Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ARTIS ROCK KETUA GENG 77??


Veteran

Status: Offline
Posts: 66
Date:
ARTIS ROCK KETUA GENG 77??
 


KUALA LUMPUR: Seorang artis terkenal yang juga bekas penyanyi utama kumpulan rock di negara ini, dipercayai turut menganggotai Geng 77 dengan memegang jawatan tertinggi dalam kumpulan samseng berkenaan dan mempunyai ratusan orang bawahan.

rakanBH

Difahamkan, artis terbabit diangkat menjadi pemimpin kanan Geng 77 berikutan popularitinya, sekali gus memudahkan kumpulan samseng terbabit merekrut ahli baru di kalangan peminat terutama golongan muda.

Kedudukan artis berusia lewat 30-an itu dalam Geng 77 diibaratkan sebagai seorang bapa dalam sebuah keluarga.

Pada masa sama, dia dikatakan turut hidup mewah hasil kutipan yuran RM36 sebulan daripada setiap anggota geng terbabit yang kebanyakannya pelajar dan remaja.

Dengan menggunakan kedudukannya yang dikenali ramai, artis lelaki terbabit sanggup merosakkan anak bangsa semata-mata mahu menunjukkan lagak samseng kononnya pihak berkuasa tidak boleh menyentuhnya walaupun dia melakukan aktiviti haram.

Dipercayai, artis terbabit menyertai Geng 77 pada hujung tahun lalu sebelum diberi pangkat besar dan sejumlah `anak buah’ untuk menjalankan aktiviti kumpulan mereka.

Harian Metro turut difahamkan, beberapa artis lain termasuk pelakon drama terkenal turut menjadi ahli kumpulan kongsi gelap itu.

Sumber pula memberitahu, kepala samseng Geng 77 dikenali sebagai Tiger Snook sebelum ini dikenali sebagai ‘Bygon’ di kalangan rakannya, berikutan kegiatan awalnya yang digelar ‘budak skuter’ dan sering mengganggu pelajar sekolah untuk dijadikan bahan pemuas nafsu.

Dia dikatakan pernah dibelasah sekumpulan Mat Rempit kerana cuba mengganggu seorang daripada teman wanita ahli kumpulan Mat Motor terbabit di sekitar ibu kota.

Tiger Snook juga gemar mengadu kepada rakannya yang lebih dewasa untuk meminta bantuan jika berada dalam kesusahan termasuk topi keledarnya dicuri pihak tertentu.

Bagi memastikan aktiviti jenayahnya terus berkembang, pemuda berusia 20-an itu menganggotai Geng 77 dan di bawah perlindungan ‘senior’, Tiger Snook mula mengganas dengan memaksa pelajar sekolah menjadi anggota kumpulan haram terbabit.

Tiger Snook turut dikenali di kalangan anggota Geng 77 sebagai seorang yang bengap, tidak berpelajaran selain cicir sekolah. Dia hanya tahu melakukan perkara yang tidak bermoral untuk menunjukkan kepada anggota lain bahawa dia berguna kepada kumpulan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Tiger Snook mungkin ditahan mengikut Undang-Undang Pencegahan bagi menghalang ketua Geng 77 itu meneruskan kegiatan samseng dan memeras ugut bersama pengikutnya.

Polis sedang mengumpul maklumat dan bukti pembabitan lelaki terbabit dalam kes jenayah seperti pergaduhan serta penggunaan wang palsu.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Azizan Abu Taat, dipetik berkata pihaknya masih menahan suspek terbabit bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung aktiviti kumpulannya.

Katanya, siasatan terhadap lelaki itu menjurus kepada pembabitannya dalam kumpulan samseng serta pengikutnya yang turut melakukan kes jenayah seperti peras ugut.

Tiger Snook ditahan dua minggu lalu bersama tiga orang kanannya dan tiga wanita dalam serbuan sepasukan polis dari Bahagian Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, diketuai Inspektor Hairmi Miskon kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan anak buah Tiger Snook yang didakwa ‘menjual’ nama Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), dipercayai menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut untuk memusnahkan pejabat pertubuhan itu, Rabu lalu.

SMS berkenaan dikirimkan kepada seorang pemimpin kanan Pekida dipercayai kerana tidak puas hati selepas Tiger Snook ditahan dalam serbuan polis di Klang, dua minggu lalu.

Dalam SMS itu, anak buah Tiger Snook memberi amaran kepada pemimpin kanan Pekida itu supaya tidak mencampuri urusan Geng 77 jika tidak mahu menerima padah.

Rentetan itu, rumah Presiden Pekida Cawangan Bukit Bintang, Roslan Dahaman, hampir terbakar selepas dibaling tiga ‘molotov koktel’ (bom petrol) oleh beberapa lelaki dipercayai pengikut Geng 77 yang mengesyaki maklumat diberikan mangsa menyebabkan ketua mereka ditangkap polis.

SAPA KAH ARTIST ITU??

__________________
Ikhlas Jujur Amanah ( BERSATU ) Taatsatia ( TAAT ) Radho Barkorban Barjuang ( SRTIA ).


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
???
 


perot buncit


kepala botak ///



__________________
Warrior of Heaven & Earth 737


Veteran

Status: Offline
Posts: 45
Date:
RE: ARTIS ROCK KETUA GENG 77??
 


saper artis yang di masukkan tu ader ader adik beradik maner yang tahu tak?

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:
 


Siapa lagi laaaa kalau bukan Ayah Awie...

__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Veteran

Status: Offline
Posts: 79
Date:
 


Bawak besabar jer laaa... semuga citer panas ni cepat reda.


__________________
Selamat Hari Raya Aidiladha dari cucu ADAM


Veteran

Status: Offline
Posts: 66
Date:
 


Sufian wrote:


Siapa lagi laaaa kalau bukan Ayah Awie...




Ohh i see :) bukan nye ape bro stoner cume nak tau ajer hehe :d



__________________
Ikhlas Jujur Amanah ( BERSATU ) Taatsatia ( TAAT ) Radho Barkorban Barjuang ( SRTIA ).


Veteran

Status: Offline
Posts: 79
Date:
 

Dah gaharu cendana pula...
Dah tahu bertanya pula...

Bab ni... Budak dajah 6 pun tahu...

__________________
Selamat Hari Raya Aidiladha dari cucu ADAM


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:
 


KITA SELALU KATA

Jangan Melihat buku dari kulitnya...

Kita lupa buah di ukur dengan kulitnya... kalau kulit busuk, tentu isi dalam tu busuk... itulah buah fikiran yang perlu kita renung


sekadar renungan bersama...

__________________
Salam Sejahtera utk semua umat manusia.


Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:
 

Isa30 wrote:


KITA SELALU KATA Jangan Melihat buku dari kulitnya... Kita lupa buah di ukur dengan kulitnya... kalau kulit busuk, tentu isi dalam tu busuk... itulah buah fikiran yang perlu kita renung sekadar renungan bersama...

hebat juga rupanya awie ni... tapi ramai juga org minat dia kan..?

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:
 

Bawak bersabar jer laaaa


__________________


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:
 

betul tu... kita biarkan saja. Harap satu hari nanti Awie berubah siapa tau?

__________________
-


Veteran

Status: Offline
Posts: 27
Date:
 

Assalamualaikum..


rupenya ape yang slama ni saya dgr betul la ye...


awie pun dah jadi ayah..kat mane saya dah lupe..


harap2 bgitu la...manala tau kan...


wasalam




__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 114
Date:
 


SenawangLavendar30 wrote:

Isa30 wrote:
KITA SELALU KATA Jangan Melihat buku dari kulitnya... Kita lupa buah di ukur dengan kulitnya... kalau kulit busuk, tentu isi dalam tu busuk... itulah buah fikiran yang perlu kita renung sekadar renungan bersama...
hebat juga rupanya awie ni... tapi ramai juga org minat dia kan..?




Subhanallah...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 59
Date:
 

aku rasa moderator dah bole tutup kut topik ni. meluat la baca isu awie ni. tak habis habis.yang jelas dia bukan ayah pekida atau ayah 30. aku dah tanyak banyak ayah tua dah. jadi abang pun tak lepas kalo atas tiket 30. apa lagi nak jadi ayah? kalo org tersilap bagi, tentu dia boleh cermin diri dia utk terima. ini semua mengarut jerrr.

__________________
Hidup Matiku Hanya Untuk Islam.


Member

Status: Offline
Posts: 7
Date:
 

dia nak jadi ayah ke nak jadi atuk ke dia punye pasal la.


lagipon dia dah dilantik.ape kite boleh buat??


nak tarik balik ke watikah dia.


ape pon kite kena support sekadar nak mencantekkan balik jalan kite..


kalau tak boleh nak buat ape, buat bodoh je lah




__________________
Warrior of Heaven & Earth 737


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:
 

lagi baik aku layan lagu terbaru AWIE iaitu iris....


 


///PANJI DIKIBAR-MAJU BERILMU-JAYA BERSAMA///


-A.M.N.M-



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:
 


3Akbar wrote:


aku rasa moderator dah bole tutup kut topik ni. meluat la baca isu awie ni. tak habis habis.yang jelas dia bukan ayah pekida atau ayah 30. aku dah tanyak banyak ayah tua dah. jadi abang pun tak lepas kalo atas tiket 30. apa lagi nak jadi ayah? kalo org tersilap bagi, tentu dia boleh cermin diri dia utk terima. ini semua mengarut jerrr.


askum to all,


aiseh dia ada bini kan....bini dia beranak kan...mesti ler dia dah jadik ayah....kan



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 129
Date:
 

hahahahha aku sukung sgt dgn dewa petir nie...elok off je topik nie..........lalilu

__________________
kja356


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:
 

hehehe..ntah pape arr..

bia la die..yang penting..

mana shakilla???siapa shakilla??
aku pun tak tahu.....wowowow....

(misteri mimpi shakilla-wings)

yeah2....rock2

__________________
ady sepanji alam


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:
hai
 


ngentor samseng bukit talang


__________________
azlie


Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:
RE: ARTIS ROCK KETUA GENG 77??
 


Sufian wrote:


Siapa lagi laaaa kalau bukan Ayah Awie...




Asmkm Kanda Sufian..///

Agak2 r kalau nk tuduh pun...

Berita tu ade bgtahu yg pemimpin tu berusia lewat 30-an...Awie dh dkat nk 50 thn kot...

Lg pun Ayah Awie kn ade simpang sendiri....biggrin

Wallahua'lam...

 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard