Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Chat Room #PekidaMalaysia ( iRC webnet server )


Veteran

Status: Offline
Posts: 28
Date:
Chat Room #PekidaMalaysia ( iRC webnet server )


Seperti Yang Telah Saya Utarakan Sebelum Wujudnya Forum Baru Ini.. Saya Bagi Pihak Pengurusan #PekidaMalaysia (webnet) Telah Memberitahu Terlebih Dahulu Tentang Kewujudan Chat Room Ini.Dan Saya Telah Memberitahu Sekiranya Ada Diantara Sudara-saudara Sekalian Yang Ingin Membantah Atau Memberi Cadangan Supaya Menghantar Email Kepada Saya Di Pekida@Linux.com.my


Perlu Diingatkan Bahawa Chat Room Tersebut Bukanlah Chat Room Haram Dan.. Pemantauan Telah Dibuat Dari Masa Ke Masa..Bagi Pihak Pengurusan www.pekida.org Tidak Perlu Risau Akan Room ini


Dan Chaters-Chaters Di Room Tersebut Tidak Memberitahu Namanya, Ayahandanya, Pengapit Kanan Dan Kirinya.. Cuma Sekadar Bertanya Dari Manakah Ranting Mereka Yang Berkenaan


-ChanServ- *** #PekidaMalaysia is Amar Makruf Nahi Mungkar
-
-ChanServ- Founder      : Pekima (Pekima@newtimescmb.lk)
-
-ChanServ- Registered   : 08/24/04 16:28:30 GMT
-
-ChanServ- Last Opping  : 11/10/04 18:58:40 GMT
-
-ChanServ- Last Topic   : 3,3 30 8,8 30 4,4 30  Amar Makruf Nahi Mungkar 12Berita Terkini 4: KEPADA ORG RAMAI YANG INGIN MENYERTAI PERTUBUHAN INI BOLEH MEMBACA SYARAT-SYARAT DI http://blog.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.view&blogID=7360098&friendID=2002938&Mytoken=20041104220644 Lawati www.pekida.org Tahniah Kepada AOP Baru Cantona7 (Pekima)
-
-ChanServ- ModeLock     : +rt
-
-ChanServ- Options      : ModeLock, OpGuard, Founder TopicLock
-
-ChanServ- MemoLevel    : UOp
-
-ChanServ- Web Page URL : www.Pekida.org

-ChanServ- *** End of info ***



__________________
Amar Makruf Nahi Mungkar


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Saya hargai keinginan anda untuk mengujudkan ruang chat itu. Permohonan telah diutarakan melalui ruang forum dan jawapan dengan alasan penolakan atau penangguhan itu telah kami utarakan di ruang yg sama. sila baca semula maklum balas dari saya.


Saya telah menerima banyak rungutan dan komplain tentang itu. Harus di ingat, Pekida bukan satu pertubuhan yg mudah di urus, kita tertakluk kepada arahan, pemerhatian dari pihak luar dan dalam. Hukuman kepada keingkaran dan kerusakan yg kita buat ke atas pertubuhan ini adalah amat berat.


Saya di jemput dan telah masuk dalam ruang chat itu. minit pertama saya masuk saya sudah lihat bahasa bahasa kesat yg menggambarkan kerendahan moral ahli di ruang itu. Saya cuba tegur seorang chatter yang bernama Khayrol dan beliau telah memutar belitkan fakta, menuduh yg saya menyamar dll. saya beri nombor talipun untuk di beliau sahkan. saya di kick beberapa kali dan akhirnya di ban terus. Itu akhlak yg terbit dari ruangan itu. Tak tau lah saya ketika saya tidak masuk.


Maklumat tentang isi perjuangan dari pihak R&D kepada individu, yg seharusnya menjadi rahsia dan bersifat peribadi seperti sesiapa yg nak masuk pekida telah anda paparkan TANPA IZIN kami. Nama saya dan pembantu co-ordinator pekida.org, serta alamat Web rasmi www.pekida.org telah dikaitkan secara rasmi tanpa izin. Ini boleh memberikan gambaran yang saya merestui ruangan itu.


Harus di ingat, keujudan laman web ini adalah dengan arahan Dato' Presiden dengan syarat syarat yang amat ketat. Penyelenggara projek sebegini harus diberikan kursus khas, telah memilikki sijil kursus induksi dan lanjutan, agar dapat meneliti do and don'ts semasa merekabentuk dan mengurus projek. Silap langkah, buruk padahnya.


Forum boleh di terima kerana segala transaksi di lock dan boleh di semak. Ruang chat yang berbentuk private melalui YM boleh di adakan, seperti yg diusahakan oleh Karin dari Penang. Ia hanya mengizinkan ahli yg berdaftar dgn moderator saja di jemput. Tetapi tidak dengan chat terbuka yg begitu ghairah sebegini., Tanda lah nasihat saya ini. Dalam sedikit masa lagi, ianya akan menjadi satu masalah yang AMAT BERAT UTK KITA TANGGUNG jika kamu tidak menghentikannya dengan serta merta.


Apa pun, saya katakan tadi, saya hargai kesungguhan dan usaha kamu dan saya nasihatkan, jika kamu usahakannya untuk Pekida, pasti nya kamu tidak ada masalah utk menutupnya untuk kepentingan dan keselamatan Pekida yang kamu dokong. Call saya atau jumpa saya untuk saya berikan penjelasan lebih lanjut. Biar sesuatu yang kita usahakan mempunyai asas yang kukuh, penerimaan dan penghargaan yang kukuh.


Selamat hari raya. Maaf zahir batin dari kami.


DR HJ MASJUKI.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:


Seperkara lagi yang agak sensitif ialah tentang campur aduk Pekima...


Arahan Pak Lah, melalui Dato' Fuad ialah agar pertubuhan jihad di negara ini disatukan dalam Pekida, dan beliau mahu hanya satu saja Pekida. Laman web ini di ujudkan untuk Pekida, tertakluk kepada peraturan ROS, peruntukan undang undang cyber, sensitiviti ahli pertubuhan dan lain lain lagi. Kami rasa tidak sesuai sekali kamu kaitkan kami dengan Pekima dalam urusan ini.


Harap ambil maklum.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Veteran

Status: Offline
Posts: 28
Date:

Baru saya paham dengan jelas tentang penolakan/bantahan yang telah dr masjuki nyatakan ini. dengan ini saya berharap dr. masjuki memberi no phone dr. supaya senang saya menghubungi dr. segala kesilapan amat di kesali (sila hantar no phone tersebut di Pekida@Linux.com.my)


sekian terima kasih dan selamat hari raya maaf zahir dan batin



__________________
Amar Makruf Nahi Mungkar


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:

assalamualaikum....


sebelum tue saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua ahli pekida serta ahli2 unit R&D...ok...apa yang di bincangkan tentang chat room di webnet...bagi saya chat romm tak seberapa elok..kerana tiada pemantauan dari segi keselamatan untuk penubuhan kita ini...apa yang saya tau lagi di dalam itu mengeluarkan iklan atau mempromot syarat2 ingin memasuki penubuhan kita ini tanpa meminta izin kepada pejabat pusat...selain itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengarah pusat R&D kerana menyediakan kursus induksi...ia memang mendapat manfaat untuk kita serta ahli2 pekida yang lain untuk mendapat kefahaman tepat tentang penubuhan kita ini...bukan itu sahaja.banyak laie yang kita dapat pengajaran apabila mengikuti kursus ini..itu saja lah..saya mengalu alukan kedatangan abang2 adik2 yang lain supaya dapat bersama mengikuti kursus ini...belah la dada.tanya lah iman..


sekian


|||Klang|||



__________________
"WoKeY JeR"


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

Saya amat hagai kerjasama yang diberikan. Begitulah kerjasama dari keluarga kita, dan itulah yang membuatkan saya masih senang menjalankan tugas ini walaupun penat yang tidak terhingga.


Cukuplah kesukaran, keletihan yang saya hadapi untuk membangunkan semua ini, harap janganlah ada lagi yang tersilap dan menambahkan bebanan saya yang sememangnya sedang menjadi bahan tohmahan kepada mereka yang merasa iri dan sakit hati, yang sememangnya senantiasa pandai dan banyak bercakap, suka mentomah dan mencaci cerca terhadap yang lain, walaupun sedar selama ini masih tidak dapat berbuat apa apa untuk pembangunan Pekida, Melayu dan Islam.


Nombor saya masih sama dgn apa yang dipaparkan di laman alamat di web utama.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:
RE: Chat Room #PekidaMalaysia ( iRC webnet server


Assalamualaikum,

Telah saya katakan dahulu, # irc sememangnya sukar untuk dikawal apatah lagi sekiranya @ops pun 2 x 5 dengan users dalam channel. Di harap @ops lebih tegas didalam mengendalikan #, supaya yang samar dapat di jelaskan, dan penjelasan yang diberi haruslah sahih.

Pertubuhan kita ni memang agak rumit sebenarnya, jadi janganlah dirumitkan lagi dan janganlah muntahkan semuanya sekiranya ada yang bukan ahli disekeliling kita. Medium yang saudara pilih utk berjihad adalah baik tetapi saudara lihatlah sendiri akan akibatnya.

Kepada saudara PEKIDA MALAYSIA, saya ingin sekali agar # dapat dikawal sebaik mungkin, bukan apa nanti org luar masuk tengok cara ahli kita berchatting tidak mengambarkan lansung P.E.K.I.D.A!!! lagi 1, bot ka orang yang dok jaga #sek, #syaitan tu kalau boleh tak payah la dok jaga juga #pekida kita. Orang PEKIDA dok dalam #sek, #sekmelayu ... SUBHANALLAH!!!



-- Edited by betara at 22:56, 2004-11-13

__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
ash


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
RE: Chat Room #PekidaMalaysia ( iRC webnet server )


Assalamualaikum wbt...


Saya setuju benar dgn kata2 oleh saudara betara itu....


Wassallam...



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 53
Date:

assallamualaikum...


sebelum tue..saya mintak maaf jika penerangan yang saya beri nie..mungkin menyakitkan hati bagi mane mane pihak..walau pon saya..masih baru dan bukan ahli ...oleh itu saya saran...untuk tuan founder channel pekidamalaysia di server webchat.org supaya mendropkan atau menutup terus..kerana terlalu ramai orang luar yang sesuka hati masuk dan saya amat menyokong dari apa saudara betara..ucapkan.. bukan kita hendak menunjuk tetapi..sendri mau fikirkan.. sekian terima kasih



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 28
Date:
Mode Lock Baru #PekidaMalaysia webnet server


* Now talking in #pekidamalaysia
* Topic is ' 30  30  30  Amar Makruf Nahi Mungkar Berita Terkini :-ChanServ- The ModeLock option for #PekidaMalaysia has now been set to +rcsmR. Channel ini akan di restrict on tidak lama lagi


-Room ini tidak lama lagi akan di set ke restrict on ( cuma user yang mempunyai access yang  telah di beri dibenarkan masuk).


-Mlock +R = user yang telah register nickname sahaja yang dibenarkan masuk 


-Mlock +m = user yang telah diberi +v oleh operator yang betugas sahaja yang boleh bersembang di main channel


-Mlock +s = channel secret key ( hanya orang yang tahu kewujudan channel ini sahaja yang boleh masuk channel ini )


-Mlock +c = pengunaan sebarang control codes tidak dibenarkan di channel ini


Dengan setup modelock yang baru ini kesulitan yang dialami oleh channel ini akan mengalami pengurangan


Sekian


Assalamualaikum


 



__________________
Amar Makruf Nahi Mungkar


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:
salam perjuangan utk perantau sekelian...


salam perjuangan utk sesaudaraku peratau2 sekelian. salam di sambut, ukwah di sahut. assalamualaikum kekanda2ku, ayahnda2ku, sesaudaraku seperjuangan dan salam minal ainil wal faaizin utk semua. seperti yg kita sedia maklum, usaha dari saudara pekida malaysia adalah bagus utk perjuangan kita. tapi, ia akan di salah gunakan oleh individu2 yg kurang peka mengnai pertubuhan ini sekiranya tersasar jauh. seperti kekanda dr. masjuki maklumkan, memang akan ada keburukan yg akan menimpa dlm IRc ini. kerana pengalaman yg sudah telah membawa erti pada sy dan moterator2 yg lain. bukan sy mahu menolak dakwaan saudara pekida melaysia dlm pembikinan chat room dlm IRc. tapi, memang akan ada segenap kalangan masyarakat ( melayu kebanyakkan) akan memandang serong pada perjuangan kita yg murni ini. bila di salah ertikan, akan timbul masalah maki hamun, cerca mencerca dan lain2 lagi yg buruk adanya seperti kenkanda dr,masjuki alami. wahai saudara pekida malaysia, niat anda murni dan baik utk perjuangan, tetapi bukan di sini (di IRc) kerana ramai anak muda yg handal disini yg bermacam2 ragam dan aksi secara hustler. ( hackers, booters, dan sebagainya). jadi, pesanan sy semuga saudara pekida malaysia kembali balik kpd perjuangan asal utk PEKIDA Msia kita. yakni, berpegang teguh pada junjungan kita, ikrar dan lafaz serta ikat SUMPAH kita. sy bukan bermaksud utk BLEAM saudara, tetapi utk kebaikkan bersama. kerana dlm IRc macam2 boleh terjadi dan berlaku. silap hari bulan pc rosak, badan sakit dan akal rosot. maafkan sy kerana bercakap secara kasar sedikit utk saudara pekida malaysia. Tetapi, sekiranya saudara teraasa maafkan sy. buat masa sekarang chat room dlm Yahoo msnger dlm proses kemaskini. hanya yg asli kita gunakn merujuk kpd kekanda dr.masjuki semula. maafkan sy sekali lagi. salam perjuangan utk semua.

-- Edited by car_r3nt at 14:54, 2004-11-19

-- Edited by car_r3nt at 14:56, 2004-11-19

__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"


Senior

Status: Offline
Posts: 452
Date:
RE: Chat Room #PekidaMalaysia ( iRC webnet server )


assalamualaikum....


betui kata car_r3nt tue...membuat sesuatu hendaklah mengikut arahan atau keizinan serta pedoman....jikalau tiada pertunjuk apa yang kita buat akan menjadi masalah...ikut dasar arahan dan dasar keizinan...insyaAllah ia akan berjaya...sekian wassalam///


assalamualaikum


|||Klang|||



-- Edited by noc graffin at 01:33, 2004-11-21

__________________
"WoKeY JeR"


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:

hmm...ramai jugak saya kenal melalui IRC ni...IRC ini mmg ada kebaikannya..cuma kadangkala kita tersalah gunakannya...

__________________
|||BATU|||


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Setuju benor ngan kata car3nt pakar it untuk rnd.


 


BARISAN TASFFORCE RND UTARA



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard