Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kenapa berkahwin dianggap bina masjid?


Member

Status: Offline
Posts: 9
Date:
Kenapa berkahwin dianggap bina masjid?


Beberapa bulan lalu orang kita dikejutkan dengan berita seorang anak gadis lari meninggalkan keluarga demi seorang kekasih. Ini bukan kali pertama kita dengar cerita seumpama ini.

Orang Melayu pun sudah lama menyanyikan pantun ini:

Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Tinggal emak tinggal saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.

DAlam berita di akhbar itu, anak gadis tersebut secara terang-terang mengaku tidak penting ibu bapa bersetuju atau tidak dengan kekasihnya.

Biar apapun terjadi, katanya, dia tetap akan mengikut kekasih yang dicintainya, bahkan mengugut akan lari meninggalkan keluarga jika dipaksa memilih antara dua.

Terbayang dibenak saya, betapa singkatnya pemikiran orang sekarang tentang erti perkahwinan.

Cukuplah sekadar dua hati sudah ingin bersatu demi cinta, maka soal lain seperti izin wali, reda ibu bapa dan keluarga diketepikan?
DAlam agama kita, falsafah perkahwinan menjangkau daripada sekadar mempertemukan dua hati.

Perkahwinan tidak bersifat peribadi, sebaliknya ia asas kepada institusi kekeluargaan yang betanggungjawab menghasil manusia, membentuk manusia dan membina manusia serta mencorakkan perkembangan masyarakat.

Oleh sebab itu, membina mahligai rumah tangga diibaratkan seperti 'membina sebuah masjid'.

DAlam membina masjid perlu ada jawatankuasa pembinaannya, begitu juga dalam pembinaan rumah tangga perlu ada jawatankuasa yang memberi pandangannya yang terdiri daripada wali, ibu bapa dan keluarga.

Persetujuan semua penting diambil kira. Wali mesti mengikut sususan, tidak boleh sesuka hati.

Jika tidak, padah jadinya seperti kes di Muar di mana sepasang suami isteri, Nazirul dan Zanariah, terpaksa dipisahkan setelah perkahwianan mereka selama satu tahun lalu dianggap tidak sah kerana kesilapan menggunakan wali.

DAlam sebuah institusi masjid, ada imam dan jemaah. Begitu juga dalam rumahtangga, ada ketua dan anak pimpinannya. Jika celaru kepimpinannya hilang arahlah jemaahnya.

Jika masuk ke masjid ada adab bersapa bermula dengan solat tahiyatul masjid, maka masuk ke rumah juga dianjurkan membuka pinta dengan memberi tahiyatul salam atau ucapan salam.

SEmasa kita ke masjid, kita dianjurkan membawa wang untuk menyumbang, bukan masjid yang memberi wang kepada kita.

Begitu juga dalam rumahtangga. Pasangan diharapkan menyumbang dan memberi, bukan mengharap untuk menerima daripada pasangannya saja.

Begitulah falsafah perkahwinan Islam. Semua aspek masjid dari sudut sosial, kerohanian dan ibadah perlu diterapkan dalam membina rumah tangga, barulah rumah tangga membawa berkat.


(Tulisan Dr. Ma****ah Ibrahim - Pendakwah dan Setiausaha Parlimen
Jabatan Perdana Menteri Malaysia)


__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 3
Date:

Ayah dan ibu ...
WALI-WALI KERAMAT ...
Pada mereka kita beri hormat ...
Didalam mencari di manakah letaknya masjid sebenar jadikanlah ia sebagai permulaan kerana kita datang dari mereka.Berkasih sayanglah dengan mereka kerna kasih dan sayang itu bukanlah satu perasaan lumrah atau kebiasaan,tetapi ianya amat berpuaka dan mempunyai kesaktian yang tinggi hehe..


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard