Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple'


Senior

Status: Offline
Posts: 425
Date:
apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple'


artikel ini saya perolehi dari email..harap sama-sama kita renungkan...


apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':
1) seronok (dpt fitnah)
2) seronok (dpt dosa)
3) seronok (dpt geng dgn syaitan)
4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)
5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..
6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)
7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)


8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)
9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... )
10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..
hasil drpd pengalaman/pemerhatian/analisa/kajian saya terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;
1) byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak.
2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah.. pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..
3) sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyahan islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...
4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..
5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..
6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhu suasana.
7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...
8) haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..
9) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu...
10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati...

alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:
Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih)

1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .
2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...

__________________
|||BATU|||


Senior

Status: Offline
Posts: 489
Date:

Assalamualaikum ..

Satu artikel yang pedas dan best .. cayalah elie .. teruskan ..

__________________
~~~@|||Andy|||@~~~


Veteran

Status: Offline
Posts: 79
Date:

bercinta lepas kahwin lagi banyak manfaat.......


saya selepas putus cinta nie, banyak jugak perkara yang baru saya belajar, memula dulu tu kecewa jugak sampai tahap nak menonggeng tapi bila saya cuba memuhasabah diri saya, barulah saya mengerti kenapa perpisahan ini melanda pada saya dan sekarang saya dah boleh menerima hakikat dan kenyataan. bagi saya tiada guna bercinta sebelum kahwin tapi kalau takat berkawan tu tak kisahlah tapi jangan menjalinkan hubungan cinta...


Kerana cinta kita manusia boleh rosak dan kerana cinta juga kita boleh bahagia dunia dan akhirat....


sekarang apabila ada orang nak kenal dengan saya dan menjalinkan hubungan cinta dengan saya, saya akan mengatakan pada mereka "kenalilah diri anda dahulu sebelum mengenali diri saya dan carilah saya didalam terang".



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

ialah cinta itu buta... untuk Saudara BajuPutih awat sedih sangat jangan duk kecewa dunia nikan luas lagi ...saya dulu bukan nak katalah bab duk nak mengurat ni memang hancur bab bercinta nikan 10 kali duk bercinta tapi hampas asyik duk kena tinggal je...almaklumlah sibuk kerja duk nak cari duit nak nikahlah katakan...alhamdulillah...lah ni saya dah nikah selamat dah...untuk hak yang mana belum nikah tu kalau nak pilih biarlah orang perempuan yang kita duk pilih tu hati budinya dapat memahami kita...setia pada kita, yang taat pada kita(jangan pulak kita ambil kesempatan),yang pandai hal-hal rumahtangga dan agama,dan faham tentang perjuangan kita///(jangan tipu depa dah lah)... 

__________________
9:20 14:24 16:41 16:78 29:49 7:179 24:1 75:16 29:49 4:59


Veteran

Status: Offline
Posts: 79
Date:

Terima Kasih Saudara Azany. Bagi Saya, Buat Masa Nie Saya Nak Berehat Dahulu Dan Nak Utamakan Keluarga Serta Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Saya. Tak Terfikir Lagi Nak Menjalinkan Hubungan Cinta Dengan Sesiapa. Buat Masa Nie Kerja Simpan Duit Untuk Bekalan Masa Depan. Mana Tau Jodohkan Ada Dimana-Mana...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:
cantek punya atikal...


salam hormat dan salam manis utk semua rakan seperjuangan sekelian.

cantekkk punya atikal eli, naik segan & malu plak rasanya saya ni.

whatever, thanx are lots eli.





-- Edited by car_r3nt at 15:32, 2004-12-06

__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"


Senior

Status: Offline
Posts: 255
Date:
RE: apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple'


Assalamualaikum,wuiyooo,thank's Bro.Elie..artikel tu baguih betuiii....

__________________
salam perjuangan...


Senior

Status: Offline
Posts: 200
Date:

yup.. btol kata saudara elie 2.. tp ramai reaja skarang ni kata cinta itu buta.. buta sampai x nampak halal haram... trus bawak awek masuk bilik dan x pikir apa akibatnya.. thanx for your artikel.. sedikit sebanyak ia dapat memberi pengajaran kepada anak2 muda zaman skarang.. respect rr..




__________________
Amal Makruf Nahyil Mungkar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard