untuk mendapatkan maklumat terkini dari Dr Masjuki sila taip Reg dan hantar kepada 33878. Segala berita dan maklumat akan dihantar terus ke telefon bimbit anda.
-- Edited by pekida at 02:51, 2004-12-14
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
A'kum dr mas..nak tanya sikit,berapa dikenekan charge utk perkhidmatan ni? dan satu lagi,setiap kali dapat information,adakah dikenekan charge lagi?terima kasih,a'kumm...
setiap transaksi akan di caj sebanyak 0.50. Pembahagian and perjanjian mengenai pembahagian akan dibincangkan kemudian bersama syarikat operator dan content providor . gateway yg digunakan ialah 33878. ini adalah kod laluan yang digunakan oleh Ahmad.com. Adik beradik kita yang menjalankan perniagaan SMS bersama celcom.
sebarang pertanyaan boleh juga terus menghubungi Pengurus projek:
Kamarul Ariffin Ramly Value Added Services 18th Floor Mobile Data Menara Celcom other email: kamarul_amp@celcom.net.my
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
saya tak register lagi... tapi minggu lepas dapat SMS berita2. pelik??
JAWAPAN:
Minggu lepas ada program penting dengan Pak Lah. Persetujuan di buat secara berjemaah semasa kursus Induksi Khas ahli forum, agar kita gunakan sistem gateway ini untuk menyebar maklumat secara menyeluruh kepada seluruh ahli forum. Semua sebulat suara untuk menerima berita tanpa prejudis, namun sesiapa yang tidak bersetuju, boleh pm betara atau nocgrafin untuk tarik diri.
mula-mula rasa terkejut juga hari tu dpt msg SMS jemputan dari penghantar 33878. tetapi, setelah di baca dah di fahami baru lah sy tahu rupanya msg SMS dari kekanda dr.mas ( PEKIDA wilayah) jemputan majlis hari raya. Alhamdulillah syukur sy pada yg Maha Esa kerana bukan sia-sia perjuangan sy dlm dakwah ini. Yakni dlm benak fikiran sy telah menjadi kenyataan yang kita sudah MODEN, berTEKNOLOGI tinggi dan tidak JUMUT lagi dlm usaha utk merapatkan hubungan keakraban dlm jemaah yg kita CINTAI ini. sy pinta kekanda dr.mas tampilkan serta mengutarakan hal ini kepada abg-abg serta ayahnda-ayahnda dngan lebih lanjut di setiap pelusuk tanah air tercinta ini. Insyaallah, respon yg baik dan sambutan yg menggalakan dari semua jemaah akan terjalin lagi dengan adanya SMS penghubung wadah perjuangan kita ini. Mana yg baik itu datangnya dari ALLAH taala, mana yg jahil dan kelemahan itu datang dari hamba yg doif lagi hina ini. Junjung kasih utk kekanda rd. masjuki. wallahuaklam.
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
lepas nih boleh lah kita buat pelan SMS. Dlm 30sen ker tak pun 03 sen, baru murah skit. hehehe.
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Cerita tak daftar tapi dapat SMS ini adalah satu perkara biasa, Pekida Pusat juga melakukan begitu. Saya sendiri tidak mendaftar tetapi semua talipun saya menerima SMS dari pekida pusat. Yang paling keciwa lagi ialah, sepertimana yang anda semua rungutkan, saya juga mengalami kes berulang di mana satu mesej pendek menjadi dua, dan berulang dua tiga kali (dari satu caj, menjadi 6-8 caj). Cuma kalau kita tidak rela untuk membayar SMS tersebut, sila hantar sms kepada penganjurnya, atau kepada SMS pekida pusat, ikutlah dari mana sms itu datang agar di gugurkan nombor anda, supaya anda tidak lagi menerima maklumat dari pihak pengirim, iaitu samada SMS R&D atau Pekida pusat.
Untuk makluman kalian, selama kira kira 7 bulan lamanya, pihak R&D mengeluarkan belanja sendiri, menghantar mesej melalui SMS, menyebar maklumat untuk meningkatkan kefahaman dan memaklumkan aktiviti yang dijalankan. Modal dikeluarkan sendiri, tenaga dan idea untuk menghantar beribu SMS di biayai sendiri, semuanya untuk menjaga kebajikan ahli dalam urusan penerimaan maklumat. Tidak seorang pun bertanya dari mana R&D dapat wang dan tenaga untuk lakukan itu semua.
