Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PENGGUGURAN ANAK


Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:
PENGGUGURAN ANAK


Subject: Pengguguran anak di Singapura (photos at the bottom)kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata...
Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura.

Pengguguran anak di Singapura.........Just to share reality
dunia skrg.
Kami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri
dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang
panjang,
kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini.
Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada
semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas
apa jua sebab dan alasan...Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi
telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.
Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur
tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan
bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan,
disembahyangkan(gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang
kubur di
Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan
suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.Namun
tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai
alasan....
Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai
Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat.
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan
Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut.



























__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard