Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Rombongan PEKIDA MALAYSIA ke Mesyuarat Persiapan Karnival Keluarga Malaysia


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:
Rombongan PEKIDA MALAYSIA ke Mesyuarat Persiapan Karnival Keluarga Malaysia


Rombongan PEKIDA MALAYSIA ke Mesyuarat Persiapan Karnival Keluarga Malaysia


Pada 10 November 2005, Team RND Pekida Pusat yang di ketuai oleh kanda Dr. Masjuki bersama kanda Hatta dan kanda Glemey telah mengiring Presiden Pekida Dato Fuad, Ayahanda Hj. Malek Ranting dan Ayahanda Masrur menghadiri mesyuarat persiapan Karnival Keluarga Malaysia Bera 2005 yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.


Rombongan yang bertolak pada jam 12.30 tengahari telah tiba di Bera pada jam 3.30 petang dan terus menyertai mesyuarat yang di pengerusikan oleh YB Datuk Ismail Sobri merangkap Ahli Parlimen Bera. Mesyuarat turut dihadiri oleh Pekida Daerah Bera dan wakil -wakil agensi kerajaan yang terlibat seperti PDRM, RELA, Bomba, Majlis Daerah Bera, JHEOA, TNB, Alam Flora, JBA, JKR dan banayk lagi.


Presiden PEKIDA MALYSIA, Senator Datuk Dr. Fuad turut menyampaikan ucapan penutup mesyuarat tersebut yang menyentuh bagaimana sumbangan PEKIDA MALAYSIA dalam membantu kerajaan memberi kesedaran tentang Islam Hadhari, memajukan ekonomi serta perpaduan ummah. Beliau juga berharap program besar-besaran itu yang akan di rasmikan oleh TPM akan berjaya dilaksanakan lebih-lebih lagi program tersebut bakal membawa kebaikan pada semua pihak. Sehubungan itu beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dan berharap kerjasama yang erat dalam menjadikan program tersebut satu realiti. Malah program seumpama bukan kali pertama diadakan dan beliau berharap karnival tersebut merupakan titik mula 'roadshow' yang akan bermula di Bera dan ke daerah-daerah yang lain. Dan sebagai satu keluarga yang erat, semoga ia akan mencapai matlamat yang diharapkan.


Rombongan PEKIDA MALAYSIA turut melawat pejabat PEKIDA Daerah Bera sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur petang itu juga.


Sekian.


Zackbikers



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:

GAMBAR DAH KAMI LOADKAN PUN...


lihat di sudut galeri.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard