Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Musim perayaan bantu perkukuh ekonomi 2005


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Musim perayaan bantu perkukuh ekonomi 2005


KUALA LUMPUR 21 Okt. - Sambutan tiga perayaan utama dalam tempoh dua bulan lagi akan mengelakkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar per kapita tahun ini jatuh ke paras negatif, kata ahli-ahli ekonomi.

Menurut mereka, walaupun pelbagai pihak telah menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK, perbelanjaan pengguna yang dijangka meningkat dalam tempoh dua bulan lagi mampu mengimbangi kekurangan dalam sektor lain.

Bagaimanapun, peningkatan perbelanjaan itu dikhuatiri boleh menyebabkan kadar inflasi yang berada pada paras hampir tiga peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini terus meningkat.

Sehubungan itu, kerajaan perlu memastikan harga barangan pengguna kekal rendah sepanjang musim perayaan akan datang untuk membendung kenaikan Indeks Harga Pengguna, kata mereka lagi.

Menurut Pensyarah Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohd. Nahar Mohd. Arshad, beliau amat yakin pertumbuhan ekonomi benar per kapita negara tidak akan jatuh ke paras negatif.

Katanya, perbelanjaan pengguna pada tiga perayaan besar akan datang serta pemberian bonus pada hujung tahun ini adalah antara faktor yang akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

``Perayaan Deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Natal akan melonjakkan pendapatan negara.

``Selain itu, perbelanjaan para pelajar untuk kemasukan musim baru persekolahan pada tahun depan dijangka turut mempengaruhi dan memberi kesan kepada ekonomi negara,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menurunkan unjuran pertumbuhan KDNK negara kepada 4.9 peratus daripada 5.1 peratus, akibat peningkatan harga minyak dan pemulihan permintaan elektronik yang lembap.

Ia menimbulkan kebimbangan berlaku pertumbuhan negatif bagi KDNK benar per kapita pada tahun ini, terutamanya dengan kadar inflasi yang semakin meningkat.

Berdasarkan Bank Negara Malaysia (BNM), pertumbuhan bagi separuh tahun pertama ialah sebanyak 4.9 peratus, sedikit di bawah paras unjuran rasmi lima peratus untuk keseluruhan tahun.

Menurut Mohd. Nahar, lonjakan perbelanjaan bagaimanapun bakal menyebabkan peningkatan kadar inflasi.

Bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku, kerajaan perlu memainkan peranan sepenuhnya bagi mengelakkan ia berlaku, katanya.

Ketua Program Kedoktoran, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Uni-versiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Nor Ghani Md. Nor pula berkata, pertumbuhan KDNK benar per kapita negara tidak akan mencapai tahap negatif walaupun negara kini mengalami kadar inflasi yang tinggi.

Katanya, pertumbuhan negatif hanya akan berlaku jika berlaku perkara-perkara yang besar seperti krisis ekonomi pada tahun 1997 yang lepas.

``Ia hanya akan berlaku jika negara yang mengimport barangan kita mengalami masalah atau berlaku perkara-perkara besar,'' katanya.

Menurut beliau, antara cara terbaik bagi mengatasi masalah inflasi adalah membiarkan mata wang negara naik sedikit.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

ye lah... perbelanjaan rakyat akan menggerakkan ekonomi...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard