Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Beri saya peluang - Hanafi


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Beri saya peluang - Hanafi




PASIR MAS 29 Nov. - Pada pilihan raya umum 1990 dan 2004, impian calon Barisan Nasional (BN), Hanafi Mamat untuk membela nasib rakyat di kawasan itu atas kapasiti seorang wakil rakyat terbantut.

Beliau tewas dalam kedua-dua pertarungan tersebut berikutan situasi politik yang melanda Pasir Mas dan Kelantan, tetapi hari ini buat kali ketiganya Hanafi muncul lagi.

Kemunculannya bukan semata-mata untuk merebut kerusi sebagai wakil rakyat tetapi apa yang lebih penting daripada itu ialah bagi memenuhi cita-cita untuk membela nasib rakyat di kawasan yang didiaminya.

Sehubungan itu, hari ini, Hanafi terus menjelajah Pengkalan Pasir untuk menemui rakyat bagi meraih sokongan mereka.

Beliau mengambil kesempatan menerangkan kepada penduduk betapa tingginya impian beliau untuk berkhidmat kepada mereka.

``Ini mungkin peluang terakhir saya untuk bertanding pilihan raya, tetapi itu tidak penting, apa yang lebih mustahak berilah peluang kepada saya kerana saya benar-benar ingin berkhidmat untuk rakyat dengan menjadi wakil rakyat BN,'' katanya ketika ditemui selepas menemui penduduk Kampung Tok La Barat, di sini hari ini.

Kenyataan Hanafi ini dengan jelas membuktikan betapa tingginya impian dan keikhlasan beliau dalam usaha memastikan rakyat Pengkalan Pasir tidak ketinggalan.

Oleh itu tidak hairanlah apabila sepanjang beliau menemui pengundi, beliau disambut dengan baik dan diberi jaminan oleh mereka bahawa angin perubahan akan terjadi di Pengkalan Pasir.

``Semua ini memberikan semangat dan keyakinan kepada saya bahawa BN akan mencapai kejayaan dalam pilihan raya kecil kali ini,'' katanya.

Hanafi mengakui bahawa pilihan raya kecil ini amat penting bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga rakyat kawasan tersebut secara keseluruhannya.

``Saya berpendapat demikian kerana inilah peluang terakhir kepada penduduk Pengkalan Pasir membuat perubahan, mereka tidak harus mensia-siakan peluang keemasan ini,'' katanya.

Sebagai seorang yang sudah lama berkhidmat dalam BN dan UMNO serta anak jati Pasir Mas, Hanafi amat memahami inilah peluang keemasan yang dinanti-nantikan oleh penduduk-penduduk Pengkalan Pasir yang sejak 15 tahun lalu memberi peluang kepada Pas menjadi wakil mereka.

Ternyata kesilapan memilih Pas telah menghukum penduduk Pengkalan Pasir hingga mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah sejak 15 tahun lalu.

Justeru Hanafi ingin melihat penduduk berkenaan menebus kesilapan berkenaan pada 6 Disember ini dengan mengundi BN.

``Gunakanlah kesempatan terbaik ini untuk melakukan perubahan, jangan mengamalkan sikap terus menunggu kononnya akan ada pilihan raya sekali lagi.

``Terlalu banyak masalah yang berkaitan dengan rakyat yang perlu diselesaikan di Pengkalan Pasir ini dan ia hanya mampu dilakukan oleh BN.

``Justeru saya merayu pengundi-pengundi berilah peluang kepada saya dan berilah peluang kepada BN untuk berkhidmat kepada mereka, saya percaya BN tidak akan mensia-siakan mandat yang diberikan,'' katanya.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:

uikz ble caye ke tu???


jgn ckp je...



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

a`kum...


politik is so unik...



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


gurlz wrote:

uikz ble caye ke tu???
jgn ckp je...




Biasalah saudara...kita sendiri dapat menilai...semua mahu janji dikota...

__________________
Dom


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Jangan jdi bodoh......... jgn undi BN lg........... Undi parti Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard