Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Rakyat digesa bantu sebar keamanan


Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:
Rakyat digesa bantu sebar keamanan


Rakyat digesa bantu sebar keamanan


KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini mesti memainkan peranan aktif dengan terus menggerakkan usaha ke arah mencapai keamanan sejagat, kata Penyelaras Aman Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir.




 

Ketika masyarakat madani lain di dunia bertungkus lumus menyebarkan mesej keamanan mereka ke serata dunia, katanya, rakyat Malaysia kelihatan seakan mengambil sikap tidak endah.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Umno, berkata mengetahui sesuatu yang salah berlaku dan membiarkannya terus berlaku adalah lebih buruk daripada menjadi pesalah itu sendiri.

“Kita sedang melihat sebuah lagi peperangan bakal meletus iaitu terhadap Iran dan Syria. Kita sudah tidak boleh berpeluk tubuh dan melihat saja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, rakyat Malaysia mempunyai alasan yang kukuh untuk bercakap mengenai keamanan kerana Malaysia adalah satu contoh masyarakat toleransi yang cukup baik.

Beliau mahu NGO di negara ini termasuk kumpulan aktivis, pelajar dan kumpulan agama bersatu melalui Aman Malaysia yang menyediakan forum dan landasan supaya suara itu dapat dibawa ke depan.

“Gerakan Keamanan Sejagat mesti memberi impak yang setara. Kita mesti memastikan bahawa rakyat dunia

__________________


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Satu kenyataan yang sirius dan perlu di ambil berat oleh setiap Umat Islam, khasnya ahli Pekida malaysia.


 


Kami Pekida Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap sebarang gerakan menentang keganasan, dan memupuk keamanan sejagat.


PEACE...



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard