Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kandungan Buku Profail & Latar Belakang UNIT R&D


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:
Kandungan Buku Profail & Latar Belakang UNIT R&D


Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Unit R&D dengan lebih dalam, sejarah penubuhannya dan modus operandinya, sila klik http://www.pekida.org/isirnd.htm

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

PENDAHULUAN : PETIKAN BUKU PROFAIL R&D PEKIDA


Buku ini ditulis untuk memberikan gambaran jelas tentang penubuhan Unit R&D, Latihan & Perhubungan Awam Pekida Malaysia. Ini adalah kerana masih ramai yang tidak sedar akan penubuhan unit ini sejak pengambilalihan kepimpinan Baru Pekida Malaysia oleh YBhg Dato’ Dr Hj Muhd Fuad Bin Hj Ahmad. Bagi yang telah mengetahuinya pula masih tertanya-tanya apakah tujuan penubuhan, dan bagaimana Unit ini boleh membantu perjuangan menegakkan Agama, Bangsa dan Tanah Air.


 DALAM usha untuk membangun ummat, tidak ada yang boleh dilakukan dengan sambil lewa atau ala-kadar sahaja. Ia benar-benar memerlukan satu pasukan pekerja sepenuhmasa yang mantap, beridedikasi, berilmu dan bersatuhati untuk bekerja, bagi mengkaji, merancang dan melaksanakan program pembangunan tanpa mengenal erti jemu, letih dan penat.


 Bangsa Melayu Islam di Nusantara ini tidak boleh menipu diri sendiri, sama-sama melihat realiti kemunduran dan kelemahan bangsa dari pelbagai sudut, menidakkan tanggapan rendah orang lain terhadap kelompok bangsa dan agama ini di mata dunia. Lebih menyedihkan lagi apabila pandangan sinis itu datang dari anak bangsa sendiri, sehingga mereka sendiri tidak yakin terhadap kemampuan Bangsa ini untuk berurus niaga. Oleh itu satu usaha melahirkan anak bangsa yang bersemangat Jihad dalam setiap bidang amat diperlukan.


 Perkembangan ekuiti Melayu yang telah diperjuangkan sejak zaman berzaman, kelihatan sukar benar untuk bertambah dengan signifikan, walaupun pelbagai program, pelan perancangan dan bantuan diberikan oleh pihak kerajaan kepada Bangsa peribumi ini. Banyak bidang-bidang perniagaan tertentu, daripada peringkat pembuatan hingga peruncitan tidak lansung di ushakan oleh orang Melayu, walaupun bangsa ini merupakan pengguna terbesar yang berbelanja berbiliun Ringgit untuknya, seperti perniagaan tayar, aksessori kereta, talikomunikasi, barangan elektrik dan elektronik dan sebagainya. Di manakah silapnya…?


 Adakah kerajaan tidak serius membantu…? atau Melayu lemah dari segi pemikiran & kemampuan akal…? atau Melayu kurang kesedaran akan perkara ini, terlalu merasa selesa dan selamat kerana mereka berada di bumi sendiri, diperintah oleh anak bangsa mereka sendiri, merasa begitu yakin dan selesa sahingga tidak lagi mahu keluar mengundi pun…? Atau kerana tiada satu badan yang serius dan efektif yang dapat mengatur segala langkah untuk menyatukan Melayu bagi urusan tertentu…? Atau memang disebabkan oleh kesemua sekali faktor ini…?


Dalam usaha mengujudkan bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, kita tidak boleh lari dari berusaha mengubah haluan lama kepada haluan baru melalui satu kajian mendalam, latihan yang terfokus dan modus operandi pembangunan yang baru yang terpantau dan berkesan. Pendekatan dan dasar perlaksanaan Islam Hadhari wajib dilakukan, agar dapat melahirkan masyarakat Melayu Islam yang progresif dan berfikiran kelas satu. Jangan lagi kita biarkan kejumudan membelenggu pemikiran Melayu Islam ini.


 Atas kesedaran dan menyahut cabaran itulah maka Kepimpinan Pekida yang baru ini mengambil langkah berani mengujudkan satu unit Khas di bawah jabatan Presiden dan satu dari cabang  Naib Presiden yang di panggil Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam (PR).


 Unit ini ditubuhkan demi menyahut seruan dan cabaran YAB Perdana Menteri, Penaung Pekida Malaysia yang ingin Pekida mengatur langkah strategik untuk mengkaji masalah kebantutan pembangunan dalam pertubuhan yang sudah suku abad ditubuhkan dan mempunyai ahli berjuta orang ini, dan berusaha mengubah sikap dan haluan ahli melalui program Latihan yang berkesan sebagai persiapan melaksanakan program pembangunan yang teratur dan terpantau.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard