Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BEZA ANTAR MAT REMPIT DENGAN BLACK METAL


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:
BEZA ANTAR MAT REMPIT DENGAN BLACK METAL


sekadar utk renungan bersama...

Antara Black Metal dan Mat Rempit

Awal tahun ni pelbagai pihak; media, majlis agama, polis dan kerajaan telah berusaha untuk membendung gejala Black Metal. Pelbagai perkara telah dilakukan untuk menyamakan golongan peminat muzik keras (Black Metal, Underground, Indie dan suku sakat mereka) dengan raksasa Otromen yang pekerjaannya menjahanamkan bandaraya Tokyo setiap hujung minggu.

Apa yang telah golongan penggiat muzik keras lakukan?
Hanya bermain muzik yang dianggap sebagai agen budaya kuning dan agen syaitan.


Malang sekali sehingga ke hari ini masih tiada bukti kukuh yang golongan ini telah melakukan sesuatu yang mengancam keselamatan awam serta negara.

Berlainan pula dengan kes Mat Rempit.

Putera Umno telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendampingi golongan Mat Rempit ini termasuk dengan menukarkan nama Mat Rempit kepada Mat Cemerlang. Mereka berpendapat walaupun mereka selalu terlibat dalam lumba haram, tetapi mereka mempunyai bakat dalam pengurusan organisasi.

Walaupun begitu, Mat Rempitan ini semakin naik kepala. Tak cukup dengan membahayakan diri dan orang awam dengan aktiviti rempit mereka termasuk menjadi ahli akrobatik tak bertauliah mereka kini mula menyerang pihak polis dengan membaling mercun. Perlu diingatkan disini apabila mercun ketupat digabungkan dengan elemen lain, ia boleh menjadi hampir sama bahaya dengan bom tangan milik tentera.

Tetapi mereka masih lagi mahu cuba mendampingi dan mendidik golongan Mat Rempit ini. Kononnya mereka punya potensi yang boleh dipupuk untuk menjadi lebih positif.

Wujud diskriminasi disini.
Satu pihak hanya mahu bermain muzik tetapi diserang habis-habisan tanpa belas kasihan, semata-mata berfikiran lain dari orang lain. Aktiviti mereka tidak berunsurkan perkara yang membahayakan orang awam mahupun membahayakan pihak polis.

Satu lagi pihak telah buat perkara-perkara yang boleh meragut nyawa dengan cukup senang sampai mengancam dan mencabar institusi polis negara. Tetapi mereka masih dilayan dengan cukup baik (melainkan ketika ditangkap semasa merempit).

Kenapa perkara ini boleh berlaku?

Saya suspek jawapannya: bilangan undi.
Golongan underground/indie/Black Metal tak ramai, sedikit sahaja, tak cukup signifikan untuk menjana sokongan dalam pilihanraya nanti. Ini ditambah dengan pemikiran mereka yang agak radikal dan dilihat boleh mengancam karier politik pihak-pihak tertentu.

Golongan Mat Rempit pula boleh dikatakan golongan majoriti. Mereka pun tak ramai yang boleh berfikir secara bebas, kebanyakan mereka amat bagus dijadikan pengikut, maka mereka boleh dilihat dapat membantu mengukuhkan karier politik pihak-pihak tertentu.

Jika kita lihat dalam scene muzik underground / Indie (UG), kebanyakan mereka bersifat anarki yakni hidup berkelompok tanpa ketua, semua orang bertanggungjawab keatas komuniti masing-masing dan semua orang adalah ketua kepada dirinya sendiri. Mereka boleh bergerak solo dan boleh bekerjasama sebagai satu kelompok yang utuh, antaranya kerana mempunyai kolektif pengalaman yang lebih banyak. Jika dibandingkan struktur organisasi Mat Rempit dan arena underground, organisasi UG adalah jauh lebih utuh kerana mempunyai kemampuan untuk menduplikasi dan boleh membina arena/komuniti mereka sendiri tanpa bantuan pihak luar. Mereka juga boleh menjadi pengikut yang baik dalam masa yang sama, asalkan ia selari dengan apa-apa perkara yang mereka perjuangkan.

Apa yang telah kita saksikan tahap setiakawan dikalangan penggiat UG memang tak dapat dipertikaikan lagi. Semasa insiden tahun baru 2006, ramai antara mereka telah turun padang untuk membebaskan rakan-rakan mereka dari tahanan polis. Ini berbeza dari Mat Rempit, jika satu kemalangan yang lain-lain akan lari tambah lagi jika polis berada berhampiran. Ini yang telah banyak kali kami saksikan. Mungkin inilah yang dikatakan kawan semasa ketawa. Apakah ini boleh dijadikan contoh kepada masyarakat?

Jika kita lihat lebih mendalam lagi golongan UG selalu berusaha untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa lantas dalam masa yang sama membawa nama Malaysia bersama-sama mereka. Mereka akan menggunakan pelbagai media dalam memperkenalkan muzik mereka. Malah mereka dapat mengaplikasikan falsafah value for money dalam usaha tersebut. Dengan itu mereka dapat menjual CD lagu mereka dengan harga yang lebih murah dari CD syarikat ternama malah ada yang dapat menjualnya dengan harga setaraf dengan CD cetak rompak. Apalagi dengan kemajuan dalam internet seperti sistem P2P, mereka dapat menghantar muzik mereka tanpa membebankan pendengar mengeluarkan belanja.

Apa yang mereka telah lakukan disini telah berjaya mengkayakan kesenian kontemporari Malaysia. Jika kerajaan berusaha untuk mendampingi golongan UG ini, kita akan dapat menemui golongan pelapis yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, pengurusan, kesenian, falsafah dan pelbagai perkara lagi yang boleh dijadikan contoh kepada masyarakat umum tanpa perlu berhadapan dengan serangan mercun dan juga lontaran batu-batu kerikil.

TAMAT.///


Attachments
__________________


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 3
Date:

saya setuju sangat2 ngan saudara mizam....


__________________
dd7


Veteran

Status: Offline
Posts: 70
Date:

Saya pun sokong!!!Hidup Black Metal

__________________
ZUL...BLACK T.S ///TUNTUT SUMPAH


Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:

Pada saya Black Metal ke Mat Rempit ke langsung xde faedah..
Pergi mengaji@belajar jauh lebih baik..
Wallahua'lam...

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard