Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: dalil naqli dan aqli tentang kewajipan mengenal sifat ALLAH.


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:
dalil naqli dan aqli tentang kewajipan mengenal sifat ALLAH.


Perlulah kita ketahui bahawa persoalan iman atau persoalan tauhid
adalah merupakan ajaran yang terpenting atau yang terpokok di dalam
Islam. Ibarat sebatang pokok, iman dan tauhid adalah merupakan akar
tunjang baginya. Di dalam kitab dikatakan 'AWALUDDIN MAKRIFATULLAH'
ertinya awal-awal agama ialah mengenal Allah. Kalau seseorang itu
tidak mengenal Allah, segala perintah suruh yang dibuatnya serta
segala perintah Iarang yang dijauhkannya yang mana adalah merupakan
anugerah yang hendak dipersembahkan kepada Allah S.W.T. tidak akan
sampai.

Kemudian perlu kita ingat bahawa segala perintah suruh yang kita buat
samada yang berbentuk fardhu mahupun sunat dan segala perintah larang
yang kita jauhi samada yang berbentuk haram ataupun makruh, semua itu
adalah berupa amal bakti yang hendak kita persembahkan kepada Allah
S.W.T. Manakala kalau kita tidak kenal Allah S.W.T. maka segala amal
bakti itu tidak akan sampai. lbarat kita di dunia ini hendak memberi
satu hadiah kepada seorang raja sedangkan kita tidak kenal raja itu.
Maka hadiah yang hendak kita sampaikan itu tidak akan sampai kepada
raja itu. Bila kita sampai ke istana, kita nampak pembesar istana dan
kita pun menyangka dia raja dan terus memberikan hadiah itu
kepadanya. Kita ingat pembesar istana itulah raja tetapi rupa-rupanya
dia bukan raja. Kerana itu kita perlu kenal sungguh-sungguh kepada
raja itu, barulah senang kita hendak menyampaikan hadiah kita itu
kepadanya.

Begitu jugalah dengan segala amal bakti kita yang hendak kila
hadiahkan kepada Allah S.W.T., kita mesti mengenal Allah S.WT.
sungguh-sungguh, maka barulah hadiah kita itu sampai kepada-Nya.
Dengan sebab itulah, di dalam ajaran Islam, mula-mula sekali ialah
mengenal Allah S.W.T. Bila seseorang itu telah kenal Allah S.WT.,
maka apabila dia berpuasa, puasanya sampai kepada Allah; dia
bersembahyang, sembahyangnya sampai kepada Allah S.W.T. dia berzakat,
zakatnya sampai kepada Allah; dia naik haji, hajinya sampai kepada
Allah; dia berjuang, dia berjihad, dia bersedekah dan berkorban,
membuat segala amal bakti, semuanya akan sampai kepada Allah S.W.T.

Kerana itulah, mengenal Allah ini adalah amat penting kepada kita.
Dan untuk kita mengenal Allah melalui sifat-sifat yang wajib bagiNya
iaitu yang sebanyak 20 sifat, adalah dengan cara dalil-dalil 'aqli
dan dalil-dalil naqli.

Adapun dalil-dalil 'aqli adalah dalil-dalil yang bersumberkan akal
manakala dalil naqli adalah dalil yang bersumberkan Al Quran dan
Sunnah. Melalui dalil 'aqli dan dalil naqli ini sahajalah baru kita
dapat mengenal Allah. Kemudian setelah kita dapat mengenal Allah
untuk mengesahkan pengenalan itu, kita mesti menempuh empat syarat.
Tanpa kita menempuh empat syarat ini, maka tidak.sah pengenalan kita
kepada Allah atau tidak sah makrifah kita kepada Allah
S.W.T.

Yang pertama ialah percaya adanya Allah. Yang kedua ialah jazam yang
qat'ii iaitu keyakinan kita kepada Allah ialah dengan keyakinan yang
sungguh-sungguh tidak dicelahi oleh sebarang syak, dzan atau waham.
Dengan lain-lain perkataan, keyakinan kita kepada Allah begitu padu
dan kental, tidak goncang dan ragu walau sedikitpun samada ragu itu
bertaraf syak, dzan atau waham. Kalau syak bererti percaya kita di
antara 50% ragu dan 50% percaya. Kalau dzan bererti percaya kita
lebih dari ragu seperti 75% percaya 25% ragu. Kalau waham pula
bererti ragu kita lebih dari percaya seperti 25% percaya 75% ragu.
Kemudian syarat yang ketiga dikatakan bersetentangan dengan yang
benar yakni selaras dengan yang sebenarnya. Ertinya setelah kita
meyakini sungguh-sungguh tentang adanya Allah, keyakinan itu mestilah
bersetentangan dengan yang sebenar. Dan syarat yang keempot ilah,
meti ada dalil.

Demikianlah 4 syarat yang mesti ada pada kita untuk mengesahkan
pengenalan kita kepada Allah S.WT. Yakin kita akan adanya Allah dan
keyakinan kita jtu pula adalah secara padu tanpa sebarang syak, dzan
atau waham. Seterusnya keyakinan yang padu itu pula mestilah
bersetentangan dengan yang sebenar serta cukup dengan keterangan-
keterangan atau dalil atau bukti walaupun secara ijmal atau secara
ringkas.

Dan kalau kita telah memiliki 4 syarat di atas tadi, maka kita
dikatakan telah mengenal Alldh secara akal. Maka sahlah aqidah yang
demikian. Apakah kita telah memiliki keempat-empat syarat itu? Kalau
sekiranya kita tidak mempunyai 4 syarat ini, bermakna kita belum.
mengenal Allah dan apabila kita belum mengenal Allah, apa yang kita
telah buat selama ini menjadi sia-sia belaka. Sia-sialah sembahyang
kita selama ini, sia-sialah puasa kita, sia-sialah haji kita, sia-
sialah perjuangan dan jihad kita dan sia-sialah apa saja amal bakti
kita selama ini kerana kita belum bagi benar-benar mengenal Allah
S.W.T.

Kerana itu amat perlu sekali kita ingat di sini bahawa kalau sekadar
di dalam diri kita ada rasa bertuhan, itu belum dikatakan beraqidah
atau beriman. lni adalah kerana rasa bertuhan itu adalah fitrah
semulajadi manusia. Ia samalah seperti rasa tahu susah, tahu senang,
ingin pandai, ingin bahagia dan sebagainya. lni semua dikatakan
fitrah atau tabiat semulajadi manusia. Hal-hal ini tidak perlu diajar
dan dipelajari kerana ia memang sedia ada. Umpamanya, kalau kita
mendapat sesuatu yang menyukakan, hati kita akan rasa terhibur.
Begitu jugalah kalau kita mendapat sakit, hati kita akan merasa
kesusahannya. Semua ini telah menjadi naluri manusia yang Allah
bekalkan bersama-sama tubuh kasar kita ini.

Semua manusia, tidak kira apa bangsa atau kaum, rasa bertuhan itu
memang sudah ada di dalam jiwa masing-masing. Hatta orang yang
berfahaman komunis pun ada rasa bentuhan di dalam jiwanya. Cuma
kerana orang komunis ilu, rasa marah kepada orang yang percaya kepada
Tuhan, mereka tidak mengakui adanya rasa itu di dalam jiwa mereka.

Jadi, kalau hanya ada rasa bertuhan di dalam diri kita, itu belum
cukup lagi untuk mengesahkan aqidah dan iman kalau sekiranya 4 syarat
tadi tidak ditempuhi. Bukti yang menunjukkan bahawa rasa bertuhan itu
adalah fitrah semulajadi manusia, cuba kita perhatikan apa firman
Allah S.W.T. di dalam sepotong ayat yang bermaksud berikut:

'Jika kamu bertanya kepada mereka (orang-orang kafir) siapakah yang
menjadikan langit dan bumi ini, nescaya mereka akan
menjawab, "Allah/ah"."
(Surah : )

Kita dapati di sini betapa orang-orang kafir pun mengakui adanya
Tuhan pencipta langit dan bumi ini tetapi mengapakah mereka masih
dianggap kafir? Ini adalah kerana pengakuan yang mereka buat itu
adalah pengakuan dan fitrah semulajadi mereka dan pengakuan ilu tidak
menempuh 4 syarat yang dikehendaki untuk mengesahkan aqidah dan iman.
Mungkin mereka percaya adanya Tuhan sekalian alam dan mereka yakini
kepercayaan itu sungguh-sungguh tetapi keyakinan mereka tidak
bersetentangan atau selaras dengan yang sebenanya.

Mereka menggambarkan Tuhan dengan berbagai-bagai rupa seperti ada
misai, ada kepala, ada belalai, ada janggut dan lain-lainnya. lni
bermakna, tidak bersetentangan dengan yang sebenar kerana Tuhan
sebenarya tidak demikian. Sebab itulah aqidah mereka tidak sah
walaupun rasa bertuhan itu sudah ada. Sebab itulah mereka tetap juga
dianggap kafir.

Begiiu juga kita ambil orang-orang Kristian sebagai contoh. Apakah
mereka tidak percaya kepada Tuhan? Jawabnya, mereka begitu percaya
adanya pencipta langit dan bumi ini, malah kepercayaan mereka begitu
padu dan kental. Tetapi mengapakah mereka tetap kafir? lni adalah
kerana kepercayaan mereka itu tidak bersetentangan daripada yang
sebenar. Tuhan yang sebenamya adalah Esa iaitu satu sahaja tetapi
bagi orang Kristian, mereka mengatakan Tuhan 3 atau yang mereka
sebut 'TRINITY". Pada mereka ada Tuhan bapa, ada Tuhan anak dan ada
Tuhan syurga. Apakah ini betul? Jawabnya tidak dan kerana itu orang-
orang Knstian itu tetap kafir kepada Allah walaupun mereka percaya
adanya Tuhan. Makrifah mereka kepada Allah tidak sah.

Seterusnya, begitu jugalah dengan orang yang bert'aqlid. Aqidahnya
atau imannya dikira tidak sah kerana dalil atau buktinya tidak ada.
Tadi telah kita katakan bahawa untuk mengesahkan aqidah mesti ada 4
syarat yang mana termasuk ada dalil dan bukti. Manakala orang yang
imannya t'aqlid, aqidahnya tidak sah kerana salah satu syarat yang 4
itu tidak ada.

Orang yang beriman t'aqlid sekadar percaya adanya Tuhan tetapi tidak
ada dalil dan keterangan. Dia tidak mempunyai hujjah secara ilmiah.
Kepercayaannya sekadar ikut-ikut saja. Oleh kerana ibu dan ayahnya
percaya ada Tuhan, dia pun percaya. Dia pernah dengar kawan-kawannya
menceritakan tentang adanya Tuhan yang menjadikan seluruh alam ini,
dia pun ikut percaya. Tetapi kalau kita tanya orang yang beriman
taqlid in bukti-bukti serta dalil-dalil tentang adanya Allah, dia
tidak dapat memberikan hujjahnya. Dia hanya percaya tetapi
kepercayaannya tidak berdasarkan dalil-dalil ilmiah. Maka itu,
imannya tidak sah. Daripada 4 syarat yang dikehendaki untuk
mengesahkan iman, satu danpada syaratnya kekurangan.

Kemudian, kalau sekiranya seseorang itu sudah mempunyai 4 syarat yang
dikehendaki untuk mengenal Allah, maka iman atau aqidahnya sudah
dianggap sah. Dia dikatakan sudah mengenal Allah berdasarkan ilmu
pengetahuan kerana selain daripada dia yakin, yakinnya pula adalah
padu serta bersetentangan pula dengan yang sebenar dan kemudian dia
ada dalil dan bukti. Tetapi amatlah perlu kita ingat di sini,
walaupun seseorang itu sudah dapat mengesahkan iman dan aqidahnya
kerana ia sudah menempuh 4 syarat yang dikehendaki itu, namun imannya
baru dikatakan mempunyai tapak.

Nisbahnya adalah seperti benih yang sudah ditanam di atas tanah yang
sesuai dengannya. Yang perlu ada selepas ilu ialah untuk
menyuburkannya supaya ia tumbuh dan membesar hingga ia berbuah. ini
adalah dengan menyiram benih itu setiap hari dengan air. Kemudian ia
diberi baja supaya bertambah subur dan tapaknya sentiasa digembur
supaya kekuatan akarnya bertambah kukuh dan kemas. Dan begitulah
dengan orang yang sudah mempunyai iman yang telah menempuh 4 syarat
untuk mengenal Allah tadi. Dia sudah mempunyai benih iman. Aqidahnya
sekadar sudah sah tetapi belum bererti yang aqidah itu sudah cukup
sempurna. lman itu perlu disuburkan dengan amal ibadah seperti
bersembahyang, berpuasa, berzakat, naik haji, berjuang dan berjihad,
bersedekah, berkorban, dengan mengikut segala perintah Allah dan
dengan menjauhi segala larangan Allah.

Segala-galanya itu adalah merupakan baja kepada iman supaya ia
menjadi subur dan sempurna. Ia juga adalah merupakan air yang untuk
menyuburkan iman. Tetapi di sebaliknya, kalau sekiranya benih iman
itu tidak ada, apakah dengan memberi baja serta menyiram air boleh
menyuburkannya? lbarat kalau di dalam tanah itu tidak ada benih,
apakah dengan kita menyiram air atau menabur baja, boleh mencambahkan
hingga menjadi pokok? Tentu mustahil kerana di dalam tanah itu tidak
ada benih, macam manalah pokok hendak tumbuh!

Samalah kalau iman belum bertapak disebabkan seseorang itu belum
mengenal Allah melalui 4 syarat tadi, bagaimana sembahyang boleh
menyuburkan iman? Begitu juga bagaimana berpuasa boleh menyuburkan
iman? Seterusnya bagaimana naik haji, berjuang dan berjihad serta
Iain-lainnya boleh menyuburkan iman? Bagaimana boleh ia subur
sedangkan asas atau tapak imannya tidak ada!

Ertinya, dia boleh bersembahyang, boleh berpuasa, boleh naik haji,
boleh berjuang dan berjihad serta boleh melakukan-segala amal bakti
tetap semuanya tidak dapat memberi kesan kepada imannya kerana ia
belum bertapak di dalam dirinya. Untuk iman hendak bertapak, kita
mesti mengenal Allah melalui 4 syarat itu, barulah iman kita
berbenih. Tetapi, apakah ia sudah cukup dan sempurna? Jawabnya,
tidak. Ia mesti disuburkan dengan bersembahyang, berpuasa, berzakat
naik haji dan membuat segala amal bakti yang lain.

Dengan demikian, iman kita akan menjadi sempurna hingga ia pergi
kepada iman ayyan atau iman orang soleh. Kemudian, manakala kita
usaha-usahakan lagi hingga menambah kesempurnaannya, maka ia boleh
dipertingkatkan hingga kepada iman haq dan iman haqiqah. Itulah yang
dikatakan kesempurnaan iman. Dengan sebab itulah kita katakan yang
kalau seseorang itu sudah mengenal Allah setelah menempuh 4 syarat
tadi, baru sah imannya. Tetapi imannya itu belum cukup sempurna. Dia
baru ada tapak iman atau dalam lain-lain perkataan, asas iman sudah
dimilikinya. Tetapi kalau asas iman, itu tidak disempurnakan dengan
amal ibadah, ia masih Iagi dalam golongan mukmin 'asi atau mukmin
yang masih melanggar perintah-penntah Allah. Dia tetap juga masuk
neraka kalau dosanya tidak diampun. Cuma tidak kekal di dalamnya
kerana aqidahnya sudah sah.

Kita perhatikan di dalam pengalaman hidup kita ini betapa orang-orang
yang sudah ada asas iman atau orang-orang yang pengenalannya dengan
Allah sudah sah kerana sudah menempuh 4 syarat tadi, sedangkan itupun
masih mukmin 'asi, betapalah kalau pengenalan kita kepada Allah tidak
sah langsung kerana tidak menempuh 4 syarat tadi. lbarat orang yang
sudah ada asas iman itu seperti benih yang sudah tertanam dan sudah
cambah. Tetapi cambahnya tidak sempurna kerana tidak cukup dibaja dan
disirami air hinggakan apabila ada yang cambah amat mudah dimakan
semut, ulat-ulat, siput babi dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
kerana tapaknya ada walaupun dijahanamkan oleh musuh namun ia ada
akar tunjang.


Betapalah kalau memang didapati yang benih tidak ada langsung. Jadi
dengan sebab itulah, bagi orang awam semacam kita ini pengenalan
dengan Allah secara ilmu dengan menempuh 4 syarat tadi mestilah
diusahakan Iebih dahulu. Bila pengenalan secara ilmu itu sudah ada,
ertinya benih iman sudah ada. Cuma yang hendak kita usahakan Iagi
ialah supaya ia berbatang, berdahan, berdaun serta berbuah. Dan
itulah dengan jalan membuat berbagai amal ibadah seperti
bersembahyang, berpuasa, naik haji serta lain-lain amal bakti samada
dengan mengerjakan yang disuruh yang fardhu dan yang sunat juga
dengan meninggalkan yang dilarang, yang haram dan yang makruh.

Dan inilah yang hendak kita jaga benar-benar dalam persoalan aqidah
ini supaya kita faham awal-awal agama itu ialah mengenal Allah. Kalau
tidak sia-sialah sahaja amal ibadah kita selama ini. Manakala telah
kita kenal Allah melalui 4 syarat tadi, jangan pula kita biarkan iman
itu tanpa dibaja dan disirami air supaya menjadi subur. Kalau
dibiarkan ia cambah sendiri, maka hasilnya adalah kurang subur, macam
pokok-pokok kering dan ketot-ketot. Kalau ada pun buahnya, buahnya
busuk-busuk. Inilah yang diibaratkan kepada mukmin 'asi yang di
akhirat kelak masuk neraka lebih dahulu.

Telah kita katakan bahawa untuk mengenal sifat-sifat Allah adalah
terbahagi kepada dua iaitu dalil ''aqli dan dalil naqli. Dalil ''aqli
ialah dalil akal atau dalil yang berdasarkan logik atau mantik atau
falsafah. Boleh juga kita katakan dalil ''aqli ini sebagai dalil yang
berdasarkan ilmu pengetahuan. Manakala dalil naqli ialah dalil yang
bersumberkan Al Quran dan Sunnah. Dalil-dalil ''aqli pula boleh kita
bahagikan kepada dua iaitu dalil secara ijmali dan dalil secara
tafsili. Dalil ijmali ialah dalil secara ringkas manakala dalil
tafsili ialah dalil secara terperinci atau secara terhurai.

Adapun dalil 'aqli yang secara ijmali atau secara ringkas,
kedudukannya adalah fardhu ain. Ertinya, setiap mukallaf adalah wajib
mengenal sifat-sifat Allah melalui dalil-dalil akal secara ijmali
atau secara ringkas. Ia tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada
orang lain. Cuma yang perlu kita ingat ialah bahawa dalil-dalil akal
secara ringkas ini tidak boleh membawa hujjah-hujjah kalau ada orang
yang mendatangkan hujjah-hujjah kepada kita. Dan ia juga tidak boleh
menolak perkara-perkara yang syubhat. Umpamanya, kalau ada nanti
orang yang membawa ajaran-ajaran yang karut atau ajaran yang salah
yang dicampur-adukkan dengan ajaran atau aqidah yang benar, kemudian
diajukannya kepada kita serta ditanyakan kepada kita, ketika itu kita
tidak ada daya upaya untuk menolaknya.

Kemudian yang dikatakan dalil akal secara tafsili ialah dalil-dali
yang panjang lebar, dalil-dalil yang luas serta detail. Adapun dalil-
dalil ''aqli secara detail ini, kedudukannya adalah fardhu kifayah.
Ia tidak dituntut kepada setiap mukallaf untuk mengetahuinya.
Ertinya, kalau ada satu kawasan yang sudah boleh kita lakukan
sembahyang qasar yang kita ambil salah satu khilafiah jarak yang
membolehkan sembahyang diqasar iaitu 48 batu, di dalam kawasan itu
kalau ada seorang saja yang tahu dalil akal yang secara panjang lebar
atau secara tafsili, maka dia telah melepaskan dosa setiap orang yang
mukallaf di kawasan itu. Kalau sekiranya di dalam kawasan itu ada
50,000 orong penduduk dan terdapat seorang yang tahu tentang dalil
akal secara tafsili tadi, maka semua 50,000 orang yang mukallaf itu
terlepas dari dosa di bidang itu. Tetapi kalau sekiranya daripada
50,000 orang di kawasan itu tidak ada seorang pun yang tahu tentang
dalil akal secara tafsili, maka selama belum adanya orang mengetahui,
maka selama itu seluruh yang mukallaf di situ berdosa di bidang
tersebut.

Dan begitu jugalah di dalam mendatangkan dalil naqli ke atas sifat-
sifat Allah, kedudukannya juga adalah fardhu kitayah. Ia bukan fardhu
ain. Jadi nampaknya dalam hal ini terdapaf kelonggaran dari Allah. Di
dalam mendatangkan dalil ''aqli secara ijmali atau secara ringkas-
ringkas, telah kita katakan yang kedudukannya adalah fardhu ain.
Tetapi bagi dalil naqli iaitu dalil yang bersumberkan Al Quran dan
Sunnah, dalil naqli secara ijmali pun tidak fardhu ain. Ia hanya
fardhu kifayah.

Di sinilah rahmat dan kasih sayang Allah kepada umat. Allah amat
mengetahui yang semua yang Islam ini bukan tahu tentang bahasa Arab.
Allah mengetahui yang orang yang masuk Islam bukan semuanya bangsa
Arab. Bangsa yang tidak tahu bahasa Arab itu dinamakan 'ajam. Kita
ini adalah termasuk golongan 'ajam kerana di dalam syarat hanya ada
dua bangsa sahaja iaitu Arab dan 'ajam. Luar daripada bangsa Arab,
itu dinamakan 'ajam. Dan bagi mereka yang 'ajam itu, Allah tahu yang
mereka itu amat susah hendak mengetahui Al Quran dan Sunnah iaitu
sudah menghafal hadis. Sebab itulah datang kemaafan dari Allah dan
meletakkan dalil naqli walaupun secara ijmali sebagai fardhu kifayah
saja.

Jadi tanggungjawab untuk mendatangkan dalil naqli ini terletak kepada
berbahasa Arab sahaja, terutama orang Arab. Kerana Al Quran dan Hadis
itu adalah bahasa mereka. Sebab itu bagi orang-orang Arab, semuanya
boleh dikatakan berupaya menghuraikan Hadis dan Al Quran. Malah orang-
orang Arab yang kaflr pun pandai tentang Al Quran dan Hadis.

Tetapi bagi orang-orang 'ajam seperti kita ini, memang susahlah
hendak menghafal Hadis dan Al Quran. Kalau boleh pun dengan bahasa
yang telor hingga hendak menyebut satu hadis atau ayat pun begitu
teruk sekali. Tetapi Allah tahu tentang orang 'ajam yang bilangan
mereka ini Iebih ramai Iagi daripada orang Arab. Ini memang benar
kerana di hari ini, Iebih ramai lagi orang 'ajam yang masuk Islam
danpada orang Arab. Ulama-ulama 'ajam adalah lebih ramai dan ulama-
ulama Arab sendiri. Ulama-ulama Arab hanya sebanyak bilangan jari
sahaja seperti Imam Syafie. Imam Ghazali adalah orang 'ajam, -bukan
orang Arab. Imam Hanafi, bukan orang Arab. lmam Hambali juga bukan
orang Arab. Begitu juga dengan ulama-u1arna dari Afrika, Russia,
Sepanyol dan lain-lainnya.

Bagaimanakah yang dikatakan dalil-dalil secara ijmali ke atas 20
sifat Allah S.W.T.? Katakanlah dalil secara ijmali ke atas sifat
wujud bagi Allah S.W.T. Secara ijmali, dalil-dalil yang menunjukkan
Allah itu wujud, memadailah dengan mengatakan bahawa buktinya ialah
adanya makhluk dan alam ini. Semua langit dan bumi serta segala yang
baharu ini adalah membuktikan bahawa adanya Tuhan yang mencipta.

Begitu juga, apakah dalil-dalil ijmali yang menunjukkan bahawa Allah
itu bersifat qidam? Cukup dan memadai jugalah kalau kita buktikan
sifat itu dengan menunjukkan kepada kejadian alam dan makhluk ini,
kepada kejadian Iangit dan bumi dan lain-lainnya.

Seterusnya, begitulah dengan sifat-sifat yang lain bagi Allah S.W.T.
AsaI sekadar kita dapat memberikan dalil-dalil dan bukti yang secara
ringkas demikian, maka pengenalan kita sudah dianggap sah. Oleh itu
sedikit sebanyak kita diwajibkan mempelajari dalil-dalil itu supaya
kita dapat memberikan hujjah-hujjah. Barulah kita tidak dihukum
secara berdosa. Tetapi, kalau sekadar dalil yang seringkas itu pun
kita tidak tahu, maka kita tetap berdosa. Kecualilah kalau mengikut
kata sesuatu hinggakan hari ini dia belajar esok dia lupa atau baru
sejam tadi dia mempelajari sifat Tuhan, tidak beberapa ketika lepas
itu dia lupa. Namun dia terus juga berusaha unluk belajar. Orang yang
semacam ini adalah dimaafkan oleh Allah S.W.T.

Tetapi kalau seseorang itu malas belajar serta tidak mahu hendak
mempelajari dalil-dalil untuk mengenal Allah S.W.T. melalui sifat-
sifat yang wajib bagi-Nya walaupun secara ijmali, maka orang yang
bert'aqlid seperti itu tidak sah imannya. Kalau mati, dia masuk
Neraka kekal abadi selama-Iamanya. lni adalah kerana dia mempunyai
akal fikiran yang baik serta lain-lain pancainderanya baik cuma dia
malas belajar dan tidak mahu Iangsung belajar.

Sedangkan perkara-perkara yang sulit-sulit, semua boleh diketahuinya.
Apa yang ada di dalam bumi, apa yang ada di dalam lautan serta apa
yang ada di dalam angkasa, semuaya dia tahu. Malah bila angin ribut
akan datang, bila hendak berlakunya gerhana dan lain-Iainnya semua
dia tahu. Dia juga tahu apa yang ada di dalam kayu, bagaimana
perangai binatang, perangai ular, perangai katak dan sebagainya,
semuanya diketahuinya yakni perkara-perkara yang sulit-sulit mengenai
sains dan teknologi hafal di kepalanya. Tetapi dengan Allah S.W.T.
dia tidak kenal. Dia tidak tahu dalil-dalil dan bukti ke atas sifat-
sifaf yang wajib bagi Allah S.W.T. walau pun secara ringkas-ringkas.
Orang yang seperti ini tidak akan lepas tanggungjawabnya kepada Allah
S.W.T.
Bagaimanakah yang dikatakan dalil-dalil naqli tentang sifat-sifat
Allah S.W.T. seperti tentang sifat wujud bagi Allah, sifat qidam bagi
Allah dan seterusnya? Di antaranya adalah seperti ayat-ayat yang
maksudnya di bawah:

"Katalah (Wahai Muhammad) Allah itu Esa."

Dalam ayat yang lain Allah menerangkan dengan maksudnya:

"Allahlah yang menjadikan kamu dan apa yang kamu buat."

Kemudian terang Allah lagi di dalam Al Quran, maksudnya;
"Allah itu maha mendengar lagi maha melihat."

Seterusnya di dalam ayat yang lain pula Allah berkata dengan
maksudnya:
"Allah itu maha mendengar lagi maha mengetahui.

Dalam ayat lain pula, maksudnya:

"Allah itu tidak berperrnulaan dan tidak berkesudahan.

Seterusnya Allah berkata lagi di dalam ayat yang lain maksudnya:

"Kekal zat Allah S. W.T. lagi mulianya."

Dan berfirman Allah bagi, bermaksud:

"Dan adalah Allah itu ke atas setiap suatu itu berkuasa."

Kata-Nya lagi di dalam ayat yang lain, maksudnya:

"Dan Tuhanmu itu men jadikan apa yang Dia mahu dan apa yang Dia
kehendaki."

Demikianlah beberapa sifat Al Quran yang menunjukkan dalil-dalil dan
bukti ke atas sifat-sifat Allah S.W.T. DaliI-dalil demikian itulah
yang dikatakan dalil naqli. Sumbernya adalah dari Al Quran.
Pengetahuan sebegini mesti dimiliki oleh seorang di dalam satu
kawasan musafatul qasar bagi melepaskan dosa penduduk-penduduk yang
ada di dalam kawasan itu menanggung dosa.



__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard