Pekida telah diberi kepercayaan oleh Celcom untuk menguruskan program Roadshow celcom di The Store, PD, N.S.
Program telah berjalan dengan baik selama 3 hari bermula 5-7 November 04 dan telah diterima baik oleh pihak pengurusan Event Manager Celcom, En. Kenny dan En. Zul. Ramai Keluarga Pekida dari NS, Melaka dan KL turut hadir selama tiga hari berturut2, terutamanya di sebelah malam. Sambil beramah mesra, berkenal kenal, kami berdialog, menyampaikan misi dan vissi Pekida dan wakil daerah mengutarakan masalah daerah masing masing bagi mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua.
Pihak R&D turut membiayai jamuan buka puasa selama 3 malam berturut-turut, khusus untuk santapan keluarga Pekida dan petugas Celcom di tapak expo. Di samping itu, kami juga membuat 2 perjumpaan silatulrahim pada malam sebelumnya dalam majlis jamuan ringkas dengan seluruh keluarga Pekida PD.
Kepada semua yang terlibat, kami ucapkan jutaan terima kasih.
Raya nie cadang nak bincang ngan Cikgu Adli & Abg Pian di Batu Kurau utk cadang nak jemput Dr Mas & pihak R & D buat ceramah di sana..pepehal nanti saya hello (tpon) Dr. Mas..
menjulang kasih, mengobar sayang. askum, kekanda2ku, ayahnda2 dan sesaudara seperjuangan sekelian. menarik dan meriah betul sambutan di sana. sy harap dapatlah kiranya kekanda dr.masjuki dtg ke balah utara (penang @ seb. prai) bg memeriahkan perjuangan harmoni ini. Harap dpt kekanda dr. mas pertimbangkan. kami di sini sangat2 mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran di sana. Insayaallah, perbincangan yg terapi akan di usulkan dan jawapan akan di balas kembali. salam sayang, pengubat rindu kami keluarga sy di sini.
-adinda anas, prai-
-- Edited by car_r3nt at 17:11, 2004-11-09
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Meriahnyer... mesti syiokkan... Bila Pekida Bahagian Kepong/Selayang nak anjurkan majlis seperti ini juga? kalau tiada tempat...saya boleh sediakan tempat....