Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ronaldinho terbaik di Eropah


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Ronaldinho terbaik di Eropah


 
Ronaldinho terbaik di Eropah







RONALDINHO bersama trofi selepas muncul Pemain Terbaik Eropah di Paris semalam. - AP.




PARIS - Ronaldinho melengkapkan hatrik anugerah berprestij apabila dinamakan sebagai Pemain Terbaik Eropah, semalam.


Penyerang Brazil berusia 25 tahun itu memenangi undian oleh pertubuhan wartawan-wartawan sukan Eropah anjuran majalah Bola Sepak Perancis selepas mengemudi Barcelona merangkul kejuaraan Liga Primera musim lalu.


Frank Lampard, yang menjadi inspirasi pasukan Chelsea memenangi kejuaraan Liga Perdana England, di tempat kedua dalam undian.


Rakan senegara dalam pasukan kebangsaan England, pemain tengah Steven Gerrard, yang membantu Liverpool mencipta kejutan dengan menjulang Liga Juara-Juara, di tempat ketiga.


``Berada di sini bersama para pemain-pemain hebat yang memberi tepukan kepada saya ibarat impian menjadi nyata,'' kata Ronaldinho selepas menerima trofi bola emas pada majlis di Paris yang dihadiri oleh beberapa bekas penerima anugerah tersebut.


``Anugerah ini memberikan saya motivasi untuk terus berusaha dan cuba mencontohi mereka.


``Saya mempunyai peluang untuk melakukan apa yang saya suka dalam hidup ini dan ia adalah bermain bola sepak.


``Saya mampu membuatkan orang gembira dan pada masa yang saya saya turut gembira.''


Ronaldinho menerima tepukan daripada jurulatih-jurulatih antarabangsa apabila dia dinamakan Pemain Terbaik Dunia FIFA pada Disember tahun lalu, anugerah yang ramal akan dikekalkan pada bulan depan.


Dia kemudian diberi penghormatan oleh rakan-rakan profesionalnya apabila memenangi anugerah pertama Pemain Terbaik Dunia FIFPro pada September.


Skil Ronaldinho merupakan nadi kepada permainan menarik pasukan Barcelona.


Dia merupakan pemain Brazil yang menonjol ketika pasukan itu menjulang Piala Dunia 2002 dan diramal menjadi salah satu tarikan utama pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia tahun depan di Jerman.


Pemain Brazil itu merupakan calon pilihan untuk anugerah tersebut sebelum dia menjaringkan dua gol menakjubkan untuk Barcelona menewaskan Real Madrid 3-0 awal bulan ini.


Senarai pemenang Ballon d'Or, bermula dengan Stanley Matthews pada 1956, turut menampilkan ramai pemain terkenal antara mereka termasuk Johan Cruyff, Franz Beckenbauer dan Michel Platini.


Bekas pemain Real Madrid Alfredo di Stefano, yang memenangi trofi tersebut pada 1957 dan 1959, antara bekas pemenang yang menghadiri majlis ulang tahun Ke-50.


Penyerang AC Milan dari Ukraine, Andriy Shevchenko, yang memenangi anugerah itu pada 2004 dan di tempat kelima pada undian tahun ini, turut hadir.


Dan tidak dilupakan ialah bekas pemain sayap Manchester United dan Ireland Utara, George Best, pemenang tahun 1968 yang meninggal dunia Jumaat lalu.


Best hilang trofi tersebut tetapi penganjur meminta bekas rakan sepasukannya dalam United, Bobby Charlton dan Denis Law naik ke pentas untuk menerima replika bola emas untuk keluarga ahli keluarga pemain sayap itu.


``Dia merupakan pemain menakjubkan yang sentiasa mempunyai semangat permainan dalam mindanya,'' kata pemenang anugerah tahun 1966, Charlton mengenai Best. - Reuters





__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 94
Date:

wow!!



__________________
stella


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:


majulah sukan tuk negara...



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard