KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA ( 5 ) WAKTU
Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :' Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'
Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: 'Silakan bertanya.'
Berkata orang Yahudi: 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'
Sabda Rasullullah S.A.W. :'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuaatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'
Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.,
Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan., sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.'
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'
Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'
Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah :155)
Kejayaan semua manusia, di dunia dan di akhirat dalam agama,dilihat daripada sudut sejauh mana kita mentaati perintah Allah dengan cara Nabi saw.Dunia sementara akhirat kekal abadi. Berjaya di dunia berjaya sementara tetapi berjaya di akhirat kekal abadi. Gagal di dunia gagal sementara tetapi gagal di akhirat kekal abadi. Kejayaan kita bukan dalam logik akal atau apa yang zahir di depan mata kita.Sebuah tamsilan: "Apabila bulan mengambang,seorang yang lalu ditepi tasik atau sungai akan nampak seolah-olah bulan tersebut berada didalam air.Tetapi tidak, bulan itu sebenarnya masih Tetap ditempatnya di langit." Begitu juga kejayaan kita, bukanlah seperti sangkaan kita.Seumpama dalam pangkat, harta, kecantikan atau kuasa.Tetapi kejayaan kita sebenarnya dalam redha Allah SWT. Untuk mengamalkan agama maka kita memerlukan iman.Hanya dengan imanlah kita mampu meninggalkan keinginan perasaan.Iman ini pula selalu turun naik.Kalau turun naik, maknanya masih ada iman.Tetapi masalah kita hari ini ialah iman kita keluar masuk. Ditakuti ketika nak mati iman kita keluar dari diri kita, wal'iya zubillah.Apabila iman kuat segala perintah Allah mudah untuk dilaksanakan tetapi bila iman lemah, nak sebut nama Allah yang indah pun tidak ada kekuatan.Untuk mengetahui di mana tahap iman kita maka kita hendaklah mengukurnya dengan solat.Kenapa dengan solat? Jawabnya, kerana solat adalah sebesar-besar dan semulia-mulia perintah yang diturunkan oleh Allah ke atas kita.Untuk perintah yang lain,Allah turunkannya melalui perantaraan malaikat Jibril.Tetapi untuk perintah solat,Allah menjemput sendiri kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW untuk menerimanya. Solat adalah julung-julung perintah yang akan disoal oleh Allah di hari akhirat nanti. Jika solat lepas, maka yang lain Insya Allah akan menjadi mudah. Tetapi jika solat tidak lepas, maka yang lain akan gagal. Barang siapa dapat menjaga solat 5 waktu dengan cara berjemaah (untuk lelaki), maka Allah janjikan 5 ganjaran: 1. Dilepaskan dari kesempitan hidup dan mendapat keberkatan rezeki. 2 Dilepaskan dari siksa kubur. 3. Dapat buku catatan amal melalui tangan kanan. 4. Melintas Titian Sirat pantas seperti kilat. 5. Masuk jannah Allah tanpa hisab. Kita perlu berusaha supaya solat kita khusyuk dan khudu'.Maksud khusyuk ialah solat kita penuh dengan tumpuan terhadap Allah. Sepertimana sahabat-sahabat Nabi saw, solat mereka begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.
Kisah solat para sahabat
Kisah 1: Pada suatu ketika, peha Sayyidina Ali r.a. telah terkena panah.Apabila cuba dicabut,beliau merasa begitu sakit.Seseorang telah mencadangkan supaya panah itu dicabut ketika beliau sedang solat. Apabila selesai solat, beliau bertanya sudahkah mereka mencabut panah tersebut. Mereka menjawab ya. Apabila ditanya,apakah beliau tidak merasa sakit?Beliau menjawab, beliau sedikit pun tidak merasa sakit.
Kisah 2: Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju.Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a.Pada malam itu mereka telah berkawal.Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir.Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi.Ammar telah bersetuju.Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat.Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi.Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya.Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua.Bagaimanapun,Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga,lalu Abbad memberhentikan solatnya.Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.Dengan badan yang berlumuran darah,Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur.Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut.Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya.Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya.Tetapi apabila panah yang ketiga mengenaidirinya,beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.Lihatlah mutu solat para sahabat.Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud:"Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un)
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain