Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
hermmm... dah lama dok tanya la nih baru terjawab.
tapi, rasanya kurang jelas lagi kot, fasal ayat nie dari al-fatihah seperti di postingkan.
mana unsur2 dari surah AL-QURAN???
tu yang saya muskilkan.
tapi, junjung kasih utk kanda ucuk.
*p/s:- hamba yang replah
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Kajian terperinci sebelum fatwa dibuat... (menyokong kepada hujah dinda ucuk)
Ulama perlu berperanan dalam pembangunan dan negara sejajar dengan kedudukan mereka sebagai orang berilmu serta beramal dengan ilmunya. Ulama adalah mereka yang dikurniakan ilmu agama dan ajaran islam dengan kefahaman mendalam serta mengetahui batasan agama, terutama meliputi aspek halal atau haram.
Beberapa peserta bengkel ‘Pemahaman Bioteknologi : Kearah Ulama Bermaklumat’ anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Direktorat Bioteknologi Kebangsaan Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar di Kuala Lumpur,baru-baru ini, bersetuju bahawa tugas ulama bukan sahaja membaca doa selamat, mengetuai majlis tahlil, membaca talking atau pun menimamkan sembahyang. Mereka berkata, selaku pewaris anbia, ulama mesti meneruskan perjuangan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya islam yang menjanjikan kebahagian dunia dan yang lebih bermakna di akhirat.
Persekitaran dunia yang kian berubah dan ditambah dengan pelbagai isu melanda masyarakat Islam mendorong kajian menyeluruh dan teperinci dijalankan sebelum sebarang garis panduan dikeluarkan.
Ulama iaitu mufti negeri yang menghadiri bengkel itu juga berpendapat institusi mufti perlu diberi perhatian sepenuhnya untuk menjalankan kajian terperinci berhubung isu semasa yang memerlukan sesuatu fatwa dikeluarkan. Sepanjang menghadiri bengkel itu, banyak persoalan yang dikemukakan masih kabur, terutama dari segi status dan hukumnya. Keadan sebegini menggambarkan bahawa penyertaan golongan ulama dalam bidang bioteknologi masih kurang dititikberatkan walaupun persoalan itu membabitkan kepentingan umat Islam. Jawatankuasa Penasihat Modifikasi Genetik (GMAC) dalam Jawatankuasa Biodiversiti Kebangsaan perlu juga mengambil kira penyertaan ulama bagi mengawal selia pengimportan, penghasilan dan pelepasan produk Organisma Diubahsuai Genetik (GMO). Prihatin dengan penyertaan ulama, Mufti Wilayah Persekutuan, Prof Dr Mohd Yusuf Hussain, berkata banyak kajian terperinci perlu dilakukan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat Islam dalam pelbagai aspek,terutama dalam bioteknologi. Katanya, sebagai menghargai keilmuan yang dimiiki oleh golongan ulama, pandangan dan pendapat ualam sangat diperlukan.
Malah, katanya, pandangan mereka sudah diterima pakai dalam proses pengubalan polisi negara, terutama yang berkait dengan Islam dan masyarakat. Prof Dr Mohd Yusuf berkata, peranan ini dimainkan bukan sahaja di peringkat kebangsaan melalui Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai 21 ahli, malah setiap negeri mempunyai Majlis Fatwa Negeri. Bagaimanapun, katanya, golongan ulama ini tidak terhad kepada mufti yang menganggotai Majlis Fatwa, malah mereka yang terbabit dalam memberikan kefahaman mengenai Islam di semua peringkat. “Kepentingan Ulama bukan sahaja dalam memberi dan menyebarkan segala maklumat berkaitan keimanan dan akidah, malah lebih luas lagi. Ia merangkumi perkara berkaitan kehidupan berkaitan masyarakat Islam. “Dalam hal ini, bidang sains dan teknologi, terutama bioteknologi, tidak terkecuali. “Pengetahuan mereka terhadap Islam diperlukan untuk menentukan apakah halal atau haram dalam sesuatu kajian. “Dunia sudah berubah dan kajian yang dilakukan oleh mufti juga berubah. Kita tidak lagi melakukan kajian dengan sekadar membaca untuk menyelesaikan sesuatu masalah,” katanya kepada Berita Harian.
Bagi tujuan itu, beberapa inisiatif perlu dijalankan bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam bidang sains dan teknologi, di samping menambah peruntukan serta latihan pegawai agama dalam berkenaan. Berkenaan penambahan peruntukan, Prof Dr Mohd Yusuf berkata, Persidangan Mufti Negeri yang berlangsung pertengahan dan hujung tahun lalu bersetuju supaya setiap pejabat Mufti mengemukakan permohonan peruntukan untuk tujuan kajian. Di wilayah Persekutuan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memohon sejumlah RM400,000 daripada baitulmal Wilayah Persekutuan bagi menjalankan kajian tertentu. Dengan ada peruntukan itu,katanya, ia akan digunakan untuk melantik pakar dan saintis di institusi tertentu bagi mambantu menjalankan kajian.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad, berkata kefahaman agama di kalangan saintis juga mustahak agar mereka berupaya mengeluarkan hukum dan ijtihad yang jelas dalam sesuatu kajian yang memerlukan justifikasi agama. Katanya, ilmuwan Islam terdahulu seperti Ibn Sina, At-Tibbi dan Al-Farabi bukanlah kalangan yang hanya mengetahui bidang sains semata-mata. Beliau berkata, mereka juga adalah ulama, hafiz Quran dan mampu mentafsirkan ayat al-Quran serta menjadi rujukan kepada masyarakat.
“Jadi tidak timbul sebarang syak mereka menyalahgunakan kepakaran atau mengkaji sesuatu di luar batasan kerana mereka sememangnya mengutamakan etika serta budaya ilmu.
“ inilah kelemahan yang ada sekarang. Kita seolah-olah terpisah diantara sains dan agama,sedangkan pada hakikatnya kedua-duanya saling memerlukan. “Usaha perlulah dilakukan, termasuk meningkatkan kefahaman pelajar sains, teknologi dan juga pengajian Islam dalam kedua-dua bidang ini,”katanya.
Kategori : Akidah Tajuk : Kepercayaan Terhadap Angka 786 Bermaksud ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã Isu : Hukum mempercayai dan menyakini bahawa No 786 adalah bermaksud ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã Keputusan :
Alhamdulillah Fatwanya,
Kepercayaan terhadap angka 786 bermaksud ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã , juga menyakini angka tersebut membawa tuah dan nasib yang sentiasa baik adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah Ãåá ÇáÓäÉ æÇáÌãÇÚÉ dalam syariah serta akhlak Islam.
Perbuatan ini juga termasuk didalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T.
Semua pihak yang terlibat hendaklah menghentikan kepercayaan dan penggunaan terhadap perkara ini dengan serta merta.
p/s : saya lampirkan.... dari saudara ucuk..(terdapat tulisan jawi tidak dapat dibaca dalam script forum ini-harap maaf-)
-- Edited by buttersuck at 09:30, 2005-03-02
__________________
- Demi Agama -
Demi Bangsa - Demi
TanahAir - ahmadzaki@pekida.org
Nombor 786 yang tertulis dalam lambang bulan dan bintang berasal dari jumlah nilai nisbah huruf " Bismillahir Rahmanir Rahim ". Penggunaan 786 ini dipercayai bermula pada zaman Abasiyyah.
Melalui gaya penulisan arab baku, kalimah Bismillah... mengandungi 21 huruf, iaitu 7 ( Bismillah ), 8 ( al-Rahman) dan 6 ( al-Rahim ) iaitu 7+8+6=21...
Car_rent menulis... mana fakta dari hadis dan firman yang menyokong fakta ini...?
Seorang lai ahli forum menulis.... mmm saya rasa sangsi dan ragu...
ini Nas yang membatalkan segala sangkaan karut ini...
2. Al Baqarah
78. Dan diantara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui Al Kitab (Taurat), kecuali dongengan bohong belaka dan mereka hanya menduga-duga[67].
[67]. Kebanyakan bangsa Yahudi itu buta huruf, dan tidak mengetahui isi Taurat selain dari dongeng-dongeng yang diceritakan pendeta-pendeta mereka.
2. Al Baqarah
79. Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
36. Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran[690]. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
[690]. Sesuatu yang diperoleh dengan prasangkaan sama sekali tidak bisa mengantikan sesuatu yang diperoleh dengan fakta dan dalil yang jelas nyata.
17. Al Israa'
36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
no 786 nie juga terpahat pada batu nisan salah seorang arwah (india muslim).allahualam apa maknanya sehingga no nya terpahat pada nisan si mati. secret agent terperasan sewaktu menziarahi pusara kaum keluarga, dan kebetulan ianya betul -betul bersebelahan dengan pusara yang di lawati.menurut info si penggali kubur no pada nisan bukannya no pusara kerana kalau di ikutkan arwah baru yang ke 1** belum lagi 786....no liang lahadnya....apa2 pun semoga rohnya di rahmati allah s.w.t...amin
SeCrEt AgEnT....Selalu fikirkan tentang mati, banyakkan amal akhirat...
__________________
semoga ilmu yang di peroleh di berkati ALLAH SWT dan dapat dimanafaatkan untuk mewujudkan insan rabbani dan masyarakat madani.
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
erm.....786 ni lebih kurang satu pertubuhan kaum malabar (mamak). Dia orang menggalakan ahli dia berniaga. kalau takder duit dia bagi modal pendahaluan. Tu sebab kita selalu nampak kat kedai² mamak ada no 786 tu. Tapi tak taulah kalau saye tersilap.
Bagus cara diorang unite ngan berniaga... aku betul2 admire cara berniaga diorang nie... even kat ceruk mana pun diorang buka warong, sure laku nyer... paling tidak pun pulang modal ntuk hari tu... Somehow, kita org-org Melayu pun haruslah mencontohi semangat berniaga diorang nie.. yg elok kita buat contoh, yg buruk kita jgn terpengaruh..
Pengalaman aku laa buka warong kecil2lan... time tu jual ABC ngan kopok lekor jer, namun ada gak yg dengki (org melayu kita) ngan memboikot, buat cara kotor (time aku tutup kedai, diorang longgok sampah kat tpt aku).. dan bermacam cara yg tak patutlah org melayu kita buat.. At least amik iktibar dari kejayaan org lain (mamak -786 - alhamdulillah - syukur) sebagai pendorong ntuk sukses..
Selain dpd itu, saya tiada komen ttg 786... cuma kengkadang tu saya berjalan pun ada tersadung kaki sendiri...
__________________
Zack
Simpang 3 Kampung Pandan
Off
Simpang 3 Salak South
Kuala Lumpur