Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pengundi Pengkalan Pasir usah terpedaya


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Pengundi Pengkalan Pasir usah terpedaya


 
Oleh ZULKIFLEE BAKAR dan HELMI MOHD FOAD







MESRA... Najib Tun Razak dan calon BN, Hanafi Mamat (kiri) berbincang dengan AJK Masjid Pauh, Banggol Chacha, Pasir Mas mengenai pelan pembesaran masjid itu selepas menunaikan solat maghrib di masjid berkenaan semalam.





PASIR MAS 29 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menasihatkan pengundi-pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir supaya tidak terpedaya atau terpengaruh dengan pelbagai tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh Pas terhadap kerajaan sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu.


Menurut Timbalan Perdana Menteri, dalam keadaan Pas tidak mempunyai sebarang modal politik, mereka akan mempolitikkan apa juga isu termasuk melakukan serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin UMNO dalam menghadapi pilihan raya kecil yang akan berlangsung pada 6 Disember ini.


``Kita sudah menjangkakan bahawa Pas akan bertindak demikian (melakukan fitnah dan tohmahan), oleh itu kita berharap pengundi di sini tidak akan terpedaya dengan dakwaan palsu seperti ini sebab saya percaya pengundi di sini tahu menilai antara yang hak dan batil serta antara fitnah dan benar,'' katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Pauh, di sini hari ini bagi mengulas tindakan Pas yang mempolitikkan isu wanita warganegara China yang dipaksa berbogel dan ketuk ketampi ketika dalam tahanan polis.


Selain itu Pas juga menyebarkan fitnah kononnya kerajaan akan meminda enakmen negeri Kelantan yang akan membenarkan mereka yang berusia 18 tahun ke atas menukar agama jika BN memerintah negeri tersebut.


Najib berkata, dalam isu wanita China tersebut, kerajaan mempunyai jawapan yang cukup terhadap isu itu termasuk menubuhkan badan penyiasat bebas.


``Semua itu kita lakukan bagi memastikan apa yang polis buat mengikut peraturan, jadi kalau ada apa yang tidak ikut peraturan kita akan ambil tindakan kepada mereka yang bersalah tetapi yang penting eloklah kita beri peluang kepada badan ini untuk mengemukakan laporan dalam masa terdekat dan kita akan ambil apa-apa tindakan yang berasaskan kepada siasatan mereka,'' katanya.


Bagaimanapun beliau percaya pengundi-pengundi di Pengkalan Pasir tahu membuat penilaian terhadap sebarang cerita yang diputar-belitkan oleh Pas dalam usaha mereka memancing undi dalam pilihan raya kecil tersebut.


``Apa yang penting mereka perlu mengundi untuk menentukan hala tuju masa depan Pengkalan Pasir dan Kelantan secara keseluruhan, mereka perlu membuat kesimpulan bukan atas isu remeh temeh dan peribadi tetapi atas masa depan negeri Kelantan serta untuk kepentingan anak cucu mereka, inilah yang penting,'' katanya.


Mengenai isu meminda enakmen pula, Najib dengan tegas menyifatkan ia satu fitnah dan dakwaan palsu kerana undang-undang seumpama itu tidak pernah ada di negeri-negeri lain.


Sementara itu, selepas menunaikan solat Maghrib, Najib diberi penerangan oleh jawatankuasa Masjid Pauh mengenai masjid tersebut yang memerlukan peruntukan bagi tujuan pembesaran.


Menurut Najib, kerajaan akan mempertimbangkan permohonan jawatankuasa masjid berkenaan tetapi dalam masa yang sama beliau meminta jawatankuasa tersebut merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan berhubung struktur tapak termasuk soal membina setingkat lagi masjid itu.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard