"Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yg bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2 ‘sampai hati’ sesama sendiri
Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yg bernama wanita, mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.
Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yg kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.
Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.
Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?
Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.
Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.
Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.
Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri.
Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai ‘alat’. Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.
Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.
Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN…
Note: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya denagn penuh kehormatan dan kasih sayang."
-nurul-
-- Edited by nurul at 13:46, 2004-12-14
-- Edited by nurul at 13:49, 2004-12-14
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
askum.. adeh... tekedu baca artikel dik nurul... bang mas.. meka orang muda bang.. kita yang veteren ni memantau jer ekekeke maaf den gurau jer bang mas
quote: Originally posted by: zerofill "askum.. adeh... tekedu baca artikel dik nurul... bang mas.. meka orang muda bang.. kita yang veteren ni memantau jer ekekeke maaf den gurau jer bang mas"
tabik bosss... anaknda tumpang lalu singgah berteduh sebentar....
-- Edited by car_r3nt at 15:50, 2004-12-14
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
wah...meriahnya disini ialah bila ada bunga kumbangpun berkeliaranlah... tak gitu... anyway thank's to Adik Nurul...Saya nak print bagi isteri baca buat pengisian ilmu untuk jadi isteri dan ibu yang solehah...selalulah hantar artikal yang bernas
berpegang pada hakikat ini lah yg terjadi pada zaman ini....
berani mengutarakan bukan berniat ingin menggodam tapi sekadar saling ingat mengingati....
-nurul-
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
Kak Long Nurul memang sah la tak sia2 kehadiran mu di R&D, teruskan apa saja usaha murni yang difikirkan.
Surah 7 al-A'raf ayat 23:
Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.