Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika ia sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung, di layar perak, di kaca tv begitu cantik dan gemerlapan pun boleh jadi akan kelihatan sederhana dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang tercinta itu : Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya. Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan
anda. Pengorbanan yang kadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah
kenapa selau sahaja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata : "betapa lelahnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah itu? Untuk siapa dia berlelah-lelah? Tidak lain adalah kita. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, abang, adik, anak, dan sahabat yang telah melalui hari-hari suka dan duka bersama kita. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan hari mereka; orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, selama-lamanya.....
If you can touch it and you can see it, it's REAL. If you can touch it but you can't see it, it's TRANSPARENT. If you can't touch it but you can see it, it's VIRTUAL. If you can't touch it and you can't see it, it's GONE.
benar saudara nor graffin.... jarang sekali kita perhati kan wajah wajah kesayangan dari dekat, wajah wajah yang mendidik dan membesar kan kita yang meberi kasih sayang tak berbelah bagi dalam memelihara kita.... dari dulu hingga sekarang.. walau pun kita sudah lewat usia, emak ayah tetap menganggap kita seperti anak anak kecil yang perlu mereka didik, bila dirumah orang tua saya paling lewat tidur.. hati ini tak akan senang selagi tak dapat melihat emak ayah lena berbaring.. setelah memerhati mereka seketika dan melihat dada mereka berombak bernafas baru saya masuk tidur... bila sudah punyai anak anak sendiri baru tau bagai mana rasa kasih pada cahaya mata sendiri...... begitu la agak nya mereka semasa membesar kan kita, demi anak anak mereka tak kan tidur melelap kan mata tidak sanggup mengizin kan walau seekor nyamuk pun menggit tubuh kecil kita..... tapi jarang sekali kita mau mengingati saat saat itu... sememang nya masa itu kita terlalu kerdil untuk memahami. Dahulu mereka lah panglima gagah yang melindungi kita, namun tubuh tubuh perkasa itu semakin hari semakin lemah seiring dengan pertambahan usia, kini tiba giliran kita pula menjaga mereka... sayangilah mereka, hormati pandangan mereka... jangan kecilkan hati mereka dalam apa jua keadaan.. sempurna kan hak hak mereka... kita pasti akan terasa sangat bila mereka tiada, bila tiba masa nya mereka tetap akan meninggal kan kita...... muga Allah merahmati emak ayah, semoga emak ayah sejahtera di dunia dan di akhirat......amin..
Kenyataan diatas membuat hati saya betul˛ tersentuh dan menitiskan air mata. Ibu Bapa banyak mengorbankan harta dan nyawa demi anak˛nya tetapi ada anak˛ yang masih tidak mempedulikan ibu bapa mereka. Ada anak˛ yang sanggup menghantarkan ibu bapa mereka ke rumah orang˛ tua kerana dah tak sanggup lagi menjaga mereka. kadang˛ kerana terlalu mengikut kata isteri, ibu bapa sanggup diabaikan dan kerana mengikut kata˛ suami pula ibu bapa juga sanggup diabaikan dan tidak dipedulikan langsung kebajikan mereka. ibu bapa mampu menjaga sepuluh orang anak˛ mereka tetapi anak˛ tak mampu untuk menjaga ibu bapa mereka yang dua orang sahaja. fikirkanlah. satu hari nanti kita semua pasti akan merasai usia tua dan waktu itu kepada anak˛ yang pernah mengabaikan ibu bapa mereka akan menerima balasan yang sama pula dari anak˛ mereka. itulah hukuman Allah kepada mereka yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak kepada ibu bapa mereka. walau sejahat mana ibu bapa kita dan walau seburuk mana ibu bapa kita, mereka tetap ibu bapa kita selamanya. janganlah diabaikan ibu bapa kita. selagi ibu bapa kita masih ada di dunia ini, berbaktilah kepada mereka sebelum terlambat.