Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BAHASKAN - Parlimen bukan kongsi gelap’


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
BAHASKAN - Parlimen bukan kongsi gelap’


‘Parlimen bukan kongsi gelap’


BAHASKAN UTK KENYATAAN AKHBAR & MAJALAH TAHUNAN PEKIDA


Laporan Veena Rusli dan Nurul Hazren Masitom



MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi peringatan bahawa Dewan Rakyat akan diibaratkan sebagai ‘kongsi gelap’ jika Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) yang dimansuhkan 13 tahun lalu diwujudkan semula secara tiba-tiba.


 

Memulakan penggulungan perbahasan Bajet 2006 peringkat dasar di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata, sebarang usaha menghidupkan akta itu mesti mengikut prosedur.

"Isu PSA ditimbulkan daripada soalan tambahan ketika sesi soal jawab. Mana boleh kita main tarik daripada sesi soal jawab untuk kembalikan akta... kena ikut caranya, kalau tak jadi macam kongsi gelap.

"Saya kena kemukakan cadangan itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Dewan Rakyat dan bawa balik ke Dewan ini untuk dibahaskan sebelum diluluskan sebagai usul... saya nak buat dengan cara betul.

"Untuk melakukannya, kita kena pinda Perkara 65 Perlembagaan Persekutuan... kalau tak ikut prosedur, nanti orang kata Eksekutif nak campur tangan ," katanya menjawab celahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang memuji Jawatankuasa Dewan Negara kerana lebih awal membincangkan isu itu dalam mesyuaratnya Jumaat lalu.

Ahli Parlimen mahu PSA diwujudkan semula bagi mengurus pentadbiran Parlimen yang kini menjadi tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sebahagian besar Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berdiri bagi menyokong cadangan yang dibangkitkan pada sesi soal jawab Khamis lalu.

Nazri berkata, pelantikan ketua pentadbiran Parlimen yang diumumkan minggu lalu tidak akan menjejaskan kebebasan dan doktrin pengasingan kuasa.

Katanya, beban tugas sedia ada yang digalas Setiausaha Dewan Rakyat dan Dewan Negara cukup besar dan tidak perlu ditambah dengan perkara remeh seperti kebersihan tandas atau kebocoran siling.

"Kita belanja RM99 juta untuk menaik taraf Parlimen, takkan masalah tandas rosak pun nak cari Setiausaha Dewan kerana mereka perlu memberi tumpuan kepada urusan berkaitan perjalanan Dewan, jadi kita bagi orang lain untuk mantapkan pengurusan pentadbiran,” katanya

Celahan bertalu-talu Lim berhubung usaha kerajaan membanteras rasuah selepas itu menjejaskan ucapan Nazri yang kemudian berkata: "Nasib baik saya puasa, kalau tak kena dah dia ni."

Ketua Pembangkang itu meminta kerajaan bersikap lebih serius menghapuskan rasuah dan berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyifatkan rasuah sudah menjadi budaya hidup rakyat negara ini.

Mendengar kenyataan itu, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) bingkas bangun dan menyifatkan Lim sebagai pengkhianat kerana kenyataan rasuah menjadi budaya masyarakat boleh menakutkan pelabur asing.

Lim mempertahankan hujahnya dengan berkata: "Bukan saya kata, Tun Dr Mahathir yang kata. Adakah Sri Gading berani memanggil Dr Mahathir sebagai pengkhianat."

Mohamed berkata: "Saya tak sebut nama Dr Mahathir, saya kata siapa yang cakap macam tu akan membuatkan pelabur lari."

Menyambung penggulungan, Nazri berkata, tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap anak Ketua Polis Negara, Tan Sri Bakri Omar, beberapa hari lalu membuktikan ketegasan kerajaan membasmi rasuah tanpa mengira kedudukan individu.


-- Edited by pekida at 19:31, 2005-10-18

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

betul juga kata Dato Sri Nazri tuuu...


Kita kan ada protokol utk menentukan atau membentuk dasar ... kenapa nak ikut jalan pintas yg tak mengikut perlembagaan...???



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard