Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: BERITA GEMPAQ - STESYEN RADIO TV PEKIDA


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
BERITA GEMPAQ - STESYEN RADIO TV PEKIDA


PIHAK R&D telah menjalin kerjasama dengan pengurusan Radio EWANA dalam usaha kerjasama dalam penyebaran maklumat serta hiburan untuk warga Pekida amnya dan anggota TASKFORCE R&D khasnya.


Ada 1001 cerita menarik di sebalik kerjasama ini yang akan saya terangkan lebih lanjut selepas ini. So jgn lepas peluang. Sebarkan maklumat ini seluas mungkin. Bagi mereka yang inginkan channel chatting, stesyen ini juga menyediakan channel tersebut. Kita boleh tumpang sama.


Sila Klick dan favouritekan channel ini ...



Yang berminat untuk melibatkan diri sebagai DJ Pekida R&D juga boleh kami LATIH. Yang paling menarik sekali ialah, stesyen ini bukan saja memutarkan lagu, malah juga menayangkan video seperti TV. Nanti sikit hari lagi, Insyaallah saya akan dapat behubung dengan anda secara on-line. Anda pula boleh berkomunikasi semasa saya menDJ melalui yahoo msg... HEBAT TUUU...


Tunggu maklumat selanjutnya ok...



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Radio eWana.FM


eWana.FM merupakan radio internet yang menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan audio, video dan elemen interaktif seperti internet chat, SMS dan Internet voice call. Teknologi ini memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada pendengar kerana tidak seperti radio kenvensional, pendengar eWana.FM boleh berinteraksi secara live dengan DJ bertugas.


eWana.FM disiarkan 24 jam sehari secara langsung dan rakaman. Sesiapa sahaja dengan akses internet dapat mendengar eWana.FM tanpa mengira waktu dan sempadan geografi. Pendengar hanya perlu melayari www.eWana.FM dan boleh berhibur dengan seleksi lagu-lagu, live video dan segmen yang disediakan.


eWana.FM menyediakan pelbagai segmen yang mencakupi topik Perniagaan, Hiburan, Gaya Hidup, Pendidikan, Sosial dan banyak lagi. Segmen ini disulami dengan muzik, wawancara, pertandingan, internet chat, internet voice call, fone call dan SMS menjadikan eWana.FM platform untuk menyebarkan mesej kepada massa.


Profile eWana


Ditubuhkan pada tahun 2001, EWANA TECHNOLOGY TRADING (0001288533-D) telah membuat pelbagai penyelidikan di dalam teknologi ‘streaming media’ melalui internet. Pada April 2004, NANO INTELLIGENT BROADCASTING SDN. BHD. (651826-T) telah ditubuhkan untuk mengembangkan lagi penyelidikan ini dan mengurus operasi radio internet eWana.FM. Radio ini disiarkan dari studio eWana.FM yang bertempat di Pandan Indah. Studio ini menempatkan konti, kemudahan penyiaran dan pejabat. Buat masa ini eWana.FM mempunyai 9 orang Deejay.


Profil Pendengar.


Pendengar eWana.FM terdiri dari berbagai kaum dan latarbelakang yang berbeza. Sasaran pendengar adalah terdiri dari golongan muda seperti pelajar dan pekerja yang mempunyai akses internet. Majoriti pendengar eWana.FM datang dari pelbagai tempat di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Brunei dan Singapura. Selain itu ramai juga pendengar dari Warga Malaysia di Luar Negara di seluruh dunia, terutamanya dari bumi Arab dan Eropah.


Setelah 5 bulan beroperasi, pendengar eWana.FM telah melebihi 3,000 orang sehari. Pertumbuhan pendengar eWana.FM juga menggalakkan iaitu sekitar 30% sebulan. Dengan publisiti dan strategi pemasaran baru yang lebih agresif, termasuk kerjasama pemasaran dan Pengurusan Penyiaran bersama Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam PEKIDA MALAYSIA (Sebuah NGO yang mempunyai rangkaian ahli bersekutu melebihi 5 juta orang), adalah dijangkakan pendengar eWana.FM akan bertambah dengan lebih cepat, iaitu melebihi 50 % sebulan. Tidak kurang dari 5,000 orang pendengar sehari dijangka dapat dicapai pada penghujung tahun ini.



Berikut adalah jangkaan pertumbuhan eWana.FM untuk 5 bulan berikutnya


Bulan             Jumlah Pendengar 
Oktober 04            3,000
November 04         3,900
Disember 04           5,070
Januari 05             7,600
Februari 05           11,000
Mac 05                16,500


Jika dilihat dari jangkaan pertumbuhan, sebelum penghujung tahun ini sahaja pendengar eWana.FM dianggarkan melebihi 5,000 orang sehari dan ini merupakan satu angka yang besar.


Ini merupakan satu peluang kepada mana-mana pihak untuk mengiklan dan memasarkan produk atau mewujudkan kesedaran jenama (brand awareness) melalui eWana.FM. Walaupun jumlah pendengar mungkin kecil jika dibandingkan dengan stesen radio konvensional, tetapi pendengar radio interaktif lebih setia dan cenderung untuk turut serta di dalam segmen yang diadakan. Penyertaan secara aktif dapat memberikan kesan lebih mendalam terhadap mesej yang ingin disampaikan. Selain daripada itu eWana.FM juga mempunyai komuniti pendengarnya sendiri. Ini adalah kekuatan sebenar di mana pendegar bebas menyuarakan pendapat dan berinteraksi sesama mereka.


Elemen Video secara lansung serta penyiaran hasil rakaman di dalam eWana.FM juga memberikan kesan yang lebih mendalam kepada pendengar. Dengan teknologi streaming video pendengar dapat melihat Deejay bertugas secara live dan disamping itu iklan juga boleh disiarkan. Ketika ini, eWana.FM menyediakan 4-5 tayangan yang berlainan dalam satu paparan. Di samping itu juga di sediakan ruang iklan berbentuk movie yang berterusan untuk tatapan umum.


Didalam jangkamasa panjang, eWana.FM merancang untuk ke udara melalui siaran radio FM. Perlaksanaan ini memerlukan perancangan rapi dan banyak persediaan perlu dilakukan.


Analisa persaingan.


Konsep radio internet adalah sesuatu yang baru di malaysia, dan buat masa sekarang tiada pesaing di dalam segmen pasaran ini. Walaupun trend sekarang menyaksikan banyak radio konvensional cuba memasukkan elemen interaktif di dalam rancangan mereka, namun eWana.FM mempunyai kelebihannya sendiri. Pendengar eWana.FM dapat berinteraksi secara live dengan dejay dalam bentuk teks, Audio dan Video.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Veteran

Status: Offline
Posts: 97
Date:

Dr ,


Memang Gempaq...syabass!!!



__________________
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

Alhamdulillah Fi Sabilillah...

__________________
-=Kita Insan Kerdil=-™ -=JUst Call Me Along=-® -=Ikut Resmi Padi,Makin Berisi Makin Tunduk=-


Guru

Status: Offline
Posts: 742
Date:

Assalamualaikum...///


Erm...bagusnya. Salah satu media penyaluran maklumat menjadi salah satu alat kita. MAkin berkesan penyebaran maklumat kebajikan dan dakwah Alhamdulillah.



__________________
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Alhamdulillah ...


dari sehari ke sehari ... makin lama makin maju ...






__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard