala TH Technologies mempunyai kontrak dalam bidang pembinaan; kedua-duanya boleh disenaraikan,'' jelasnya.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard