Sempena tahun baru yang bakal menjelma nanti,R&D dan stesen radio rasmi R&D iaitu Ewana Radio akan mengadakan perjumpaan besar besaran buat semua ahli pekida.Semua ahli seluruh negeri dijemput hadir untuk menjayakan majlis ini.
Pelbagai acara akan diadakan yang pastinya akan di jayakan bersama nanti.Majlis ini akan berlangsung pada 31 Disember 2004,bermula dari jam 2.00 petang sehingga ke awal pagi 1 Januari 2005 bertempat di Central Market,bawah LRT stesen .Majlis yang buat pertama kalinya ini akan menyatukan kita dari setiap pelusuk negeri.Majlis ini jugaklah akan menjadikan kita sesama kita saling kenal mengenali.
Antara aktivti yang akan diadakan ialah:-
gerai makanan dan minuman(dari ahli pekida sendiri)
karaoke
sesi bergambar beramai-ramai
live band
kaunter pertanyaan R&D
Sessi berkenalan bersama D.J - D.J Ewana Radio
Ucapan live ke radio Ewana
Segala kutipan dari hasil jualan dan aktiviti ini adalah bagi membantu kewangan R&D sendiri dengan ini kami menganjurkan berhibur sambil menderma.Segala pertanyaan ataucadangan bagi memeriahkan lagi majlis ini bolehlah di berikan di forum ini atau berhubung terus kami di R&D Kajang ataupon menelifon saya di nombor 012-3408595 atau amir baggio 012-3687695 menghubungi sesiapa sahaja yang menjadi ahli TaskForce R&D.
di harap sahabat sekalian bisik-bisik lah kepada rakan anda yang lain tentang berita TERGEMPAR ini...kita juga akan megadakan karaoke berpidato untuk ahli-ahli jemaah yang lain....bermacam2 gerai yang ader di sediakan...kemeriahan pada malam itu adalah di tangan anda semua...kami juga akan cuba memanggil artis-artis tanah air untuk menambahkan lagi kemeriahan sambutan countdown tahun baru itu nanti...
Assalamualaikum... wah ini akan jadi satu majlis yang genre ni... rugi kawan2 kita tak memeriahkan majlis ini.... mari kawan2 ku sekalian ...moh kita.... Insya Allah..saya akan hebah2kan perkara ini di kawasan saya... bagus betul laa....
Per : Siaraya RADIO-TV Mempromosi Acara Pendidikan Masyarakat Melalui Progam Kebajikan Sempena Tradisi Sambutan Tahun Baru (Count Down) di Stesen LRT PUTRA Pasar Seni, K.Lumpur oleh Unit R&D PEKIDA MALAYSIA – 31 Disember 2004 , 9am – 1.00 am.
Perbincangan melalui talipun mengenai perkara di atas adalah dirujuk.
Pada 26 December lalu, pihak kami telah pun bermula mengadakan program amal sebagai persiapan ke arah program tahun Baru seperti di atas, dengan mengadakan persembahan pentas yang disertai dengan program derma darah. Kami telah berjaya mendapat 74 sukarelawan yang kebanyakkannya terdiri dari ahli Pekida Malaysia dan di ikuti oleh beberapa pengunjung luar dengan gerakkan kempen yang agresif. Kejayaan ini telah mendapat pengiktirafan ikhlas oleh pihak Tabung Darah Negara, Dr Fazilah, Presiden Pekida malaysia, YB Dato Dr Hj Muhd Fuad Bin Ahmad, Naib Presiden Pekida Dato Hj Ab malek Ranting, Pengerusi Penyelaras Aman Malaysia, Dato’ Zulkifli Alwie, Pengerusi Pekida Wilayah Pesekutuan, En. Mazni Abd Ghani dan seluruh Pemimpin dan tetamu yang hadir.
Atas alasan itu pihak kami telah menerima permohonan untuk berkerjasama menjayakan kemuncak program di akhir tahun dari Pekida Wilayah Persekutuan, Aman Malaysia dan Zamis Event & Production House, Penguus Projek Amal Yayasan Tun Abdul Razak iaitu program Sehati Sejiwa untuk menjayakan dan merealisasikan perubahan tradisi sambutan Count Down dengan pengisian Kiraan Jumlah Amal yang telah di buat sebagai penutup tirai tahun 2004 nanti.
Selain dari kemuncak program derma Darah, peranan DJ, MC dan pengucaptama yang akan membawa mesej Kebajikan dan Dakwah, acara-acara menarik yang telah diatur termasuklah pertandingan Indoor Game seperti karom, dam haji, chess, dat, sepak raga, gusti lengan, karaoke berpidato (mempidatokan pelajaran dari lagu yang dipertandingkan), pertandingan ujibakat, live band, tiupan seksofon, puisi Pekida, pertandingan Jeritan Malaysia Boleh, Pertandingan memek muka, Pameran Motor antik, jualan amal serta kutipan tabung Bencana Ombak Tsunani, Tabung kebajikan Sehati Sejiwa, Tabung R&D Perlaksanaan Program Kebajikan & Dakwah Pekida Malaysia dan banyak lagi.
Di antara keunikan program ini ialah, ianya akan mengajak satu perubahan tradisi Count Down yang biasanya merupakan satu pembaziran masa dan wang ringgit dengan acara pesta dan sukaria, yang digantikan dengan satu pengisian berupa Pendidikan Islam Hadhari kepada Masyarakat tentang peri pentingnya program Dakwah dan Kebajikan untuk menarik hati dan memikat masyarakat Majmuk di negara ini khasnya dan dunia amnya kepada Islam, Melayu dan Malaysia sebagai negara Islam Contoh di Dunia.
Melalui konsep Islam Hadhari, kami akan menghitung berapa banyak darah dapat di kutip, berapa banyak sumbangan amal berjaya di kutip dan berapa banyak ilmu dan kesedaran yang dapat dikutip oleh pihak penganjur dan pengunjung terpilih (sebagai menunjukkan hasil pembentukan sahsiah dan spiritual dari pogram ini). Pelajaran terbaik dari ulasan pengunjung akan menerima hadiah serta sijil khas dari Pekida Malaysia.
Jika sekalipun kami tidak dapat peluang untuk promosi secara life untuk program ini, namun amat besyukur sekali jika dapat di bantu oleh semua DJ atau pengacara radio dan TV sebagai sumbangan besar kepada program amal ini.
Sila hubungi penandatangan surat ini, Dr Hj Masjuki Mohd Suri selaku Pengarah Unit R&D, LATIHAN DAN PR PEKIDA MALAYSIA, untuk sebarang penjelasan lanjut. Selain itu, keterangan lanjut juga boleh di lihat melalui laman web Pekida www.pekida.org.
Kerjasama semua yang telibat adalah merupakan satu usaha jihad yang sama besarnya dengan anggota Taskforce Pekida Malaysia yang bertungkus-lumus menjayakannya di Tapak program. Ingin kami dahului sumbangan itu dengan berbanyak kesyukuran dan terima kasih. Semuga mendapat pembalasan Allah jua hendaknya.
Sekian harap maklum.
Terima kasih.
Yang Benar,
Unit R&D Pekida Malaysia
(DR HJ.MASJUKI HJ.MOHD.MUSURI)
Pengarah
s.k:
· Paduka Ayahanda YB Dato’ Dr Hj Muhd. Fuad bin Hj Ahmad, Presiden
· Paduka Ayahanda Dato’ Hj Ab Malek Ranting, Naib Presiden (Pengarah Bhg. Operasi)
-- Edited by pekida at 20:19, 2004-12-28
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
MAJLIS ON ATAS ALASAN AMAL, BUKAN HIBURAN. BUKAN SAJA COUNT DOWN, MAJLIS SEJAK PAGI.DAN PELBAGAI PROGRAM AMAL BERJALAN SEJAK PADI, HANYA PENUTUP ATAU KIRAAN HASIL AMAL TERAKHIR DIUMUM TEPAT JAM 12 MALAM, DISERTAI DENGAN BACAAN FATIHAH, DAN DOA.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
assalamualikum bang mas dan semua/// selamat pagi... insyaallah saya akan turut hadir, pengisian program kita tak seperti pengisian program program mereka yang lain, insyaallah we are the best among the best
Program yang berlangsung memang sesuai dengan perjuangan kita. Semoga program di masa hadapan akan dapat mengumpulkan lebih ramai saudara2 kita dalam mebuat amal dan kebajikan selain berdakwah. Insyaallah.