Saya mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih diatas kesudiaan rakan-rakan web pekida khususnya ke majlis kursus induksi yang diadakan malam semalam(selasa malam rabu)..ramai yang hadir termasuk saudara-saudara baru yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarga pekida...dari pertemuan semalam..saya berharap dapatlah kita berkenal-kenalan dengan lebih akrab dan rapat..dari rakan web menjadi sahabat baik...
terasa seronok dapat berjumpa...sebab selalunya kita hanya berforum tetapi tidak bersua..insyallah jika ada kelapangan masa..mungkin kita boleh berkumpul lagi nanti....
semoga anda mendapat ilmu yang manfaat daripada kursus semalam..
terima kasih..
[mengantuk nie kat ofis..]heheeheh
__________________
Rendahkan sedikit Keegoaanmu, perbaiki kematanganmu, perkemaskan ilmumu..Jadilah Orang yang Disegani..Bukannya Digeruni
waalikum salam saudara sniper/// ese pun ngantok gak ni tak cukup tido hehe insyaalah mmg banyak ilmu yang diperolehi.... sememang kita dituntut untuk menimba dan mengamalkan ilmu sejak dari lahir kedunia hingga keliang lahat..
ALHAMDULILLAH...akhirnya ALLAH SWT mempertemukan kita di R&D Kajang harap-harap kemesraan dan keakraban semalam tidak berakhir begitu saja moga berkekalanlah dan bertambah rapat lagi...insya ALLAH jika ada keizian-NYA dan kelapangan...dalam masa terdekat ini saya dan saudara -saudara seperjuangan saya akan turun lagi untuk menimba ilmu dan insya ALLAH dapat jadi insan yang berguna dunia dan akhirat... TERIMA KASIH SEMUA///
W'salam..kul 4 pagi baru tido semlm...tapi badan tetap fresh...mata jer tak baper fresh...ekeke...sonok semlm dapat jumpa pihak R & D & saudara sejunjung/sehalaman semalam...kini dah kenal saudara betara, noariffin, andy, sniper, nurul (takajuitt den..sangka nurul nie lelaki..rupo eh pompuan...santek amat..!! ekek).....emm sia lie yerk..??..teramat rugi jika ada yang tidak mengambil peluang hadir kursus ini...asasnya ada rahsia tersirat & tersurat mengenai perjuangan kita terjawab...utk itu, selepas ini sama2 lah kita kempen mengajak saudara kita yg lain mengambil peluang ini....insyaAllah panjang umur & sihat badan kita akan berjumpa lagi...so jagalah diri & kesihatan bebaik ya..
assalamualaikum...selamat pagi suma, eh dah tengahari la..hehe' mamai lagi ni. Apa pun terima kasih saya kepada abag-abang suma dan saudara yg hadir semalam ... cantikkan?
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
w'salam & selamat juga betara...ekeke...mmg cantik kursus semlm...rugi amat sia-siakan peluang hadir kursus ni..sonok dapat kenal member2 forum..amie bagio dari melaka pun turun dgn bas..gitulah pengorbanan kan..rasanye lepas2 nie ramai member2 forum akan hadir kursus Induksi nie..
a ah bang betara.. semalam program mmg cantik.. tambah lak masa tu den duduk saff depan sekali, dah tu nurul lak duduk kat sebelah kiri ekeke maaf semua harap tak tersinggung .. hajat nak bergurau senda meriah kan suasana.... tahniah bang Dr masjuki.. renungan mata dan tutur kata lunak lembut penuh ketegasan... berbekas teguran didalam hati.. terima kasih saudara saudara semua///
Puihhhh ... ramai betul urang awak sito.... sokampuong... sudao laie...
Apa pun... lega dan bangga sekali melihat generasi pelapis ini memainkan peranan. Ayahanda turut merasa lega melihat ahli forum yang kacak dan handsom... hebat hebat berhimpun untuk menimba ilmu... inilah satu titik mula yang akan terus di tarik untuk melukis satu imej dan arca bari perjuangan agama bangsa dan tanah air ini... tiada siapa lagi yang akan diharapkan...
Tahniah sekali lagi, dan abang mewakili pengurusan rnd mohon berbanyak maaf kerana majlis berjalan terlalu panjang dan terputus putus untuk menyesuaikan keadaan. Bagi paduka ayahanda, nasihat mu akan tersemat di hati dan kehadiranmu dalam keadaan letih lesu di tengah malam menunjukkan sokongan padu mu mewakili dato' presiden meraikan ahli forum yang dahagakan ilmu ini...
Jelas terserlah kehebatan kalian... dan kalian lah harapan nusa... Harap dapat di teruskan dan tidak sekadar hangat taik ayam jer... teruskan melawat dan berkerabat. Jika anda hanya datang sekali, tiada lagi kekerabatan, sedangkan yang lain terus berjuanga berjalan... BUT' bila anda tertinggal, maka KERABAT... hanya tinggal KERA... dan sumbang lah anda yang menyendiri dan tidor. Kerana ada sesuatu yg indah untuk anda jadikan perhiasan, iaitu ilmu perjuangan yang akan mencantikkan hasil perjuangan ini. Jika anda rosakkan atau buang bunga itu, maka jadilah anda k*** yang dapat bunga.
jadilah lebah yang tidak pernah melupakan sarangnya walau ke mana saja ia terbang mencari madu bunga. Apa yang diperolehi semua di bawa pulang ke sarang dan diproses oleh jemaahnya sebelum dijadikan satu campuran yang masak dan lengkap sebagai madu lebah.
Renunglahhhh... jangan lak lupa lagu keretapi kita... jadikan ia lagu nasihat yang menusuk dan menyedarkan kita semua.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Gambar gambar kenangan sepanjang raya pertama sampai sekarang tak dapat di load kerana pejabat rnd ada sedikit masalah dengan talian internet dan server web kita. Insyaallah yg lain akan dapat melihatnya sebaik saja kami dapat atasi masalah ini.
Lepas majlis raya dgn paklah nanti, kami akan buka kaunter di central market lrt stesyen. siapa saja boleh lepak dan beramah mesra di sana. Pekida pro event menagement di amanahkan mengujudkan pelbagai acara tanpa bayaran di sana. jadi siapa yg cadang nak atur majlis boleh guna kan kami di sana. Sekurang kurangnya boleh kita tumpang sama. Call saya utk lebih lanjut.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
yesssszaaaaa...di sini saya ingin mengucapkan berterima kasih kerana saudara2 sekalain dapat meluangkan masa menghadiri kursus induksi semalam..kami di R&D juga berasa bangga kerana saudara sekalian bersama-sama bersekang mata sehingga kursus induksi tamat...di harap segala pengorbanan saudara ekan mendapat hikmahnya...
kepada abg batu kurau ..nick saya noc graffin bukannye no ariffin....kekekekekee ok jerr
dr mas pun urang awak ke...tak sangko lak..ekekek...pada malam tu saya rasa bertuah dapat mendengar ceramah dari penceramah yg mempunyai Phd, kalau bukan kita sadarao..tak mampu nak bayar kos ceramah kordinator Phd ini...Allah swt saja yg dapat membalas budi baik mu dr mas...!!! tak sabar nunggu kaunter kita buka di central market..saudara noc graffin >> maaf yaa...ekeke
Assalamualaikum pada Kekanda dan adik beradik semua.... mmg betul kata Kanda Mas...tiap kali kursus, ianya ada pengisian nya yang tersendiri.....terkejut Ucuk bila start start kursus, Kanda bukak lagu Ketapi lak...bukan apa...sebab sebelum nih ucuk pi..tak dak pon....syabas Kanda Mas..Buat Kanda2x yang lain...seronok rasanya dapat jumpa anda semua......memacam leh disembangkan.....buat adinda yang baru lahir....Ucuk harap...ingat dan amati apa yang dilafaz malam tuh...jadikan pedoman sampai bebila......
- dari Dinda Ucuk yang tengah berusaha mencari suit hitam untuk jumpa lagi adik beradik rnd sabtu nih insyaallah -
assalamualikum, undai bang masjuki cakap minang awak, cam iko la abang den, ramah dan tegas orangnya, bang masjuki den ni pun nak usaha buat pakaian tu.. boleh join saudara saudara/// nanti segak tampan bergaya sama sekeretapi sama arah tujuan.. bang betara kek bangi ket sek baper? sedara sebelah mak den ramai gak kat situ, tapi lamo tak poyi.. kalo poyi pun dengan mak abah jer sebab tak rapat tak biasa... saudara ucuk, saya malam tu rasa bertuah first time datang dapat dengar ceramah bang masjuki, yang istimewa dapat berjumpa paduka ayah dan sama sama pula dapat saksi kan adik adik baru "berikrar" bersama sama... syukur alhamdulillah
eden anak jati n9..tapi den tak tau cakap minang der...sobab den kan nyo org minang..apo nak di buek kan..apo2 pun malam hari tue macam gathering forum pulakkan..semuo hardcore2 datang hah..sampai habih hah air korang sapu..kekekekekek
Apo pun... bahgio la warghih smuoo... urang awak...
Jangan bawa sifat perkauman sudahlaaa... sebab tujuan kita berkursus dan beraktiviti di rnd ialah untuk bersatu hati... dari suku suku yang allah jadikan ini... ingat kan firman allah malam itu...
Noc graffin... apo lak eko sobut sobut pasal air wagrhih eko minum lak... baguih la tuhhhh... kalau tak habihg ko sodihhh yo kakak ko ponek ponek buek air tuhhh...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
ekek.. a ah benar bang masjuki memang kita sudah ditakdir untuk bertemu dan bersama sama didalam saff ini... ekeke.. noc elok tu air kosong.. den pun masih kosong lagi ekeke masih zero
Assalamualaikum... alamak macam mana saya boleh tak tahu ni... alahai alangkah ruginyaa...rugi betul laa... ingatkan baru cadang2 Insya Allah 28/12 ni nak kesana bersama ahli2 yg lain.. boleh tak Dr...saya dah sebar2 kan perkara ni di kawasan saya...dan nampaknya ramai yang berminat untuk turut serta... sebelum itu...saya ada pertanyaan sedikit DR...adakah dibukakan keahlian untuk kaum wanita...jika ada bolehkah dia sertai untuk kursus ini...
buat pengetahuan saudara auraputih memang ada pengambilan untuk ahli wanita...seeloknya saudara auraputih haruslah membawa mereka (wanita) mengikuti kursus induksi terlebih dahulu..sememangnya lagi kami telah pun mempunyai ketua biro putri & wanita PEKIDA di unit R&D ini iaitu Cik Nurul Fatihah...Kami di Unit R&D memang mengalu-alukan kehadiran putri atau wanita seramai mungkin untuk mengikuti kursus induksi kefahaman asas PEKIDA ini..
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Cik Nurul Fatihah:012- 355 3583
Malam itu sememangnya hari yang sungguh bertuah buat saya kerana dapat bersama dengan adik beradik yang VETERAN di Internet nie .. he he .. dahlah Abg Mas suruh duduk depan sekali ( betul betul depan Abg Maslah !! ) mau tak apa yang diterangkan oleh Abg Mas "masuk" sedalam dalamnya !!
Seronik dapat bersua dengan Abg. Batu Kurau, Zerofill, Amir, Betara, Ucuk, Noc Arrifin, Sniper_03, Nurul ( he he! ) dan adik beradik lain disana .. Dapat jugak bersua dengan Ayah dan melihat upacara baiah setelah sekian lama tak berpeluang menyaksikannya .. melihat adik adik baru yang baru di sembelih mengingatkan saya pulak semasa saya di sembelih !! ( Menggigil tu ! ) he he .. alangkah bertuah nya mereka dapat di baiah beramai ramai ( takdelah takut sangat kan ) .. saya dulu sorang je .. mau tak gigil !! he he !!
Disini saya berharap agar mereka yang belum mengikuti kursus .. supaya cepat cepat kanlah hajat anda semua .. tak rugi papepun .. dapat tambah ilmu pengetahuan, dapat berkenalan dan paling best sekali .. dapat MAKAN !! he he !! ( gurau je ) Semoga dimaafkan apa yang telah saya tulis ini jika ianya menyinggungkan perasaan sesetengah pihak ..
hehe saudara andy mmg seronok malam tu tapi den ni agak pendiam tak berapa pandai nak sembang hanya sesekali mencelah... sama la kita andy.. den pun sorang gak, seram sejuk den dibuat oleh abang batu kurau masa janji setia ekekek malam selasa ni insyaalah den turun lagi.. muga dapat berjumpa saudara saudara semua di R & D....
Kita berhubung sekian lama, mengenali baru saja... tapi kemesraan dan keikhlasan terpahat bisa... terserlah ketika persiapan majlis raya wilayah... kamera mahal andy jadi mangsa... kami trasa hiba kerna hujan lebat melanda... takut takut rusak kamera mahal pula...
Buat saudara amir yang berusaha meyakin kan andy... abang puji juga... sumbangan pelbagai bentuk dari ahli yg telah faham dan berkasih sayang ini adalah anugerah dan hadiah besar buat kanda.... walau tak tidur lansung berhari hari lamanya... sepertimana yang dilihat oleh dinda semua... biar kanda sakit tak mengapa... tak sampai hati lihat dinda semua bersengkang mata... satu persatu kanda tanya... bila anda nak ambil giliran untuk lena... takut esuk tak leh turun padang pula...
mereka pun tertanya tanya... apa kerja kanda mengaju soalan itu pula... sedang kanda sendiri berhempas pulas menyiapkan kerja... hingga selesai majlis itu lagaknya...
Ohhhh indah sungguh kasih sayang ini... indah sungguh perjuangan ini, ditemani adik adik yang amat memahami... ikhlas menyumbang bakti... hingga melupakan kesihatan diri...
Mohon maaf dari kanda untuk semua, salam dari paduka YAB PAK LAH , SERTA PADUKA AYAHANDA DATO' FUAD... jasa anda semua tak akan dilupa...
sayang dari kami... buat dinda semuanya...
SELAMAT HARI RAYA... DIAKHIR SYAWAL INI, MAAF ZAHIR BATIN.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
sungguh terharu saya apa yang Dr.kata itu...bagi saya biar lah keletihan sekali pun...berat sama di pikul ringan sama di jinjing....walau apa pun saya akan sentiasa berkerja keras memastikan suatu hari nanti Unit R&D ini cemerlang gemilang dan terbilang...tidak cukup sekadar mengata keiklasan sahaja...kita harus buktikan keikhlas yang kita ungkapkan itu...buatlah sesuatu,lakukan lah sesuatu.