PEKIDA menyokong kepimpinan Barisan Nasional. Siapa mereka? Benarkah pertubuhan Melayu tidak berdaftar itu di terajui oleh Pak Lah wartawan umno-reform.com 07-04-2004
Mungkin kain rentang di beberapa tempat semasa pilihan raya tidak di sedari oleh kita milik satu pertubuhan tidak berdaftar yang di katakan bernaung di bawah Perdana Menteri Malaysia - Pak Lah. Kain rentang itu memaparkan slogan PEKIDA menyokong Barisan Nasional, menyebabkan saya cuba untuk mengetahui apa dan siapa mereka sebenarnya dalam PEKIDA?
Di katakan PEKIDA adalah kumpulan orang - orang Melayu yang mengaku adik beradik dan mengangkat sumpah mengenai hubungan antara mereka. Mereka akan membantu sesama adik beradik dan di katakan mampu melakukan apa saja atas dasar adik beradik. Mereka juga di katakan tidak teragak - agak untuk mengambil undang - undang di atas tangan mereka sendiri dan melakukan hukuman yang di rasakan sesuai ke atas pesalah yang telah melakukan kesalahan ke atas adik beradik mereka sendiri.
Menemu ramah salah seorang anggota PEKIDA benar - benar mengkagumkan kami. Mereka se olah -olah mafia Melayu yang mempunyai pelbagai isyarat untuk pelbagai keadaan. Mereka akan membela adik - beradik sehingga sanggup ke tahap mengambil risiko bertaruh nyawa sekali pun. Di aktakan asal PEKIDA adalah murni tetapi kini PEKIDA menyimpang jauh sehingga ada yang mengatakan bahawa PEKIDA terbabit dalam isu Kampung Medan dan ramai antara mereka di katakan menjadi gerak gempur untuk UMNO.
Siapa di belakang mereka?
Di maklumkan kepada kami bahawa ayahanda PEKIDA adalah YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi sendiri. Mereka bernaung di bawah Ayahanda tersebut dan kumpulan mereka mempunyai kepimpinan lain berbentuk satu Majlis yang di dokong oleh mereka yang telah di beri gelaran Tok Ayah. Sungguhpun arah tuju PEKIDA amat menarik namun di beritakan bahawa mereka kini terbabit dalam pelbagai kegiatan yang di luar peruntukan undang - undang. Di katakan antara perkara - perkara yang di lakukan menyimpang dari peruntukan perundangan dan kini mereka di gunakan untuk sokongan politik khususnya UMNO. Sekali lagi mereka ini di terajui oleh Pak Lah. Beberapa ahli UMNO juga telah membuat pengakuan tersebut - Pak Lah adalah ayahanda PEKIDA.
PEKIDA dan UMNO
Di beritakan pertubuhan haram Melayu ini tidak lagi menuruti agenda asal penubuhan mereka. Penyimpangan mula berlaku bila mereka sebenarnya kini berpolitik dan ahli - ahli mereka sudah mula mengambil langkah menyokong UMNO kerana ayahanda mereka adalah Pak Lah. PEKIDA yang di katakan kini mempunyai sokongan ratusan ribu orang - orang Melayu bertindak sebagai satu kumpulan haram yang di terajui oleh Pak Lah bagi memastikan kemenangan UMNO. Apakah penyakit MAFIA sudah ada dalam arus masyarakat Melayu. Siapa yang membiaknya : Apakah Pak Lah yang menerajui pertubuhan haram tersebut. Pak Lah di saran mengasingkan diri dari pertubuhan tersebut
Melihat kegiatan PEKIDA sekarang ini - menurut orang yang memberi keterangan - PEKIDA kini mementingkan imbuhan dari prinsip. Anak - anak muda kelihatan amat ghairah berpayung di bawah PEKIDA yang dapat membantu mereka di kala susah nanti. Di katakan juga PEKIDA mempunyai pelbagai aktiviti haram termasuk kumpulan yang menjadi kaki pukul dan banyak sindikit lain.
Apakah Pak Lah mahu menafikan peranan beliau dalam PEKIDA?
Saya juga berharap pihak polis tidak terikut - ikut dengan PEKIDA dan menjalankan penyiasatan mereka mengenai pertubuhan tersebut. Namun dengan Pak Lah menerajui Polis Di raja Malaysia maka penglibatan Pak Lah dalam PEKIDA tidak akan terselengkor dan berita ini di katakan fitnah semata - mata. Namun ramai yang tahu - Pak Lah mengetuai satu kumpulan harap Melayu - ia itu PEKIDA
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
seperti yg sy sedia maklum,pekara sudah lama hendak sy bertanyakn kepada yg lebih BERHAK menjawab/ menjelaskn mengenai artikal ini. tetapi, bila dah tenggelam hari demi hari, sy pun alpa mengenai atikal ini. sy dengan rendah diri, hamba yg hina lagi doif ini, BESARnya hajat pohon kekanda dr.masjuki bagi memberi pendapat/ perkatakan mengenai ARTIKAL dari sumber web unmo-reform ini kerana jika di baca dan diselidiki ianya akan menjadi ISU panas utk seisi keluarga dlm perjuangan kita ini. minta kekanda dr.mas jelaskan. harap maklum. wallahuklam.
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
sengaja kanda izinkan artikel ini, agar dinda semua komen... di hujung nanti baru kanda ulas... ingin melihat sejauh mana sahsiah dinda semua dalam menangani dakyah ini...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Apa yang diperkatakan oleh penulis dalam artikalnya adalah menyimpang dan tidak benar dan kurangnya pemahaman penulis tentang PEKIDA dan hanya mendengar sebelah pihak atau khabar angin atau ada niat dan kepentingan politik penulis (contoh tulisan ini Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia)...kan melambangkan kepentigan diri,riak dan cuba menabur fitnah...PEKIDA sebuah pertubuhan berdaftar(ROC) dan setiap ahli mempunyai kad ahli yang mana nama setiap ahli ada di KDN,BUKIT AMAN dan IPP DAERAH jadi takkan lah pertubuhan mafia pulak...(sayapun tak nak join)...
PEKIDA sebuah pertubuhan berdaftar(ROC) dan setiap ahli mempunyai kad ahli yang mana nama setiap ahli ada di KDN,BUKIT AMAN dan IPP DAERAH jadi takkan lah pertubuhan mafia pulak...(sayapun tak nak join)... saya kurang jelas mengenai coretan kekanda azany ini. Boleh terangkan detail sedikit? * memang dah lama perkara atikel ini dah berlaku. sy terbaca atikel creator umno-reform ini ketika selepas kempen PILIHAN RAYA yg BN menang BESAR dlm pertarungan merebut UNDI dahulu. cuma ketika itu, sy tidak ada tmpat utk bertanya dan tiada siapa yg berhak mengUTARAkan hal ini. Banyak lagi atikel dan berita yg sy baca dan terima mengenai hal berkaitan benda buah mulut benak fikiran jahat dan kotor dakyah gelong pemikiran KOLOT oleh sesetengah masyarakat. Cuma, sy kurang berani tampilkan, tetapi sekiranya kekanda dr.mas mahukan atikal itu boleh sy berikan jika mahu. sy pahon maaf atas kesulitan ini. salam kasih sayang penghubung wadah perjuangan bersama. wallahuklam.
-- Edited by car_r3nt at 10:06, 2004-12-14
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
SALAM , Kepada yang dah reti berjalan yang telah membuka mata walau sedikit. Buangkanlah kafir anda dari mereka. Nyata -nyata . Bumi anda adalah dimana anda berpijak. Tak nampak atau buta sahaja yang tidak tahu bukankah kerajaan Allah yang paling kuat. adakah kerajaan Allah itu lemah. KERAJAAN LANGIT DAN BUMI
assalamualikum, saya ingin sertakan sekali alamat url ini, kerana artikel di situ terlalu panjang untuk saya muat kan diruangan ini, http://ca.msnusers.com/DEMOKRAT/shoebox.msnw ruangan ini dikendalikan oleh abang Naseron Hj Ismail, didalam nya ada disertakan banyak topic semasa berkaitan kita semua/// masih terngiang nasihat abang masjuki dimalam kursus induksi yang lepas, jangan kita cepat melenting melatah, kita perlu mepersiap siaga kan diri kita semua, tunjuk kan kemurnian perjuangan ini, perbetulkan tekat dan niat suci kita semua nya semata mata kerana Allah s.w.t, kita berjanji setia dibawah pohon, perbetulkan hala tuju kita, perbetulkan tanggapan mereka dengan menunjukkan serta mengamalkan sifat sifat yang terpuji supaya kalau pun mereka tak takut tapi mereka segan dengan kehadiran kita...
bang masjuki dan saudara saudara/// semua, sekira nya coretan saya salah, saya mohon ampun dan maaf, tegur la jika saya bersalah assalamualikum
Masyaallah... Tidak mengapa dengan apa yang mereka nak katakan. Yang pasti kita telah berajanji setia dan tahu hala tuju serta perjuangan masing-masing. Perjuangan kita berlandaskan Islam, perkataan mereka berlandaskan perasaan. Yang pasti, kita akan bersama-sama eratkan lagi tali persaudaraan kita... Insyaallah...
ini lah dianya dinamakan politik kotor.. semuanya nak dibabitkan.. apasai pekida lak dia nak tuju? cetek betui akal dia ,tuhan dah bagi akal asah la dengan ilmu.. penulis yang kurang ilmu tu patut seledik dulu.. banyak lagi pertubuhan yang lain,yang betul betul tak normal.. kenapa dia tak selidik pertubuhan cina ke india ke(bukan nak salah kan sesiapa) .. ingat lagi kes 3 raja monyet(kongsi gelap cina),ranggi(india),24 huh macam macam(fakta bukit aman)..tu lain lar..tapi penulis tu kena ingat pekida ni takde kait mengait dengan benda-benda buruk dan pekida dilandasan islam..so kalau penulis tu orang islam pekara ni berat jadinya..awak tu kalau islam(baik awak buat taubat nasuhah)mintak maaf secara terbuka kat sini..kami tak marah punya abis kuat bagi nasihat je sebab kami orang islam yang takde syakwasangka dan hati berulat..memang lar betui adik beradik ramai ,semua yang pepandai..ada yang jadi polis,arkitek,doktor,engineer dan macam macam lagi..yang ada buat kesalahan tu itu dia punya masalah,sebab tak dengar cakap dan nasihat, tak terbabit pun dengan nama pekida..tak kan sebab seorang yg salah nak babit semua..yang salah tetap salah..takde selindung..ini lah dia bila pertubuhan islam nak berdakwah dikatakan mafia..si penulis tu bukan bodoh tapi kurang akal..dia terfikir tak apa akan jadi apabila orang yang mempertahankan islam kesemuanya telah diambil allah? yang tinggal hanyalah orang bertopengkan islam(jangan bagi saya cakap si penulis macam tu masih ada sabar) dan org yang bertopengkan islam tu bila dah takde pegangan pi la dia dekat kapir-kapir..dan selebih nya allah yang balas untuk dia.. Untuk si penulis kalau dia terbaca ni jangan la segan-segan dengar nasihat kami, sesungguhnya kami bukan api tetapi air yang sentiasa memberi maklumat yang terang tanpa mengikut nafsu..dan penulis yang tulis topic tu kalau dia seorang islam janganlah jadi racun dalam air tu.. ingat air yang diracun tulah yang akan tolong dia bila dia terbakar nanti!
Biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. Yang pasti, kita teruskan dengan teras perjuangan kita hingga mereka sendiri tahu bahawa apa yang kita lakukan menuju ke arah jalan kebenaran.