Bayangkan jika kos bill dan tenaga untuk semua orang ditanggung oleh saya sendiri, tanpa sokongan dan bantuan dana dari pusat dan ahli, berapa lama lagi boleh saya bertahan. Itu tidak termasuk kos berikut... yang saya wakafkan untuk Pekida...
1 unit bangunan pejabat serta dewan kuliah
1 unit rumah untuk asrama petugas R&D
Bill air untuk kedua dua bangunan
Bill elektrik untuk menampung 10 komputer dan 7 printer, mesin fotokopi, mesin laminet, mesin faks, modem, kipas, lampu, 6 aircond, ekzosfan, dll alat elektrik, yang digunakan hampir 24jam setiap hari (pejabat R&D beroperasi 24jam).
Kos 2 talian talipun dan streamyx internet R&D
Kos 5 talian handphone untuk petugas
Kos gaji petugas sepenuhmasa dan sambilan
Kos peralatan pejabat dan asrama
Makan minum petugas sepanjang hari, peserta kursus dan tetamu yang tak henti henti.
pelbagai kos termasuk kos perjalanan dll yang tidak dapat disenaraikan satu persatu.
Penyampaian maklumat adalah satu aktiviti dakwah (seruan), sekurang kurangnya di kalangan sendiri. Perhubungan (silah) itulah yang akan menguatkan dan menerbitkan kasih sayang (Rahim) hingga ia di panggil silatul rahim. Anda yang bernasib baik menemui laman web ini adalah antara orang yang menikmati hasil dari sistem perhubungan melalui cyber ini. Sehingga banyak maklumat dan penjelasan boleh diterima. Segala ini dilakukan atas dasar pengorbanan sekelompok individu yang mengeluarkan belanja, tenaga dan idea.
Diharapkan apabila ahli tahu akan maklumat, penjelasan, program dan aktiviti yang dilakukan oleh R&D dan pusat, mereka yang berkesempatan boleh turut serta untuk menjayakan program, sekurang kurangnya mereka tahu bahawa Pekida ada aktiviti sihat sebagai menandakan kita hidup, sihat walafiat, tidak mati dan terkubur.
Firman Allah dalam surah 96 ayat 3-5: #3: Bacakan lah, sesungguhnya Pengatur kamulah yang amat akrab #4: Yang memaklumkan (mengalimkan, mengajarkan) manusia dengan perantaraan kalam (mata pena/tulisan) #5: Yang mengajarkan (memaklumkan/mengalimkan) manusia yang sudah tidak tahu apa-apa.
Pengiriman SMS (perantaraan kalam) merupakan mesej peringatan dalam urusan perjuangan yang memberikan taraf kekerabatan yang mendalam diantara pengirim dan penerima. Jika anda terpilih, bermakna anda adalah orang pilihan yang berhak dan wajar menerima mesej, sebagai menandakan anda bernilai dalam jemaah perjuangan ini. Bukan semua orang akan menerima mesej dari R&D. Selain menerima peringatan secara peribadi, yang terang dan jelas, mesej juga boleh di simpan seketika sebagai peringatan ketika lupa, seperti butir butir tarikh, nama orang, tempat dll (itu tabiat manusia, anak anak adam). Ini termaktub dalam firman Allah di surah 36 ayat 17: demi tidaklah (menjadi kewajipan) atas kami melainkan menyampaikan (perintah allah) dengan jelas. di surah 26 ayat 214 : Dan Berilah peringatan kepada kerabat mu yang terdekat.
Saya telah menyahut cabaran ini apabila diperintahkan oleh Amir kita (Paduka ayahanda Dato' Presiden dan ayahanda Dato Hj Ab Malek) untuk berhenti kerja dengan notis 24jam dan mangatur R&D sepenuh masa. Ini beliau lakukan setelah berwawancara dan menyelidik dasar kefahaman dan kemampuan ilmiah dan teknikal berbekalkan kelayakan akademik, pengalaman pengurusan serta pengalaman dalam perjuangan ini sewaktu saya berkhidmat dengan Majlis Tertinggi sebagai ketua Sekretariat Pusat, di bawah Setia usaha Agung, Ayahanda Hj Ab Malek Ranting tahun 90an dulu.
Jangan anda tanya berapa layaknya gaji saya, seorang Docterate Veterinar, yang grad tahun 86 dengan CGPA 3.5 (UKURAN SISTEM SEKARANG) dan pernah kerja dengan Syarikat Awam (Public Listed), dan pernah menjadi Presiden Syarikat Holding...). Saya korbankan keinginan peribadi saya demi perjuangan yang telah malap ini. Saya wakafkan segala harta (dua buah rumah sebagai pejabat dan dewan kuliah serta asrama tumpangan adik beradik dan petugas secara percuma termasuk makan minum, segala kenderaan dan peralatan peribadi dll sehingga membolehkan kita melihat perubahan imej dan dapat berhubung seperti sekarang ini.
Semua itu atas dasar untuk membesarkan tiga perkara yang selalu kita ulang-ulang, Allahuakbar (Ilmu/sistem Islam yang perlu diajarkan dalam perjuangan ini), Allahuakbar (Tempat/tapak perlaksanaan untuk mengajar dan mempraktikkan), Allahuakbar (pelaku/pelaksana sistem yang akan menimba ilmu dan melaksanakan untuk membuktikan keberkesanan ilmu dan sistem Allah). Jika kita mahu maju, kita harus sediakan semua tiga unsur ini tanpa kompromi. Itu formula perjuangan.
Dan untuk mendapatkan sukses untuk semua itu, harus ada pengorbanan secara berjemaah. Tiada perjuangan, tiada kejayaan tanpa pengorbanan.
Kebanyakkan kita juga menyebut Allahuakbar. Allah maha besar. Tetapi apakah bukti kita membesarkan Allah. Kita boleh hisap rokok lebih dari sebungkus sehari yang nilainya melebihi rm5. dan berjumlah lebih rm200 sebulan. Itu tidak termasuk pembaziran kita membeli cd lagu, cd lucah, menonton concert, wayang, dan banyak lagi.
Kita tanyalah diri kita, sejauhmana kita telah membelanjakan harta kita untuk membenarkan, membuktikan kebenaran bibir kita yang menyebut Allah itu besar, jika untuk mengeluarkan petrol dan tol secara berkongsi ke kajang ikuti kursus Induksi asas dan lanjutan Kefahaman perjuangan YANG ALLAH TUNTUT pun berat, untuk menerima SILAH melalui SMS berita perjuangan yang berharga 50 sen pun berat. Rokok kita lebih besar dari Allah... berhenti sajalah mengucapkan Allahuakbar...
Saudaraku sekalian...
Selama ini kita hanya mengharap dan berdoa. Saya harap Pekida akan maju, akan jadi begitu dan begini... tanpa kita tanya apakah sumbangan kita. Kita harapkan orang lain lakukan semuanya untuk kita, biayai semuanya untuk kita,... fikirkan semuanya untuk kita...
Melayu konvensional terkenal dengan sikap mengharap dan Subsidi... Melayu Pekida harus memulakan penghakisan atitud itu... jadilah pemberi, tangan yang di atas (lebih baik) ... jangan jadi peminta (tangan yang dibawah) ...
Lepas itu kita berdoa pada Allah, minta itu dan ini. Allah seru kita untuk cari ilmu dan kefahamannya (insan bermaklumat), secara beramai-ramai, bersatu hati dengan satu faham, berkasih sayang dan berjanji setia secara berjemaah, fahamkan dan programkan, laksanakan baik baik mengikut aturan ilmu yang Allah gariskan.
Jika kita lakukan itu, kita akan tidak ikut lumba motor haram yang menyebabkan kita mati sebelum sampai waktunya, kita tidak akan melepak di kompleks yang membuatkan kita membazir masa menghabiskan umur, Kita akan belajar bersungguh sungguh di Universiti sahingga mendapat keputusan yang mengatasi keputusan Kafir, hingga keputusan sijil kita dikagumi, kemudian kita bekerja keras dan berniaga atas dasar jihad menggunakan disiplin ilmu Allah yang membuatkan kita naik pangkat, disukai pelanggan dan mendapat sokongan jemaah dan untung dalam perniagaan dan banyak lagi...
Semua itu bukan saja kita yang akan mengecapi, malah Islam, Pekida dan Melayu juga akan dapat nama baik.
Selama ini Kita tidak lakukan itu semua, malah kita minta pula Allah murahkan rezki, berikan kesihatan, kesejahteraan, keamanan, panjangkan umur, naikkan gaji dan seribu satu macam permintaan. Yang Allah seru kita tak buat, kita pula seru Allah buat itu dan ini untuk kita... renungkanlah... firman Allah ... Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, hingga kaum itu sendiri berusaha mengubahnya (dengan melakukan program mengikut petunjuk yang Allah beri).
Yang paling penting ialah, ini adalah arahan ayahanda yang tidak sampai hati lagi melihat kami berhempas pulas mempertahankan apa yang ada, selalu kekeringan biaya. Bahkan telah di minta persetujuan secara berkelompok dalam kursus Induksi khas minggu lalu, di mana kebanyakkan ahli forum berhimpun dan telah sebulat suara menyokong penuh cadangan ini.
Ahli forum yang hadir 7/12 mungkin menyokong kerana telah faham akan isi dan halatuju perjuangan semasa kursus. Kami mungkin akan hanya mengizinkan ahli forum yang mengisi nombor talipun untuk mendaftar SMS r&d SAHAJA selepas ini, sebagai membuktikan mereka serius untuk mendapatkan maklumat dan ingin melaksanakannya. Kerana forum yang disediakan percuma ini memerlukan modal tenaga, ringgit dan idea untuk di bangun. Ia adalah wadah perjuangan yang serius, bukan untuk tujuan suka suka///. Jadi mereka yang tak sanggup membiayai SMS 50 sen untuk kebaikan diri sendiri, agar turut mendapat maklumat, ilmu dan boleh turut sama melaksanakan pembangunan Pekida, dinasihatkan berehat dan mencari wadah lain untuk berjuang,..
Dengan rendah diri, saya yang hina mohon agar di maafkan sekiranya ada yang terasa hati. Kita telah terlena dan naik lemak terlalu lama. Untuk mengejutkan kekadang harus gunakan cili pedas yang akan menjadi sedap kepada penggemarnya... segalanya saya utarakan untuk kefahaman, ilmu dan kesedaran yang mutakhir untuk kalian semua dalam arena perjuangan ini.
Salam kasih dan sayang dari saya yang hina dina.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
From: pekida To: Betara Subject: tq --------------------------------------------------------------------------------
Tahniah dari abang atas usaha mu... pahlawan rnd.
Pesan ayah minta jadikan web kita sebagai money generating machine... ayah suruh kumpul fone dan establish sms portal atau service code dll. di samping tidak membebankankita bayar bil antar berita, leh dapat sikit income utk tampung kos pengurusan yang amat tinggi ini.
betara boleh caj semua pengguna dengan tarbiah yang jelas. agar mereka ikhlas dan tenang membayar. minta mereka bayar rm 10 utk setahun contohnya. tapi jelaskan kenapa kita buat begitu. semalam mereka sebulat suara setuju kalau kita caj sms pd mereka dgn kadar 50 ke 70 sen guna service provider. so serahkan semua no hp anggota forum dan taskforce yg dah di kutip pd faizal dan rozan agar kita dapat mulakannya sekarang, at least utk gerakkan mereka datang ke majlis dgn pak lah.
sebagai pulangan, jika ramai yg subscribe, nanti betara tak perlu tampung kos sewa line email tu.
T.kasih dan tahniah sekali lagi.
============
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
quote: Originally posted by: pekida "SMS sebagai makanisma penyampai berita... Cerita tak daftar tapi dapat SMS ini adalah satu perkara biasa, Pekida Pusat juga melakukan begitu. Saya sendiri tidak mendaftar tetapi semua talipun saya menerima SMS dari pekida pusat. Yang paling keciwa lagi ialah, sepertimana yang anda semua rungutkan, saya juga mengalami kes berulang di mana satu mesej pendek menjadi dua, dan berulang dua tiga kali (dari satu caj, menjadi 6-8 caj). Cuma kalau kita tidak rela untuk membayar SMS tersebut, sila hantar sms kepada penganjurnya, atau kepada SMS pekida pusat, ikutlah dari mana sms itu datang agar di gugurkan nombor anda, supaya anda tidak lagi menerima maklumat dari pihak pengirim, iaitu samada SMS R&D atau Pekida pusat. Untuk makluman kalian, selama kira kira 7 bulan lamanya, pihak R&D mengeluarkan belanja sendiri, menghantar mesej melalui SMS, menyebar maklumat untuk meningkatkan kefahaman dan memaklumkan aktiviti yang dijalankan. Modal dikeluarkan sendiri, tenaga dan idea untuk menghantar beribu SMS di biayai sendiri, semuanya untuk menjaga kebajikan ahli dalam urusan penerimaan maklumat. Tidak seorang pun bertanya dari mana R&D dapat wang dan tenaga untuk lakukan itu semua. Bayangkan jika kos bill dan tenaga untuk semua orang ditanggung oleh saya sendiri, tanpa sokongan dan bantuan dana dari pusat dan ahli, berapa lama lagi boleh saya bertahan. Itu tidak termasuk kos berikut... yang saya wakafkan untuk Pekida... 1 unit bangunan pejabat serta dewan kuliah 1 unit rumah untuk asrama petugas R&D Bill air untuk kedua dua bangunan Bill elektrik untuk menampung 10 komputer dan 7 printer, mesin fotokopi, mesin laminet, mesin faks, modem, kipas, lampu, 6 aircond, ekzosfan, dll alat elektrik, yang digunakan hampir 24jam setiap hari (pejabat R&D beroperasi 24jam). Kos 2 talian talipun dan streamyx internet R&D Kos 5 talian handphone untuk petugas Kos gaji petugas sepenuhmasa dan sambilan Kos peralatan pejabat dan asrama Makan minum petugas sepanjang hari, peserta kursus dan tetamu yang tak henti henti. kos stationary pejabat, toner fotokopi, inkjet, lazer, dot matrik dll. pelbagai kos termasuk kos perjalanan dll yang tidak dapat disenaraikan satu persatu. Penyampaian maklumat adalah satu aktiviti dakwah (seruan), sekurang kurangnya di kalangan sendiri. Perhubungan (silah) itulah yang akan menguatkan dan menerbitkan kasih sayang (Rahim) hingga ia di panggil silatul rahim. Anda yang bernasib baik menemui laman web ini adalah antara orang yang menikmati hasil dari sistem perhubungan melalui cyber ini. Sehingga banyak maklumat dan penjelasan boleh diterima. Segala ini dilakukan atas dasar pengorbanan sekelompok individu yang mengeluarkan belanja, tenaga dan idea. Diharapkan apabila ahli tahu akan maklumat, penjelasan, program dan aktiviti yang dilakukan oleh R&D dan pusat, mereka yang berkesempatan boleh turut serta untuk menjayakan program, sekurang kurangnya mereka tahu bahawa Pekida ada aktiviti sihat sebagai menandakan kita hidup, sihat walafiat, tidak mati dan terkubur. Firman Allah dalam surah 96 ayat 3-5: #3: Bacakan lah, sesungguhnya Pengatur kamulah yang amat akrab #4: Yang memaklumkan (mengalimkan, mengajarkan) manusia dengan perantaraan kalam (mata pena/tulisan) #5: Yang mengajarkan (memaklumkan/mengalimkan) manusia yang sudah tidak tahu apa-apa. Pengiriman SMS (perantaraan kalam) merupakan mesej peringatan dalam urusan perjuangan yang memberikan taraf kekerabatan yang mendalam diantara pengirim dan penerima. Jika anda terpilih, bermakna anda adalah orang pilihan yang berhak dan wajar menerima mesej, sebagai menandakan anda bernilai dalam jemaah perjuangan ini. Bukan semua orang akan menerima mesej dari R&D. Selain menerima peringatan secara peribadi, yang terang dan jelas, mesej juga boleh di simpan seketika sebagai peringatan ketika lupa, seperti butir butir tarikh, nama orang, tempat dll (itu tabiat manusia, anak anak adam). Ini termaktub dalam firman Allah di surah 36 ayat 17: demi tidaklah (menjadi kewajipan) atas kami melainkan menyampaikan (perintah allah) dengan jelas. di surah 26 ayat 214 : Dan Berilah peringatan kepada kerabat mu yang terdekat. Saya telah menyahut cabaran ini apabila diperintahkan oleh Amir kita (Paduka ayahanda Dato' Presiden dan ayahanda Dato Hj Ab Malek) untuk berhenti kerja dengan notis 24jam dan mangatur R&D sepenuh masa. Ini beliau lakukan setelah berwawancara dan menyelidik dasar kefahaman dan kemampuan ilmiah dan teknikal berbekalkan kelayakan akademik, pengalaman pengurusan serta pengalaman dalam perjuangan ini sewaktu saya berkhidmat dengan Majlis Tertinggi sebagai ketua Sekretariat Pusat, di bawah Setia usaha Agung, Ayahanda Hj Ab Malek Ranting tahun 90an dulu. Jangan anda tanya berapa layaknya gaji saya, seorang Docterate Veterinar, yang grad tahun 86 dengan CGPA 3.5 (UKURAN SISTEM SEKARANG) dan pernah kerja dengan Syarikat Awam (Public Listed), dan pernah menjadi Presiden Syarikat Holding...). Saya korbankan keinginan peribadi saya demi perjuangan yang telah malap ini. Saya wakafkan segala harta (dua buah rumah sebagai pejabat dan dewan kuliah serta asrama tumpangan adik beradik dan petugas secara percuma termasuk makan minum, segala kenderaan dan peralatan peribadi dll sehingga membolehkan kita melihat perubahan imej dan dapat berhubung seperti sekarang ini. Semua itu atas dasar untuk membesarkan tiga perkara yang selalu kita ulang-ulang, Allahuakbar (Ilmu/sistem Islam yang perlu diajarkan dalam perjuangan ini), Allahuakbar (Tempat/tapak perlaksanaan untuk mengajar dan mempraktikkan), Allahuakbar (pelaku/pelaksana sistem yang akan menimba ilmu dan melaksanakan untuk membuktikan keberkesanan ilmu dan sistem Allah). Jika kita mahu maju, kita harus sediakan semua tiga unsur ini tanpa kompromi. Itu formula perjuangan. Dan untuk mendapatkan sukses untuk semua itu, harus ada pengorbanan secara berjemaah. Tiada perjuangan, tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Kebanyakkan kita juga menyebut Allahuakbar. Allah maha besar. Tetapi apakah bukti kita membesarkan Allah. Kita boleh hisap rokok lebih dari sebungkus sehari yang nilainya melebihi rm5. dan berjumlah lebih rm200 sebulan. Itu tidak termasuk pembaziran kita membeli cd lagu, cd lucah, menonton concert, wayang, dan banyak lagi. Kita tanyalah diri kita, sejauhmana kita telah membelanjakan harta kita untuk membenarkan, membuktikan kebenaran bibir kita yang menyebut Allah itu besar, jika untuk mengeluarkan petrol dan tol secara berkongsi ke kajang ikuti kursus Induksi asas dan lanjutan Kefahaman perjuangan YANG ALLAH TUNTUT pun berat, untuk menerima SILAH melalui SMS berita perjuangan yang berharga 50 sen pun berat. Rokok kita lebih besar dari Allah... berhenti sajalah mengucapkan Allahuakbar... Saudaraku sekalian... Selama ini kita hanya mengharap dan berdoa. Saya harap Pekida akan maju, akan jadi begitu dan begini... tanpa kita tanya apakah sumbangan kita. Kita harapkan orang lain lakukan semuanya untuk kita, biayai semuanya untuk kita,... fikirkan semuanya untuk kita... Melayu konvensional terkenal dengan sikap mengharap dan Subsidi... Melayu Pekida harus memulakan penghakisan atitud itu... jadilah pemberi, tangan yang di atas (lebih baik) ... jangan jadi peminta (tangan yang dibawah) ... Lepas itu kita berdoa pada Allah, minta itu dan ini. Allah seru kita untuk cari ilmu dan kefahamannya (insan bermaklumat), secara beramai-ramai, bersatu hati dengan satu faham, berkasih sayang dan berjanji setia secara berjemaah, fahamkan dan programkan, laksanakan baik baik mengikut aturan ilmu yang Allah gariskan. Jika kita lakukan itu, kita akan tidak ikut lumba motor haram yang menyebabkan kita mati sebelum sampai waktunya, kita tidak akan melepak di kompleks yang membuatkan kita membazir masa menghabiskan umur, Kita akan belajar bersungguh sungguh di Universiti sahingga mendapat keputusan yang mengatasi keputusan Kafir, hingga keputusan sijil kita dikagumi, kemudian kita bekerja keras dan berniaga atas dasar jihad menggunakan disiplin ilmu Allah yang membuatkan kita naik pangkat, disukai pelanggan dan mendapat sokongan jemaah dan untung dalam perniagaan dan banyak lagi... Semua itu bukan saja kita yang akan mengecapi, malah Islam, Pekida dan Melayu juga akan dapat nama baik. Selama ini Kita tidak lakukan itu semua, malah kita minta pula Allah murahkan rezki, berikan kesihatan, kesejahteraan, keamanan, panjangkan umur, naikkan gaji dan seribu satu macam permintaan. Yang Allah seru kita tak buat, kita pula seru Allah buat itu dan ini untuk kita... renungkanlah... firman Allah ... Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, hingga kaum itu sendiri berusaha mengubahnya (dengan melakukan program mengikut petunjuk yang Allah beri). Yang paling penting ialah, ini adalah arahan ayahanda yang tidak sampai hati lagi melihat kami berhempas pulas mempertahankan apa yang ada, selalu kekeringan biaya. Bahkan telah di minta persetujuan secara berkelompok dalam kursus Induksi khas minggu lalu, di mana kebanyakkan ahli forum berhimpun dan telah sebulat suara menyokong penuh cadangan ini. Ahli forum yang hadir 7/12 mungkin menyokong kerana telah faham akan isi dan halatuju perjuangan semasa kursus. Kami mungkin akan hanya mengizinkan ahli forum yang mengisi nombor talipun untuk mendaftar SMS r&d SAHAJA selepas ini, sebagai membuktikan mereka serius untuk mendapatkan maklumat dan ingin melaksanakannya. Kerana forum yang disediakan percuma ini memerlukan modal tenaga, ringgit dan idea untuk di bangun. Ia adalah wadah perjuangan yang serius, bukan untuk tujuan suka suka///. Jadi mereka yang tak sanggup membiayai SMS 50 sen untuk kebaikan diri sendiri, agar turut mendapat maklumat, ilmu dan boleh turut sama melaksanakan pembangunan Pekida, dinasihatkan berehat dan mencari wadah lain untuk berjuang,.. Dengan rendah diri, saya yang hina mohon agar di maafkan sekiranya ada yang terasa hati. Kita telah terlena dan naik lemak terlalu lama. Untuk mengejutkan kekadang harus gunakan cili pedas yang akan menjadi sedap kepada penggemarnya... segalanya saya utarakan untuk kefahaman, ilmu dan kesedaran yang mutakhir untuk kalian semua dalam arena perjuangan ini. Salam kasih dan sayang dari saya yang hina dina. "
ucuk yang lagi lah doif nih mmg tak terkata apa bang.... terpegun... dan terkhayal sejenak ....matamu berkilau bagaikan...ada syurga..di dalamnya.....
alangkan Rasulullah yang mulia pon kena baling batu.....
jwp untuk zerofill. sekiranya anda menggunakan 013,019,017 atau 016. anda mungkin tidak menerima apa-apa balasan setakat ini.tetapi ini tidak bermakna anda tidak berdaftar.sekiranya anda ingin memeriksa status pendaftaran anda boleh lah emailkan ke sya dialamt kamarulariffin@celcom.com.my dgn senang hati saya akan membantu anda.
Peringatan kepada semua: Jgn register banyak-banyak kali sebab ini akan mengurangkan kredit telefon anda. Daftar sekali sahaja dan kalau nak check sila email saya.
MMM... ITU lah bezanya sms sistem R&D ... siap nasihatkan lagi agar ahli tidak terbeban dengan caj yang tidak perlu. Dan yg penting kami akan pastikan setiap mesej hanya di kompress jadi satu saja dan tidak akan berulang ulang.
Kami lakukan ini dengan membuat sistem saringan untuk nombor berulang, yang akan menyebabkan anda menerima mesej lebih dari sekali... stau pembaziran. Kerana tujuan utama adalah untuk ibadah... menghantar maklumat... ilmu ... bukan untuk membebankan ahli ...
Dalam mesej ada ilmu... ada nasihat ... ada maklumat ... ada berkat ...
Tahniah dan trima kasih Kamarul kiter...
anda memang hebat...
-- Edited by pekida at 15:27, 2004-12-16
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Semua talian boleh di gunakan. Tetapi pihak rnd ada menyediakan bekalan simpack 013 dan 019 yang menjadi talian rasmi kiter. Harga hanya rm 20 dan anda dapat simpack percuma, seolah olah membeli reload prepaid saja. itu jasa anggota kita yg datang dari celcom. dan yang paling menarik sekali, nombor 2 nya semua cantik cantik, yang kira kira boleh di jual antara rm50 ke rm 500 di luar sana.
sila lihat di tajuk biro perniagaan ... sub topik nombor cantik..
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***