Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM PEKIDA WILAYAH


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM PEKIDA WILAYAH


Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana majlis telah berjalan dengan tenang dan lancar.



Setinggi tinggi tahniah ke atas YB Dato Presiden, yang juga selaku Pengerusi Masjid Keramat serta Kekanda Gleme, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan.



Turut Hadir dan menyampaikan ucapan dalam Majlis itu ialah YB Dato Hj Astaman, Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta beberapa ayahanda Penasihat dan Abang Long Penyelia Pekida Malaysia.



Berita Penuh akan di sampaikan oleh kanda Zack Bikers sebentar lagi.



 



Gambar kenangan di alamat



www.pekida.org/sumbangan.htm



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Veteran

Status: Offline
Posts: 33
Date:

pekida wrote:


Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana majlis telah berjalan dengan tenang dan lancar. Setinggi tinggi tahniah ke atas YB Dato Presiden, yang juga selaku Pengerusi Masjid Keramat serta Kekanda Gleme, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan. Turut Hadir dan menyampaikan ucapan dalam Majlis itu ialah YB Dato Hj Astaman, Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta beberapa ayahanda Penasihat dan Abang Long Penyelia Pekida Malaysia. Berita Penuh akan di sampaikan oleh kanda Zack Bikers sebentar lagi.   Gambar kenangan di alamat www.pekida.org/sumbangan.htm


tahniah dari saya juga.


alhamdulillah syukur... program yang baik di bulan yg baik...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

Tahniah!!~ satu amalan yg patut dipuji dan diikuti

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

Sedih rasanya tak dapat memenuhi permintaan YB Dato Presiden utk berbuka posa sama, sebab terpaksa meneruskan program lain yg telah di atur lebih awal...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Alhamdulillah pada 16 Oktober 2005 bersamaan hari Ahad pada jam 5 petang selepas solat Asar, telah berlangsung Majlis Penyampaian Derma untuk Anak-anak Yatim dan Ibu Tunggal Kariah Masjid Al-Akram Dato Keramat. Majlis yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) melalui Pekida Wilayah Persekutuan itu telah di sempurnakan oleh ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Astaman Abdul Aziz. Turut menyampaikan sumbangan dan ucapan ialah Presiden Pekida sendiri iaitu Senator Dato Dr. Hj. Fuad Hj Ahmad yang bertindak sebagai pengerusi Masjid Al-Akram. Bersama-sama mengiringi ialah Ayahanda Paduka Hj. Abd. Malek bin Ranting, Tuan Hj. Che Mat Che Ali Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kekanda Dr. Masjuki, Kekanda Hatta, Kekanda Glamey, serta adik-adik RND Pekida Pusat.


Setiap anak-anak yatim menerima buku simpanan bank dengan sejumlah wang serta makanan. Ini adalah bagi memupuk semangat menabung. Pekida juga turut menyampaikan sumbangan khas bagi ahli-ahli Pekida di mana salah seorang penerima merupakan anak allahyarham Ismail Din yang baru meninggal dunia baru-baru ini. Para ibu tunggal juga turut tidak dilupakan bagi menerima sumbangan.


Program seumpama ini yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) amat bermakna dan sejajar dengan tanggungjawab Pekida sebagai NGO prihatin dan sentiasa menjaga kebajikan kaum Melayu dan umat Islam khasnya. Tahniah kepada Presiden Pekida Dato Dr. Hj. Fuad Hj Ahmad dan individu-individu yang terlibat dalam usaha murni ini.



Zackbikers



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

Tima kasih bro Zack atas lakaran berita utk makluman dan tatapan umum.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

semoga yang baik berterusan

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 124
Date:

Alhamdulillah...
Semoga program yang baik dapat diteruskan...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 368
Date:

zunnur wrote:


semoga yang baik berterusan


bro zunnur... macam pernah kudengar ayat ini... tapi di mana erkk?


Apa pun tahniah kuucapkan..


harap-harap agar diteruskan lagi program-program seperti ini di lain masa.... Clapping Hands 







__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:

Alhamdulillah... Semoga program yang baik dapat diteruskan...


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 35
Date:

Nak rasanya bersama-sama RND, tapi masa tak ada. Sibuk dengan kerja. Insyaallah kalau ada kelapangan nanti, akan tercapai hasrat saya. Seronok tengok disiplin RND.

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 42
Date:

khir wrote:


zunnur wrote: semoga yang baik berterusan bro zunnur... macam pernah kudengar ayat ini... tapi di mana erkk? Apa pun tahniah kuucapkan.. harap-harap agar diteruskan lagi program-program seperti ini di lain masa....  

sama sama kita doakan... jangan sama sama kita matikan usaha yang murni ini ...!

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 43
Date:


pekida wrote:

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana majlis telah berjalan dengan tenang dan lancar.
Setinggi tinggi tahniah ke atas YB Dato Presiden, yang juga selaku Pengerusi Masjid Keramat serta Kekanda Gleme, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan.
Turut Hadir dan menyampaikan ucapan dalam Majlis itu ialah YB Dato Hj Astaman, Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, serta beberapa ayahanda Penasihat dan Abang Long Penyelia Pekida Malaysia.
Berita Penuh akan di sampaikan oleh kanda Zack Bikers sebentar lagi.
 
Gambar kenangan di alamat
www.pekida.org/sumbangan.htm



Tahniah kerja amal yang terpuji

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

Alhamdulillah...semoga dapat dikekalkan sampai bila-bila

__________________
alllang
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard