Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PEMBINAAN KUIL-KUIL HINDU


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:
PEMBINAAN KUIL-KUIL HINDU


Assalamualaikum wbt,
 
PEMBINAAN KUIL-KUIL HINDU
Masalah pembinaan kuil-kuil Hindu yang dibina secara tidak teratur dan tidak mendapat kelulusan yang sah daripada kerajaan tempatan merupakan satu masalah yang sekian lama telah kita abaikan.
 
Persoalannya disini, apakah perbezaan diantara sebuah kuil Buddha, sebuah gereja,sebuah masjid (tanah wakaf) dan dan sebuah kuil Hindu?
 
Adakah sebuah kuil Hindu diberi hak dan pelbagai keistimewaan dan dibenarkan pula dibina sewenang-wenangnya? (ada fahaman yang mengatakan bahawa tanah di seluruh dunia adalah milik tuhan Hindu)
 
Masalah ini amat ketara di negeri Selangor yang mana pembinaan kuil-kuil Hindu berpusat disekitar;
1. Kawasan-kawasan Dengkil, Jenjarom, Banting, berhampiran kawasan Kuala Langat,  Selangor
2. Bandar Baru Salak Tinggi (berdekatan SIRIM Bdr Baru Salak Tinggi)
3. Malaysian Institute of Nuclear Technology (MINT) - Persimpangan Pekan Bangi Lama-MINT
4. Berhampiran Hospital Serdang (baru dibina) sebelah lebuhraya
5. Kawasan MINES, Seri Kembangan
6. Laluan Bandar Baru Bangi - UKM - Kajang
7. Dibawah jejantas berhampiran laluan lebuhraya Silikon, Serdang - Berhampiran UNITEN, Serdang
8. Bandar Kinrara - Laluan menuju ke Puchong-didalam kawasan taman, berhampiran jalan utama ke arah bandar Puchong. Pembinaan berpusat disebuah tanah lapang, berkemungkinan sebuah padang permainan.
9. Kawasan berhampiran MARDI, Serdang.(Perlu memasuki Universiti Putra Malaysia untuk ke kawasan kuil ini) Dikawasan ini terdapat sebuah masjid Jamek, Serdang dan 2 buah kuil Hindu yang besar sebelah menyebelah.
 
Pembinaan kuil-kuil hindu lain;
Negeri Melaka
1. Kawasan perumahan Bukit Beruang, Melaka- Berhampiran Multimedia Universiti, Melaka.Tapak kuil Hindu ini pada asalnya merupakan taman permainan dan diubah menjadi sebuah kuil memandangkan kuil yang sebelumnya telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) yang terletak dipersimpangan Bukit Beruang-Jaya Jusco (Sekarang dikawasan tersebut telah didirikan sebuah mercutanda)
 
Perlu diingat bahawa suatu ketika , diantara tahun 1997-1998, telah berlaku pertelingkahan dan pergaduhan di kawasan Kampung Rawa, Pulau Pinang yang mana mengakibatkan kerugian dipihak masyarakat Islam Pulau Pinang.
 
Pertelingkahan berpunca daripada keengganan dan kedegilan masyarakat India membuat bunyi bising (membunyikan loceng) sewaktu khutbah sembahyang Jumaat dibacakan memandangkan kuil Hindu telah dibina berhampiran kawasan masjid. Hasil daripada pertelingkahan ini, sebagai ganti rugi kepada kemusnahan kuil Hindu tersebut (Kuil tersebut telah diroboh dan disimbah minyak tanah serta dibakar) masyarakat India di kawasan tersebut telah mendapat sebidang tanah dan gantirugi tunai.
 
Persoalannya, tapak kuil tersebut berada di dalam kawasan Kampung Rawa, berkemungkinan merupakan sebahagian tanah wakaf Masjid Kampung Rawa.
 
Isu ini berkait rapat dengan sentimen perkauman. Masyarakat umum sedar dan mengetahui tentang pembinaan kuil-kuil Hindu ini, namun umum mengambil langkah berdiam diri dan tidak mempersoalkan tindakan ini. Kemarahan hanya dipendam dan persoalan tersebut terkubur begitu sahaja. 
 
Pembinaan kuil-kuil ini seumpama 'cendawan selepas hujan', dibina secara berleluasa dan dibina pula dikawasan-kawasan yang strategik dan mempunyai nilai hartanah semasa yang tinggi.
 
-Abdul Malek Ya'acob-

__________________
-Abdul Malek-


Senior

Status: Offline
Posts: 241
Date:

walaupun ni isu sensitif ....amat perlu dibincangkan...cuba mintak wakil rakyat kawasan bawak isu ni keatas.....kalau tak dibendung boleh jadi kes besaq....ini soal agama kita...maruah org islam...buat satu garis panduan tentang pembinaan tempat ibadat depa ni...jgn main pacak ikut suka....

__________________
...ALLAHUMA ANTASSALA...


Senior

Status: Offline
Posts: 129
Date:

w'salam...pekara-pekara sebegini patot diberi perhatian oleh pihak berkuasa setempat...



__________________
kja356


Senior

Status: Offline
Posts: 177
Date:

jaga dan lindungilah hak kita dimuka bumi Allah, tambah2 ditempat tanah tumpah darah kita sendiri...


I|I WALLAHUALAM I|I



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

sokong dengan saudara chack30

__________________
alllang
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard