“ Boleh tak kalau kita nak mainkan hati orang?” “ Tak boleh!” “ Tapi, kan Tuhan dah cakap. Kalau ada orang ambik barang kita, kita boleh ambik barang orang tu balik.” “ Hati tak boleh disamakan dengan barang!” “ But, it’s fair and square right?”
Gadis itu mendendaminya. Bukan dendam, tetapi sayang. Oleh sebab terlalu sayang, akhirnya bertukar menjadi dendam. Yang tak mampu dizahirkan oleh kata-kata. Tak mampu ditunjukkan melalui jelingan mata. Ada mata berwarna hitam. Ada juga berwarna biru. Hijau lebih menarik perhatian. Pink pula menyakitkan jiwa. Tidak kiralah warna apupun. Tetap tidak mampu menzahirkannya.
Ikutkan rasa, mahu saja gadis buat dia menangis. Biar hati dia turut teresak kesakitan. Mahu saja gadis melukai hati dia yang terlalu banyak mengguris perasaan. Gadis mahu dia turut merasai apa yang dirasai gadis. Biar hati sama-sama sakit. Biar jiwa sama-sama derita. Biar dia juga terbeban dengan permasalahan hati yang mengganggu gadis. Gadis terlalu banyak makan hati. Bukan hati ayam yang dimaksudkan. Atau hati daging yang digoreng ibu. Tetapi hati milik gadis sendiri. Terlalu banyak. Tidak sampai infiniti tetapi sudah cukup meresahkan. Mata terlalu kerap membazirkan airnya. Gadis memang sengaja membuang air mata yang sebenarnya amat bernilai bagi insani. Itulah kehendak gadis. Agar berkurang sengsara di jiwa.
Walaupun mata gadis sudah bengkak, kelopak mata terus mengalirkan airnya. Tubuh gadis semakin layu. Berat benar derita yang gadis alami. Hakikatnya, hati gadis sebenarnya yang menderita. Hati tidak cukup tabah menghadapi dugaan berkasih. Hati begiti lemah. Gadis ingin sekali menyakiti dia sebagaimana gadis telah disakiti tetapi hati tidak mampu berbuat demikian. Hati itu lembut. Tidak sekeras gadis yang telah dirasuk amarah iblis. Pastinya syaitan ketawa riang tatkala melihat kemarahan menguasai diri. Aku telah berjaya menundukkan hambaMu yang Kau kata begitu taat kepada perintahMu. Aku tidak memerlukan bala tentera yang banyak untuk menundukkannya. Tidak seperti Bushiful. Mahu menghancurkan Islam dengan batalionnya. Perancangan yang dianggap hebat sebenarnya mengundang kemusnahan. Berapa ratus tentera bersekutu telah mati katak akibat ketololannya? Sedang aku, dalam senyap telah membinasakan. Kau dilihat kejam kerana kebodohanmu. Tetapi aku, yang sebenarnya lebih zalim ini tidak dapat dikesan oleh sesiapa. Benar… Mereka yang sememangnya kejam tidak dapat diadili sesiapa.
-salam-
-- Edited by nurul at 12:47, 2004-12-20
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
yer la kak nurul...biar org buat kita mcm mana pon kita takleh nak dendam@pendam ke apa ker coz setiap apa yg kita lakukan diatas dunia ni pasti akan ada pembalasanya tak kat dia ni Allah nak tunjuk,kat akhirat nanti mesti dpt pembalasan gak
pengalaman sendiri ke adik nurul...ekeke...jika ada yg buat camtu pada adik nurul...meh habaq kat abang batu kurau...abang batu kurau nak hantar peluru pandu jarak jauh dalam suar dia...ekeke
Ushh>>> Hati perempuan tidak boleh dipandang rendah , ....... Jantung akan berdegup melihat kewibawaan itu baru semangat
Man can't live without women Pehh.... betul.. laaa... Mutiara kita perlu jaga.... Dendam pendam lama2 akan terpadam jua, Jangan biarkan lama2 luahkan aje kat forum ini,
Kita perlu pandang tinggi terhadap mereka,
```` Kak long NURUL ... bimbinglah adik2mu Adik slutt Tabik same akak,
w'salam Thailok///...hehehe adik nurul tu kan saudara/// kita...kenalah antor peluru pandu jarak jauh pada sape2 yg main-main kan dio...ekeke...dah lama tak tengok si Wartawan mengayat...ayat dia tetap power cam dulu juga...batu pun leh cair...ini kan pula si hati zerofill...ekekek....zerofill >> manga nyo paja tu indah baburak...baguliek baguliang wak den...ekeke
Saya tau perasaan kak long...releks kak long....kumbang kan nyer satu....tapi saya semut merah jer....kan kumbang...nanti saya nyanyikan kak long lagu semut merah yeeee.....saya tau kak long melakukan satu mengorbanan yang besar....caya lahhhh kak long...fit support 100%
dik nurul.. tuhan sedang menguji kita.. tuhan hanya menguji setakat yang kita mampu hadapi ... abang tau dik nurul pasti tabah... muga mega mendung berarak pergi..... aminn
ish, rasanya cik nurul kita nih penah buat luahan rasa pagi di ERA paaa rasanya. tak pun luahan rasa kat THR. agaknya pas nih kan kita minta editor eWaNa.fm @ web sendiri buatkan satu ruangan utk sahabat handai / rakan taulan kita di sini nak meraung nak luahkan apa isi hati sendiri. sabaq yaa cik nurul, yg elok dan sempurna itu DATANGnya dari MAHA ESA dan yg buruk serta kekurangan itu LAHIRnya dari dlm insan itu sendiri. kita hanya mampu MENCUBA, hanya ALLAH jua ketentuannya. harap maaf. wallahuaklam.
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang mati....
Hanya sekadar berbasa basi....
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
hmm iyer ker dik nurul... indah tutur berbasa basi, namun tak tumbuh tidak melata.. jika tak sungguh hati tak berkata... yang tersurat pasti ada yang tersirat... andai kata menyingung sukma sepuluh jari ku susun ku pohon ampun... cewah... cewah.. macam dah lari tajuk jer artikel den ni bang mas ekeke.. maaf duhai abang abang/// semua sesekali adik nak gurau senda...
bergurau sendalah wahai dinda... kanda turut gembira... selagi batas tidak dinoda... siapa tak suka .. putri sulung kanda dipuja... disayang dan dicinta ... sampai berebut dan berlumba lumba ... cuma jgn sekali kali jadikan ia satu berhala ... yang menyebabkan dinda berusha ... bimbang hilang tajuk bicara ... hadir ke rnd hanya untuk yang esa ...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
terima kasih bang mas, benar kata bang mas.. hadir untuk menimba membuang yang keruh mengambil yang jernih, walau kadang banyak yang sukar difahami tapi hati ini ingin juga turut sertai bersama.. banyak yang dinda tak faham apa yang diperkata dalam mesyuarat malam tadi.. walau pun dinda tak dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan semua, tp hasrat hati masih tetap ingin berpaut di landasan yang sama..... agar dapat menuju destinasi yang sama... walau pun masih kabur walaupun hanya sekadar melukut.... syukur alhamdulillah
quote: Originally posted by: pekida "bergurau sendalah wahai dinda... kanda turut gembira... selagi batas tidak dinoda... siapa tak suka .. putri sulung kanda dipuja... disayang dan dicinta ... sampai berebut dan berlumba lumba ... cuma jgn sekali kali jadikan ia satu berhala ... yang menyebabkan dinda berusha ... bimbang hilang tajuk bicara ... hadir ke rnd hanya untuk yang esa ..."
Assalamualaikum...///
Terima kasih kanda kerana mengingatkan...Dinda amat hargai segala teguran yang membina...Insyaallah yang buruk akan dinda jadikan teladan yang baik akan dinda jadikan bekalan...dinda akan ingat apa yang dijunjung agar menjadi benteng dan panduan untuk dinda tabah teruskan perjuangan...
salam...///
-nurul-
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
quote: Originally posted by: nurul " Assalamualaikum.../// Terima kasih kanda kerana mengingatkan...Dinda amat hargai segala teguran yang membina...Insyaallah yang buruk akan dinda jadikan teladan yang baik akan dinda jadikan bekalan...dinda akan ingat apa yang dijunjung agar menjadi benteng dan panduan untuk dinda tabah teruskan perjuangan... salam.../// -nurul-"
Alhamdulillah...kepada cik nurul anda sudah menunjuk kematangan dan boleh di jadikan tauladan kepada rakan-rakan yang lain...///saya sungguh kagum dengan cik nurul ini...keberanian cik nurul untuk mempelajari sesuatu ilmu yang berguna walaupun melakukan sesuatu pengorbanan patut di contohi wanita-wanita yang lain dan juga pada kaum lelaki...ciknurul ini memang semangat dalam perjuangan,anda sungguh hebat...tidak sia-sia Dr. Masjuki mendidik kamu...kepada yang lain biarlah membuat suatu itu bersungguh-sungguh...tepuklah dada tanyalah iman...
Wah wah fitri .. tak habis habis lagi ke ? Faizal, Amir dan awak je ke yang nak jaga Nurul nie .. habih aku ko nak campak mana ?? jangan lupa saper "jaga" LRT .. he he he ..
Wahai Nurul, usah lah dikau mengenangkan kembali kenangan silam ( walaupun dikau menafikannya ) kerana sudinya saya di sini untuk mencipta kenangan baru .. he he .. ( okay tak ayat ? )
ni apa kessssss ni pasal makan pun nak gaduh ke....ni Saudara Noc Qraffin apa lu..lu gua...gua apa nak duduk gua niah kat sarawak ke....(bahasa melambangkan bangsa)jangan mare yeeee gurau aje...