Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Al Jaber terlepas anugerah


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:
Al Jaber terlepas anugerah


 

KUALA LUMPUR - Kontroversi Anugerah Pemain Terbaik Bola Sepak Asia yang berlangsung hari ini bertambah panas apabila seorang daripada tiga calon gagal hadir pada upacara penyampaian anugerah.


Penyerang handalan Arab Saudi dan calon utama untuk memenangi anugerah, Sami Al Jaber memberitahu Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bahawa komitmen terhadap kelab, Al Hilal menghalangnya daripada datang ke Kuala Lumpur.


Peraturan mewajibkan setiap pemain hadir pada upacara penyerahan anugerah untuk melayakkan mereka menerima anugerah hasil daripada pencapaian yang ditunjukkan sepanjang musim.


``Malangnya pagi ini kami telah menerima berita bahawa Al Jaber tidak dapat hadir ke sini,'' kata pengarah komunikasi AFC, Michelle Chai.


``Dengan ketiadaan Al Jaber, dia kini secara automatik terkeluar daripada senarai penerima anugerah,'' katanya lagi.


Peraturan AFC menyebabkan bintang-bintang Asia yang beraksi di Eropah tidak disenaraikan. Antara pemain yang disebut-sebut sebagai calon terbaik tetapi tidak dicalonkan adalah bintang Manchester United, Park Ji-sung dari Korea Selatan yang gagal hadir kerana beraksi dalam Piala Liga, hujung minggu ini.


Peraturan AFC itu turut menghalang pemilihan rakan senegara Park, Lee Young-pyo yang kini beraksi bersama Tottenham Hotspur.


Turut menjadi pilihan tetapi tidak dicalonkan ialah pemain Celtic, Shunsuke Nakamura dari Jepun, rakan senegaranya, Hidetoshi Nakata (Bolton Wanderers) serta pemenang lalu, Ali Karimi dari Bayern Munich.


``Tiada pemain atau kelab yang lebih besar daripada konfederasi. Kriteria itu mesti dihormati,'' kata Chai.


Dua calon terakhir, pemain pertahanan Al Ittihad dan Arab Saudi, Hamad Al Montashari serta penyerang Uzbekistan, Maksim Shatskikh dari kelab Dynamo Kiev berpeluang memenangi anugerah ini. - AFP


PEMENANG TERDAHULU


1994: Saeed Owairan (Arab Saudi)


1995: Masami Ihara (Jepun)


1996: Khodadad Azizi (Iran)


1997: Hidetoshi Nakata (Jepun)


1998: Hidetoshi Nakata (Jepun)


1999: Ali Daei (Iran)


2000: Nawaf Al Temyat (Arab Saudi)


2001: Fan Zhiyi (China)


2002: Shinji Ono (Jepun)


2003: Mehdi Mahdavikia (Iran)


2004: Ali Karimi (Iran)





__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard