Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: iMEJ


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:
iMEJ


IMEJ dan frasa yang 'menghiasi' dada kemeja-T 'nakal' ini kebiasaannya berbaur lucah, memprotes pemimpin dan kerajaan, memburuk-burukkan orang lain serta mempromosi dadah dan alkohol.

ADA yang beranggapan, berbincang mengenai gaya berpakaian sebagai sesuatu yang remeh. Mungkin ia berlandas pada pendapat bahawa fesyen berpakaian, stail rambut atau minat muzik adalah hak dan kebebasan bagi seseorang individu untuk menentukannya.

Namun, isu yang dipaparkan ini bukanlah bertujuan menafikan hak dan kebebasan berpakaian setiap individu, tetapi cuba mencari apakah rasionalnya sesetengah fesyen yang ditampilkan segelintir remaja, khususnya di negara ini.

Bagi sesetengah daripada kita, pemakaian kemeja-T bukan sekadar memenuhi keperluan manusia untuk melindungi tubuh, malah ia dapat mencerminkan status sosial, identiti, bahkan fahaman dan ideologi si pemakainya.

Satu contoh mudah; seseorang yang dilihat memakai kemeja-T yang mempunyai simbol Nazi, akan dianggap pengikut aliran muzik Punk. Yang dilihat memakai kemeja-T kumpulan The Beatles pula, mungkin peminat setia kumpulan rock and roll terkenal itu.

Kemeja-T yang menjadi lambang keremajaan dan santai ini secara tidak langsung menjadi medium untuk mengekpresi apa yang terkandung dalam jiwa dan pemikiran seseorang, tidak kiralah ia berbentuk sokongan, protes atau luahan biasa.

Sejak kebelakangan ini, terdapat kecenderungan di kalangan segelintir remaja di negara ini untuk menggayakan kemeja-T yang mempamerkan frasa atau simbol yang `nakal’ yang mungkin mengundang pelbagai tanggapan negatif masyarakat.

Pasti ada di kalangan anda yang pernah terserempak dengan remaja yang memakai kemeja-T yang memaparkan slogan atau imej yang membawa mesej kurang sopan, malah ada juga secara terang-terangan menjurus kepada unsur yang negatif.

Persoalannya, apakah yang mendorong mereka untuk memakai kemeja-T sebegitu? Adakah mereka memahami dan memaksudkan apa saja mesej yang terkandung di permukaan kemeja-T yang mereka pakai? Atau mereka sekadar ingin meraih perhatian dan mengikut trend tanpa mengetahui maksud sebenarnya?

Ada juga yang memakai kemeja-T dengan frasa berunsur protes. Apa yang mereka ingin proteskan? Kemeja-T yang menampilkan imej 18SX pula, apa yang cuba dipromosikan?

Yang pasti, budaya yang ditiru dari Barat ini tidak sesuai diamalkan di negara kita yang kaya dengan adab Timur yang mementingkan kesopanan. Apa yang dibimbangkan adalah pengaruh negatif budaya ini terhadap kanak-kanak. Jika tidak dibendung, takut pula ia akan mencambahkan budaya negatif yang lain. 

Tinjauan di beberapa tempat popular tumpuan remaja di ibu kota baru-baru ini untuk melihat sendiri senario yang berlaku di kalangan mereka ini. Seperti yang dijangka, memang ramai remaja yang menggayakan fesyen `nakal’ ini, namun kebanyakannya menolak untuk ditemubual atau diambil gambar mereka. 

Mengapa mereka `berani’ untuk menggayakan pakaian seperti itu, tetapi mengelak pula untuk ditemubual. Mereka memberi alasan bahawa malu kalau gambar mereka tersiar di akhbar dengan memakai baju sebegitu.

Kalau mereka merasa tindakan mereka itu tidak salah, mengapa harus merasa bersalah? Dan jika merasa ia kurang sopan, mengapa masih melakukannya?

Jika mahu meluahkan perasaan pun, mengapa kebanyakannya yang negatif? Mengapa memilih untuk mempromosi slogan ‘Marijuana’ berbanding slogan `Love Peace, No War’?

Apa tindakan kiter..............







-- Edited by jump at 03:40, 2005-11-24

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

benda tu bukan budaya kita ..............................



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

trend zaman batu muncul bakal semula!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

huh macam2 ada skunk nie...

__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

runtuhnya kerohanian, lemahnya semangat, hilangan pedoman, kemana perginya akal........???

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

akal simpan dlm sluar kot............................. satu2nya anugerah allah untuk makhluk istimewa ciptaanya bergelar MANUSIA

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 171
Date:

BLEH pk BAIK buruk YE sendirikn...

__________________
HONEYBEE


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

Syarifah wrote:


BLEH pk BAIK buruk YE sendirikn...

sindri mau ingat la tu.....................................

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard