Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kolesi Tips Computer :d


Veteran

Status: Offline
Posts: 66
Date:
Kolesi Tips Computer :d


A'kum ///

Soalan:
Komputer selalu "hang" ketika hendak memulakan Windows, malahan ada ketikanya sedang melakukan applikasi Windows, secara tiba-tiba ianya "hang". Adakah ianya disebabkan oleh kehilangan beberapa fail penting dalam windows atau bagaimana?


Jawapan:
Besar kemungkinan fail sistem operasi seperti DLL, VXD, INI dalam sistem operasi rosak. Jika sesuatu fail hilang atau tidak ditemui oleh OS, nama fail atau driver akan dipaparkan pada skrin dengan mesej error. Mungkin langkah terbaik ialah melengkap semula sistem operasi atau perisian yang rosak.

Soalan:
Komputer diserang virus. Virus ini memaparkan Hare Hare Hare: by Demon Emperor. Komputer tidak dapat dimulakan seperti biasa dan terpaksa "Format" untuk "Install" Windows semula. Masalah nya, virus ini kembali merosakkan sistem komputer walaupun cakera keras sudah diformat.


Jawapan:
Melakukan "format" cakera keras tidak semestinya menghapuskan semua virus kerana hanya fail dalam cakera itu sahaja yang dipadam termasuk fail dijangkiti virus. Tetapi virus masih boleh hidup disektor but.
Dan bila sistem dimulakan semula, virus daripada memori atau sektor but masuk semula.
Penyelesaian terbaik ialah menggunakan perisian antivirus. Gunakan disket antivirus untuk mencuci memori dan sektor but sebelum melengkapkan OS. Kemudian lengkap perisian antivirus kedalam sistem dan biar ia aktif dalam memori kerana bila anda memasukkan disket, sistem akan memeriksa samada sesuatu disket mempunyai virus.
Jika mempunyai masa, imbas semula disket yang pernah digunakan bagi melindungi sistem daripada serangan serupa.
Akhir sekali dapat perisian antivirus berkualiti dengan jenis imbasan virus paling komprehensif. Pengguna mungkin mahu menggunakan antivirus bagi mengesan virus dalam dokumen dengan sambungan .DOC terutama jika anda selalu mendapatkan dokumen daripada Internet atau melalui mel elektronik (e-mel).

W'salam ...

__________________
Ikhlas Jujur Amanah ( BERSATU ) Taatsatia ( TAAT ) Radho Barkorban Barjuang ( SRTIA ).
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard