Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sikap tidak melawan Mohd. Isa bantu kurangkan tempoh hukuman


Senior

Status: Offline
Posts: 281
Date:
Sikap tidak melawan Mohd. Isa bantu kurangkan tempoh hukuman


Sikap tidak melawan Mohd. Isa bantu kurangkan tempoh hukuman

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD


KUALA LUMPUR 9 Okt. - UMNO tidak pernah melupakan jasa dan sikap tidak melawan bekas Naib Presiden parti, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang turut menjadi faktor membantu mengurangkan tempoh hukuman penggantungan keahliannya daripada enam kepada tiga tahun.


Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan Majlis Tertinggi (MT) yang diumumkan semalam sebagai terbaik selepas mengambil kira beberapa perkara.


``Itulah keputusan MT tetapi kedudukannya sebagai menteri kita serahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berhak membuat keputusan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.


Beliau mengulas keputusan kes rayuan Mohd. Isa yang diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang mengekalkan hukuman penggantungan keahlian Mohd. Isa walaupun mengurangkan hukuman enam tahun kepada tiga tahun.


Hukuman itu, yang dikenakan kerana terlibat dalam politik wang, berkuat kuasa 24 Jun lalu.


Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu juga dikehendaki melepaskan jawatannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan berikutan keputusan berkenaan yang menurut Najib, berdasarkan kelaziman.


Mohd. Isa, 56, sebelum ini digantung jawatan dan keahliannya selama dua penggal atau enam tahun kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin parti.


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, Mohd. Isa tidak pernah menimbulkan masalah selepas dijatuhkan hukuman dan sepanjang tempoh rayuannya.


Katanya, malah Mohd. Isa meminta penyokongnya supaya tidak membuat kekacauan.


Ditanya mengenai butir-butir rayuan Mohd. Isa yang dibincangkan oleh Panel Rayuan sebelum MT membuat keputusan, ujarnya: ``Kes rayuan beliau diputuskan oleh MT.''


Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tempoh perkhidmatan Mohd. Isa yang panjang dalam parti menjadi pengukur sebelum MT membuat keputusan tersebut.


Katanya, MT UMNO mengambil kira aspek itu dan akhirnya hukuman tersebut dikurangkan.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

kengkadang sikap lembut begini lah yg buat orang naik minyak pulak...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard