Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BAHASKAN - Penyenaraian THP dikaji


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
BAHASKAN - Penyenaraian THP dikaji


Penyenaraian THP dikaji
Oleh Kadir Dikoh dan Shamshul Azree Samshir

PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) diarah membuat kajian lanjut terhadap cadangan penyenaraian anak syarikatnya, TH Plantations Bhd (THP), sementara kerajaan menangguhkan keputusan mengenai perkara itu.











AdRevolver


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata beliau sudah mengadakan pertemuan dengan pengurusan Tabung Haji dan meminta mereka mengkaji cadangan penyenaraian itu lebih lanjut.

“Saya dah panggil mereka untuk mendapatkan penjelasan dan mereka akan bagi laporan balas secepat mungkin. Saya akan buat keputusan... mungkin minggu ini,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Biro Pengaduan Awam (BPA) di sini, semalam.

Akhir bulan lalu, Tabung Haji mengumumkan cadangan penyenaraian THP, sekali gus menjadi anak syarikatnya yang pertama disenaraikan di Bursa Malaysia.

THP mempunyai ladang lebih 16,227 hektar iaitu kira-kira 11.7 peratus daripada keseluruhan 138,267 hektar saiz ladang yang dimiliki kumpulan Tabung Haji iaitu antara pemilik ladang terbesar di negara ini.

Beberapa pihak mempersoalkan kewajaran penyenaraian THP serta mendakwa ia melanggar akta penubuhan Tabung Haji, malah beberapa Ahli Parlimen membantah penyenaraian itu dan menggesa Perdana Menteri campur tangan.

Mereka mendakwa tiada sebab untuk Tabung Haji menyenaraikan THP kerana agensi itu mendapat tanah daripada kerajaan negeri pada harga diskaun serta tiada masalah kesempitan wang.

Beberapa Ahli Parlimen dilaporkan menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin yang dikatakan tidak mahu mempertimbangkan bantahan terhadap penyenaraian THP itu.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau akan mengemukakan rangka Dasar Automotif Negara pada mesyuarat Kabinet, esok.

“Kerangka dasar (Dasar Automotif Negara) pada peringkat saya sudah dibuat dan hal berkaitan isinya sudah muktamad.

“Saya akan kemukakan pada mesyuarat Kabinet Rabu ini. Lepas itu, saya boleh umum rangka dasar dan kedudukan berkenaan permit import (AP),” katanya sambil menambah banyak perkara perlu dipertimbangkan dalam merangka dasar berkenaan.

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

sesekali fikir susah jugak nak kontrol bila dah jadi syarikat awam ni... habis saham nanti boleh jatuh sampai ke paras minima... macamana nasib pelabur kita...?

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard