Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Hormatilah Ramadhan!!!!!
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:
Hormatilah Ramadhan!!!!!
Permalink Closed


Disini saya cuma ingin bertanyakan dimanakah letaknya kewarasan dan maruah seseorang itu? dimana akal dan fikiran seseorang itu? .....


Kerana .... dia merokok di pasar ramadhan ketika membeli juadah sedangkan masa untuk berbuka belum lagi tiba , di Melawati , pasar ramadhan , saya bersama rakan dari Gombak saja ke pasar ramadhan Di Melawati kerana ramai rakan memberitahu disana lebih "meriah" ...


Setibanya kami disana , setelah "Parking" moto , kami mula melihat kedai kedai yang menyajikan lauk yang pada saya ketika itu memang membuat rambang-mata, kerana terlampau banyak jenis,


Akan Tetapi , ...


Apabila berjalan sedikit ke depan , saya nampak seorang gadis bertudung bersama Pakwe , Balak atau apa lagi nama , Mungkin binatang kerana dia ternyata tanpa segan-silu merokok sedangkan jam di tangan cuma menunjukkan 6.25ptg, ternyata dia berwajah selamba seperti seluruh kawasan itu adalah bukan islam , apabila kami berselisih, seorang rakan saya dengan sengaja berkata-kata dengan harapan dia malu dan memadamkan rokok , kawan saya cakapdengan sedikit nada tinggi , " oi , agak-agak la , memang dosa kau tanggung sorang, abis asap kau tu , bau bangkai ".


Tapi ternyata orang ramai cuma memandang , tiada yang bersuara , jadi dia tetap dengan wajah selamba dia , jadi cuba Umat Sekalian berfikir sejenak ....


bagaimanakah keadaan ini boleh terjadi ?



__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:
Permalink Closed

Akum...


herm.. skang ni dah semacam lumrah hidup di ibu kota. takder sapa nak amik tahu. bila kita tegur, diorang akan kata jaga tepi kain sendiri... ada pulak yang kata minyak ngan air tak campur! payah memang payah. dunia dah akhir zaman... dulu dalam paper ngan ada satu majalah tu pun ada orang yang anggap dirinya pandai dalam bidang agama kata tudung tak wajib... seksa kubur takder... nauzubillah....


ada orang sembahyang tapi tak tutup aurat... ada orang puasa tapi tak bayar zakat.....


macam manalah kita nak capai harapan Islam Hadhari seperti yang diharap-harapkan oleh PM kita?


jelas sangat di sini, sensitiviti umat Islam di negara kita amat tipis. perlu ada penegasan dari pihak yang berkuasa... jangan setakat tangkap orang yang tak puasa tapi cuma bawa naik van jenazah, pas bayar denda.... selesai! kasi sebat sekali... baru diorang tau. hukum hakam tak boleh di bawa main. yang haram tetap haram...



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:
Permalink Closed

Memang itulah gambarannya kaum kita skrg ini...hukum hakam seolah tak membawa sebarang erti..selagi tak ditangkap oleh pihak berkuasa..selagi itulah kesedaran dan kepercayaan pada hukum hakam dipandang remeh...

__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:
Permalink Closed

quote:

Originally posted by: Am

"Disini saya cuma ingin bertanyakan dimanakah letaknya kewarasan dan maruah seseorang itu? dimana akal dan fikiran seseorang itu? ..... Kerana .... dia merokok di pasar ramadhan ketika membeli juadah sedangkan masa untuk berbuka belum lagi tiba , di Melawati , pasar ramadhan , saya bersama rakan dari Gombak saja ke pasar ramadhan Di Melawati kerana ramai rakan memberitahu disana lebih "meriah" ... Setibanya kami disana , setelah "Parking" moto , kami mula melihat kedai kedai yang menyajikan lauk yang pada saya ketika itu memang membuat rambang-mata, kerana terlampau banyak jenis, Akan Tetapi , ... Apabila berjalan sedikit ke depan , saya nampak seorang gadis bertudung bersama Pakwe , Balak atau apa lagi nama , Mungkin binatang kerana dia ternyata tanpa segan-silu merokok sedangkan jam di tangan cuma menunjukkan 6.25ptg, ternyata dia berwajah selamba seperti seluruh kawasan itu adalah bukan islam , apabila kami berselisih, seorang rakan saya dengan sengaja berkata-kata dengan harapan dia malu dan memadamkan rokok , kawan saya cakapdengan sedikit nada tinggi , " oi , agak-agak la , memang dosa kau tanggung sorang, abis asap kau tu , bau bangkai ". Tapi ternyata orang ramai cuma memandang , tiada yang bersuara , jadi dia tetap dengan wajah selamba dia , jadi cuba Umat Sekalian berfikir sejenak .... bagaimanakah keadaan ini boleh terjadi ?"


 


       Ada Sesiapa Dari Melawati ? Maaf , terpaksa set topic ni , melampau tu .....



__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif


Senior

Status: Offline
Posts: 121
Date:
Permalink Closed

assalamualaikum


er.. ntah˛ balak dia non muslim kot? maklumlah.. cina yg rupa melayu pun ramai, kristian yg muka melayu lagi la belambak.. tapi kalau btul dia Islam.. saya jg bangkang sekeras˛nya..



__________________
'''Dimana Bumi Dipijak, Disitu Langit Ku junjung'''


Senior

Status: Offline
Posts: 236
Date:
Permalink Closed

kira bro amik tindakan betul la, dengan menyindir bdk tu...tu yang saya sedih mengenai bangsa kita sekarang, yang akan melakukan perkara-perkara terkutuk dengan perasaan bangga, tanpa segan silu rang sekeliling......kita berdakwah mana yang termampu...

__________________
- Demi Agama - Demi Bangsa - Demi TanahAir -
ahmadzaki@pekida.org


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:
Permalink Closed

Assalammualaikum wbt///


Mungkin ada betul kata Saudara Yadi orang yang Saudara Am maksudkan bukan orang islam kot...ialah sekarang ni ramai gadis melayukan suka berpasangan dengan bangsa asing(nampak majmuk kata mereka)...kalau betul mamat tu islam dia takan buat macam tu punya(dia suka ke naik van mayat)...


-wasalam///-



__________________
9:20 14:24 16:41 16:78 29:49 7:179 24:1 75:16 29:49 4:59


Veteran

Status: Offline
Posts: 36
Date:
Permalink Closed

ntah2 orang sabah sarawak...


kuang ajaq tu..



__________________
crank


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:
Permalink Closed

salam bersua, jalinan persaudaraaan. akum semua. bg sy isu yg saudara Am usulkan ini hanya buat tambah dosa, pahala makin kurang (dosa kering cakap org utara). bkn kerna apa, hal yg sedemikian memang ada penah terjadi di tmpt sy di sini. mungkin saudara Am dan kawannya hanya melihat dari mata kasar, yakni tidak selidiki semula. kalau ya pun, dah nak dekat berbuka, dia pi makan dll,memang mangkaq ubi lah budak tu. tak logik langsungkan. kalau sy, sy trais dulu mana tau kot bkn muslim ( non-muslim) seperti mana sedara2 yg cakap tadi. itu semua kena amik hal, kerana boleh kurang pahala dan rugi seharian berpuasa. jadi, minta saudara Am, teliti dlm hal ini. memang semua manusia rambut sama hitam, hati lain2. kalau saudara Am nak tegor, sy nak bg cadangan tegurlah manusia yg ada bertunggang-langgang minum2 dan goyang2 di disko, pub, bar dan sebagainya. Setau sy, masih menjadi2 lagi pusat hiburan ketika bulan RAmadhan ini. itu yg betul. tambah2 lagi dah nak dekat aidul fitri dan malam lailatur qadar yg kita carikan ini. harap saudara Am dpt penjelasan dari sy. mohon maaf. wallahuaklam.

-- Edited by car_r3nt at 14:29, 2004-11-09

__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"


Veteran

Status: Offline
Posts: 28
Date:
Permalink Closed

adakah anda pasti yang merokok itu seorang islam? sekiranya anda pasti anda sebagai saudara sesama islam HARUS menegur orang itu, bukankah nabi sudah berpesan kepada kita tolong menolong antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama? =)

__________________
Amar Makruf Nahi Mungkar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard