Pekida Pro Event Management dari unit R&D Pekida Malaysia telah bersetuju untuk bersama-sama eWana.FM kru berkampung di Stesen LRT Putra Central Market untuk menjayakan event Karnival Aman Malaysia.
Event yang akan bermula pada isnin ini (8 Nov) akan berterusan sehingga bulan April 2005. PEKIDA akan turut menjayakan pelbagai aktiviti bersama eWana.FM seperti :
KARAOKE, PIDATO, BATTLE OF THE BAND, OPEN JAMMING SESSION, AKTIVITI PROMOSI & JUALAN (BARANG BARU DAN BUNDLE, PAKAIAN ARTIS DAN PEMIMPIN), BERGAMBAR BERSAMA ARTIS, dan banyak lagi. Pekida R&D akan mengadakan gerai pamerandan jualan termasuk instant printing, foto studio and printing, jualan cenderamata Pekida dll sepanjang carnival itu. 31 Disember nanti akan ada perhimpunan khas keluarga Pekida untuk upacara count down... pasti meriah... Semuanya akan di siarkan secara lansung oleh radio pekida www.ewana.fm Yang tak hadir boleh lihat melalui internet secara life.
Mereka yang ingin melakukan atau menganjurkan promosi jualan atau apa saja, samada di pentas atau gerai yang disediakan boleh menempah tarikh yang diinginkan pada kadar segera. Semua keluarga Pekida yang free atau ada masa lapang boleh berkunjung dan berkumpul untukbersuai kenal dan bermesra di sana sepanjang malam hingga ke pagi. Pekida ada menyediakan gerai makan eksklusif di depan pentas... yang nak buat round tabble talk boleh lah lepak di sana. Band boy Pekida akan dapat diskaun khas untuk masuk pertandingan atau open jamming.
Untuk maklumat lanjut, anda bolehlah berhubung terus dengan pejabat urusan eWana.FM di pejabat R&D PEKIDA di Kajang, atau Dr Masjuki di talian 013-3671113, 03-87369645.
Berita dari eWana.fm
-- Edited by pekida at 19:58, 2004-12-15
-- Edited by pekida at 20:00, 2004-12-15
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Saya nak info lebih lanjut mengenai bagaimana caranya untuk perform untuk hari tersebut. Saya dengar bayarannya RM30! Kalau band boy PEKIDA berapa diskaunya? Err... Bagaimana pula dengar muziknya? Semua genre, ataupun terhad kepada yang "easy listener"? Maksud saya yang musiknya laju-laju boleh tak? Terima Kasih...