KURSUS 2 JAM Di adakan secara tetap pada setiap selasa jam 9.00 malam (10.00 malam semasa Ramadhan) di Dewan Kuliah Unit R&D di Kajang. Sila print peta dan gambar lokasi dari Link galeri dan Peta Kajang di muka depan web kita.
Sijil rasmi dikeluarkan untuk mereka yang mengikuti kursus dengan penuh. Sijil ini juga menjadi syarat khas kelayakan bagi semua yang ingin menganggotai Taskforce Unit R&D, LATIHAN & PR Pekida Malaysia.
Dewan Berhawa dingin, lengkap dengan kelengkapan alat pandang dengar, bantuan mengajar dan jamuan ringan disediakan. Bayaran RM 20 untuk kursus dan RM 10 untuk sijil dikenakan sebagai menampung dana tabungan untuk pembiayaan program R&D, LATIHAN Pekida Malaysia.
Majlis pengambilan ahli baru juga diadakan untuk ahli baru yang ingin menyertai Pekida, sebaik saja mereka faham halatuju Pekida dan sanggup bersama sama dalam perjuangan.
Sekian harap maklum.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
saya dan rakan rakan seperjuangan yang lain mengalukan kedatangan rakan-rakan untuk mengikuti kursus kefahaman pekida ini..supaya yang mana kurang lagi kefahaman tentang pekida boleh tambahkan ilmu lagi dan kepada yang telah faham tentang pekida tambahkan lagi pengetahuan kita kerana dengan adanya ilmu yang kita perolehi..maka kelak dapat kita sampaikan kepada rakan-rakan kita yg lain di daerah/kawasan kita..
jika anda sudi berkunjung dan mengikuti kursus ini, kami di rnd sentiasa mengalukan kedatangan anda, disampaing kita menimba ilmu.. dapatlah kita beramah mesra dan merapatkan silaturrahim..
__________________
Rendahkan sedikit Keegoaanmu, perbaiki kematanganmu, perkemaskan ilmumu..Jadilah Orang yang Disegani..Bukannya Digeruni
Tepat sekali apa kata sniper03... pusat latihan di pejabat R&D telah menjadi tempat tumpuan adik beradik yang ingin meluaskan lagi kenalan dan menimba ilmu mendalami kefahaman yang hak tentang perjuangan dan pertubuhan ini.
Di samping itu, mereka yang memang ingin mencari-cari wadah untuk menabur bakti, kami menyediakan 10 biro atau kelab yang boleh dan layak dipilih untuk dianggotai oleh mereka yang telah memiliki sijil kursus Induksi sebagai anggota taskforce. Sama sama lah kita berkasih sayang sambil mengukur tugas yang kita laksanakan dalam program yang di atur. Barulah dapat kita merasakan kenikmatan kejayaan atau keperitan kegagalan program itu kerana kita terlibat secara lansung. Kalau menang , kita turut terima hadiah kerana kita adalah pemainnya, bukan penonton...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
untuk saya pergi ke kursus induksi ni.......perlukah saya membawa sekali borang keahlian yang telah disahkan oleh abg long kws/penyelia kws dan disokong oleh ayahanda beserta dgn yurannya sekali sebanyak rm33......adakah saya perlu mendaftarkan diri dari sekarang ataupun apabila saya smpai di R&D kajang nanti?
alangkah bahagianya jika pekida kita mempunyai suratkabarnye sendiri kan...jika jadi kenyataan, saya yakin satu mesia adik beradik kita beri sokongan apa jua bentuk program/kursus yang dianjurkan oleh R & D kita, selama ini, mungkin ramai adik beradik kita hanya tahu bersalam dan buah pelepas saja tapi apa itu perjuangan dan matlamat pekida blur terus. Hanya Ayahanda Tuan Syed Hussein dan Ayahanda2 lain selepas Bai'ah ada menerangkan apa pekida, perjuangan dan matlamat Fisabillillah ini.
Ada betulnya kata2 saudara tu.Saya rasa, perkara ini harus mendapat persetujuan/pandangan dari majoriti ranting..Saya minta maaf jika pendapat saya kurang dipersetujui.
Semoga kita semua sentiasa bermuafakat dalam apa jua keputusan dan tindakan yang kita ambil.Insya-Allah, akan berhasil. Sekian ///
bagaimanakah sekiranya saya ingin menyertai kursus induksi tersebut sedangkan saya bukan lah ahkli yang sah.. bolehkah saya mendaftarkan diri semasa menghadiri kursus tersebut atau perlaukan syarat lain dahulu sebelum menjadi ahli...
saya ingin mencadangkan agar kursus dilakukan setiap sabtu pertama atau ketiga kerana dapat memudahkan untuk ke kajang bagi mereka yang jauh .... saya sekarang berada dikuantan yang tempat menimba ilmu berkaitan pekida yang saya tahu hanyalah di kajang sahaja... saya berharap agar dapat diadakan pada setiap minggu pertam atau ketiga...
adakah sekiranya menjadi ahli sah dan tidak dapat menghadiri perjumpaan seperti kursus itu seseorang ahlli itu dikatakan tidak memberikan komitmen kepada pertubuhan..
siapakah yang perlu saya jumpa sekiranya telai sampai ker sg ramal kajang.. sekiranya disapa oleh ahli adik beradik dan tidak dapat menjawab soalan sudah tentu saya akan disisihkan.. bagaimanakah caranya sekiranya hal ini terjadi.
__________________
"JaNgan mAlU UsAha KeJaln ALLHA tEtapi MaLuLah JiKa TiaDa LanGsung Usaha KeJaLan Allah"