Kepada yang banyak sangat bercakap, atau suuukerrrrr sangat bercakap, saya rasa eloklah baca artikel ni. Hehehehe.. kadang-kadang kita ni tak sedar yang kita buat silap. Tak sangka sebab 'banyak bercakap' pun boleh jugak buat kita masuk neraka. Awas! Tapi tengok gaklah 'bercakap' yang macam mana.
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.
Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.
HIKMAH DIAM 1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah. 2. Perhiasan tanpa berhias. 3. Kehebatan tanpa kerajaan. 4. Benteng tanpa pagar. 5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang. 6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal. 7. Menutupi segala aib.
Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )
* "Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )
* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". ( Riwayat AT-TARMIZI )
Madah Dari Hukama:
* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.
* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH , TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
Saya meminta maaf jikalau artikel ini dan bahasa yang digunakan kasar di mata adik beradik yang lain. Apa yang baik datangnya dari Allah dan apa yang buruk datangnya dari saya.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Maksudnya: "Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka adalah dari golongan syahid (golongan umum), dan barangsiapa yang mati kerana mempertahankan diri dan nyawanya adalah dari golongan syahid, dan barangsiapa yang mati kerana mempertahankan agamanya maka adalah dari golongan syahid, dan barangsiapa yang mati kerana mempertahankan maruah keluarganya adalah dari golongan syahid." 'wallahu'aklam.
-kar3n-
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Diibarat macam tin biskut la, kalau tin tu kosong, dan saudara ketuk, macam mana bunyinya, tentu bunyinya bising kan, dan kalau tin tu penuh lak dengan biskut, cuba ketuk lak....kira berbunyi jugak, tapi tidak sebising ngan tin kosong tadi....
macam manusia jugak, kalau kita bercakap ngan ilmu penuh didada, maknanya kita tidak bercakap ngan sia-sia (cakap kosong) sekurang-kurangnya apa yang kita cakapkan tu, boleh bermanfaat kepada orang lain, dan sama juga disebalik nya, pada mereka yang tidak berilmu bercakap, hanya cakap kosong sahaja...
p/s : harap ditegur kalau ada kesilapan
AhLan WahSahLan
__________________
- Demi Agama -
Demi Bangsa - Demi
TanahAir - ahmadzaki@pekida.org
Biasanya orang yang banyak cakap, dan tanpa ilmu adalah orang yang tidak bertindak. Nabi suruh kita diam mulut tapi isi dada dengan ilmu dan gerakkan tangan dan kaki melangkah dan melakukan perubahan pada diri dan masyarakat...
Itu barulah diam ibadah... Lihat surah 61, As-saf ayat 2, 3 dan 4.
-- Edited by pekida at 12:36, 2004-10-26
-- Edited by pekida at 12:56, 2004-10-26
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Alhamdullilah dan saya amat bersetuju dengan pandangan Dr. Terima kasih kerana menerangkan dengan 'pendek' tetapi 'dalam' ( Keep it short and straight!! ).